CINTA
TIADA NOKTAH
“Damia, tolong ibu kejap”.Puan Asiah memanggil anaknya yang
sedang memasang langsir rumah.
“Ya ibu!kejap lagi Damia datang, “ucap Damia.
Suasana di rumah mereka agak sibuk kerana semua persiapan
masih dalam proses untuk disiapkan. Dalam beberapa hari lagi mereka akan mendapat
ahli keluarga baru kerana kakak Damia
akan melangsungkan perkahwinannya di rumah. Nasib baik ,Puan Asiah mempunyai
tenaga kerja yang mencukupi.
“Eh!Damia,mak kamu mana,”soal Mak Ngahnya yang tiba-tiba
muncul dari bilik pengantin .
Mak ada dekat dapur kot. Cuba Mak Ngah pergi tengok.
Kala itu, telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello! Assalamualaikum, “sapa Damia.
“Waalaikummussalam. Ni Abang Hariz . Akak Nisya ada tak?
Abang telefon tadi akak tak jawab la, ujar bakal abang iparku.
“Yeke abang?akak tak ada kat rumah la .Dia keluar tadi
dengan kawannya. Katanya nak beli barang hantaran. Dia tak beritahu abang ke?”
tanya Damia.
Tak ada la pula. Dah lama ke dia keluar?ikutkan dia nak ajak
abang pergi beli barang tapi semalam
abang sibuk , terang Abang Hariz.
Owhh..abang tunggu je la nanti akak telefon abang. Dia ada
hal penting sangat kot sampai dia tak sempat inform abang semula. Entah-entah telefon bimbit dia kehabisan
bateri . Nanti dia pulang Damia sampaikan pesanan abang .
Ok la kalau macam tu. Lega sikit hati abang. Panggilan
telefon ditamatkan saat Damia mendengar panggilan ibunya dari arah bilik
pengantin.
****
Damia terus melulu memasuki bilik pengantin. Dia agak
terpinga-pinga melihat gelagat ibunya dan ibu saudaranya yang sedang bertekak
mengenai warna hiasan bilik pengantin.
Damia, datang sini kejap, panggil ibu saudaranya.
Ada apa Mak Ngah?
“Kak Nisya ada cakap nak tukar warna tema bilik pengantin
dia ? “soal Mak Ngah.
“Err…rasanya tak ada la pulak”.Damia berfikir sejenak
sebelum menjawab pertanyaan Mak Ngahnya sambil mengerlingkan mata memandang
ibunya yang sudah monyok. Eh! Asal wajah ibu masam macam cuka ni,monolog Damia
di dalam hati.
“Hah! Asiah, cuba kau dengar apa anak kau cakap tadi. Aku
bukan nak memandai-mandai hias bilik ikut hati aku,sindir Mak Ngahnya. Si budak
Nisya tu kan dah cakap nak warna biru campur peach tapi alih-alih mak kamu ni pandai-pandai nak tukar kepada
warna krim pulak. Lagipun budak Nisya tu dah arahkan Mak Ngah siapkan bilik ni
ucap Mak Ngahnya dengan panjang lebar.
“Aiseh man!” Damia
hanya terpaku dan mendiamkan diri mendengar bebelan Mak Ngahnya. Dia berbelah bahagi hendak mengiayakan kata-kata
Mak Ngahnya sebab ibunya ada di sisi. Melihat wajah keruh ibunya yang
seakan-akan makan hati terus dia mendekati ibunya.
Ala ibu, nanti Akak Nisya balik kita bincang semula sebab mula-mula dulu akak ada terfikir hendak
gabungkan warna krim dan biru tapi ada masalah itu yang dia tukar tema. Damia
membuat isyarat mata kepada Mak Ngahnya supaya mendiamkan diri sementara dan
nasib baik Mak Ngah faham lalu keluar dari bilik pengantin.
“Ermmm….ibu rasa terpinggir. Anak ibu yang nak kahwin tapi
yang lebih busy body si Mak Ngah
kamu..serba tak kena setiap tindakan ibu,luah hati Puan Asiah kepada anaknya, Damia.
Mak Ngah kan rapat benar dengan akak Nisya. Mungkin sebab
itu Mak Ngah sangat excited dalam
persiapan perkahwinan akak . Lagipun Mak Ngah kan tak ada anak perempuan tutur Damia dengan nada suara yang lemah
lembut untuk memujuk ibunya.
Itu Ibu faham. Tapi ibu harap sangat dapat siapkan semua
persiapan perkahwinan akak kamu dengan tangan ibu sendiri ,balas ibunya dengan
suara yang sayu.
Damia kan ada. Damia kan anak Ibu jugak..Ibu lupa ke? soal
Damia untuk mengalihkan perhatian ibunya. Nanti wedding Damia ,Ibu tolong siapkan semua persiapan . Ibu jadi wedding planner Damia tau, ucap Damia
dengan nada suara yang gembira sambil
memeluk ibunya. Ibunya mengganggukkan kepala tanda setuju.
***
“Babe! Jom balik.
Dah lewat ni,”ucap Alia merangkap kawan baik Nisya.
“Ala, awal lagi la. Jom pergi Pavillion nak?” soal Nisya.
“Esok-esok aje la. Aku penat. Kau nak beli barang apa lagi?
aku rasa semua barang hantaran kau dah cukup. Tinggal nak hias barang hantaran
je kan.
Aah,jawab Nisya.
Dah tu,tunggu apa lagi. Jom la gerak,jawab Alia seraya
melangkah ke ruang legar tempat meletak kereta. Nisya hanya mampu membuntuti
langkah Alia dengan malasnya. Dalam hatinya seakan-akan tidak rela untuk pulang
ke rumah.Pelik tapi benar. Semakin dekat
dengan hari bahagia semakin semak fikirannya. Entahmengapa tiba-tiba hatinya berbelah bahagi untuk
meneruskan perkahwinan ini. Dia seakan-akan ragu-ragu dengan pilihan hatinya.
Ah!serabutnya, bisik kata hati Nisya.
Kala itu, Alia membunyikan hon kereta bertalu-talu. Nisya yang
baru sedar dari dunia ciptaannya bergegas ke arah kereta Nissan Murano milik
Alia. Saat dia masuk ke dalam kereta, Alia memandang pelik wajahnya. NIsya
hanya beku tanpa memberi sebarang reaksi . Alia memandangnya sekilas lalu
perlahan-lahan kereta bergerak keluar dari shopping
complex.
“Babe!Asal lain benar kau hari ni?tegur Alia.
Mana ada. Tak ada beza lah, sangkal Nisya lalu mengalihkan
pandangannya ke arah luar tingkap.
Kau ada masalah ke? tak nak kongsi dengan aku?soal Alia.
Aku ok je la. Asal kau pandang aku macam nak telan?
Haah.rasa macam nak telan-telan je. Aku tengah geram
ni.,ucap Alia dengan nada tegas.
Asal?soal Nisya sambil mengerut dahinya.Kau ada tak puas hati dengan sapa-sapa ke?
Aah..pendek jawapan Alia.
Sapa?tanya Nisya dengan penuh teruja.
Kau, kawan baik aku.
Aku?soal Nisya kembali?dia berasa pelik dengan kata-kata
kawan baiknya itu.
Haah la!Sebab aku tahu kau ada masalah tapi tak nak kongsi
dengan aku. Tu yang aku geram ni..ketawa Alia selepas berjaya mengenakan
kawannya.
Ala..small matter
ja. Aku boleh handle la..tutur Nisya
dengan perlahan.
Betul ke ni?Tapi asal nampak kau macam tak ceria ja? nak
kahwin dah tapi muka kau tak macam orang nak kahwin ja..serius boleh nampak
dari wajah kau.
Ermm…nanti la aku cerita. Nisya memberi kata putus kepada
kawannya lalu kawannya mengangguk tanda faham.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan