Mood daku untuk menulis cerpen/novel tercampak ke laut....idea pun kering kontang..
kena pergi cari ilham di mana-mana ni..tak pun hirup udara segar...
Idea........please come back to me...!
Assalamualaikum w.b.t. Hai!!Saya Penulis Baru. Blog ini bertujuan untuk diriku mengisi masa lapang menulis & bercerita. Semua penulisan di dalam blog ini adalah nukilan saya sendiri.Jika ada sebarang persamaan dengan karya-karya penulis lain itu hanyalah kebetulan. Tiada istilah mencuri idea orang lain.Diharapkan para pembaca dapat meninggalkan komen-komen yang membina. Sebarang kritikan juga diterima tapi saya amat mengharapkan kata-kata yg positif dari anda semua
Khamis, 13 Jun 2013
Khamis, 6 Jun 2013
mini novel:Part 3 Indahnya Cinta
"Assalamualaikum..."ucap lelaki tua itu.
"Waalaikummussalam ,Abang Aji. Pintu rumah dibuka oleh isterinya. Sebaik saja dibuka, isterinya terkejut kerana terdapat seorang gadis disamping suaminya. Suaminya memberikan isyarat supaya mendiamkan diri. Dia yang memahami isyarat suaminya mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumahnya.
"Nak..barang-barang kamu letak situ dulu ye. Mari pak cik kenalkan dengan isteri pak cik.
Kenalkan ini isteri pak cik... namanya Rosmah. Orang dekat sini panggil Cik Mah. Isterinya tersenyum sambil memandang Aqilah.
Kenalkan ini isteri pak cik... namanya Rosmah. Orang dekat sini panggil Cik Mah. Isterinya tersenyum sambil memandang Aqilah.
Aqilah lantas menyalami tangan Mak Cik Rosmah.
Saya , Shahrul Aqilah. Mak cik dan pak cik boleh panggil saya Shah. Sebaik saja Aqilah menyebut namanya jelas kerutan di dahi mereka berdua. Mesti mereka tidak berapa berkenankan nama panggilannya itu. Riak wajah mereka kembali normal saat Aqilah mula membahasakan dirinya sebagai Aqilah.
"Mah, bawa budak Aqilah ni ke dalam bilik Fiya. Biarkan dia mandi dan bersolat dulu. Aqilah pasti belum solat kan?..."
Aqilah teragak-agak untuk menggangguk. Mak Cik Rosmah mengamit Aqilah supaya mengikutinya . Lantas Aqilah membuntuti langkah mak cik Rosmah daripada arah belakang. Sesampainya dia di depan bilik , Mak Cik Rosmah menyuruhnya masuk berehat. Sebelum tu sempat dia menyerahkan tuala mandi kepada Aqilah.
Aqilah mengucapkan terima kasih lalu menganggukkan kepala.
Aqilah mengucapkan terima kasih lalu menganggukkan kepala.
Dia menutup pintu lalu berbaring di atas katil yang empuk itu. Wah!bestnya dapat berbaring. .habis lenguh badannya semalam sebab tidor mengerekot dalam kesejukan..
Tuk…tuk…tuk…tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Aqilah,kamu dah mandi belum? "tanya Mak Cik Rosmah disebalik pintu.
Dia yang hampir terlelap terkejut apabila mendengar pintu bilik di ketuk. Lantas bergegas bangun.
"Belum lagi mak cik," jawabnya dengan lantang.
"Belum lagi mak cik," jawabnya dengan lantang.
"Ya Allah budak ni.! Cepat mandi, lepas tu solat. Nanti kita sarapan bersama, " ujar Mak cik Rosmah sebelum berlalu pergi dari bilik itu.
Aqilah bergegas mandi . Mjurlah bilik yangg dia duduki ini ada tandas di dalamnya. Selepas mandi, dia menukar pakaian baru lalu keluar dari bilik untuk bersarapan.
Saat Aqilah sampai di ruang dapur, kelihatan Pak Aji atau nama sebenarnya Ahmad yang sedang membaca suratkhabar manakala Mak Cik Rosmah sedang menghidangkan makanan. Apabila mereka sedar akan kehadiran Aqilah, mereka berdua tersenyum lalu mempelawa Aqilah duduk bersarapan bersama-sama. Aqilah menarik kerusi berhadapan dengan Pak Aji . Tiba-tiba makin kuat perutnya berkeroncong.
Kronggg…krong…krongg…dia hanya mampu menundukkan kepala. Merah sudah pipinya menahan malu. Saat dia mengangkat muka, mereka berdua hanya tersenyum memandang Aqilah. Aqilah lihat mereka mengangkat tangan lalu membaca doa makan. Sejurus selesai, mereka mempelawa Aqilah menjamu selera.
“Jemput makan Aqilah. Ini saja yang kami mampu jamu kamu pagi ini,”kata Pak Aji.
"Jemput makan pak cik, mak cik." Aqilah turut mempelawa mereka makan. Bau nasi lemak yang sangat wangi dan sambal ikan bilis yang kaw-kaw pedas membuatkan Aqilah menambah nasi banyak kali. Sedap! Mula-mula dia agak malu-malu tapi memikirkan mungkin ini kali terakhir dia dapat makan makanan yang sedap, dia makan dengan penuh selera.
"Aqilah, tambah la lauk lagi.."Pak Aji menyenduk lauk sambal ke dalam pinggan Aqilah.
"Terima kasih Pak cik. Sedap sangat mak cik masak...ikhlas Aqilah berkata-kata.
mini novel: Part 2 Indahnya Cinta
Enam bulan sebelum itu…
Shahrul Aqilah berjalan tanpa arah tujuan. Resah gelisah bercampur aduk memikirkan hala tujunya saat ini. Hendak pulang ke rumah tentulah dia tak sanggup . Cukup-cukuplah makian dan cacian yang dia terima daripada mak saudaranya. Dia juga manusia yang punya perasaan. Bukannya patung yang boleh dilempar, dibaling sesuka hati. Dia kesal dengan sikap mak saudaranya yang seumur hidupnya tidak pernah cuba mempercayainya. Hidupnya macam neraka. Dibuli, dicerca, di maki hanya kerana dia tiada tempat bergantung. Ibu bapanya telah meninggal sejak dia kecil lagi. Sejak itu, dia tinggal dengan sanak-saudaranya.
Sob….sob..sob…dia menangis pilu. Saat itu, hujan sedang turun dengan lebatnya. Dia yang sehelai sepinggang hanya mengharapkan tempat perlindungan sementara. Hatinya sebak dan sedih memikirkan nasibnya ini.
Malam yang larut ditambah dengan hujan yang lebat membuatkan dirinya dalam kesejukan yang amat . Pakaiannya basah lencun. Lantas dia gegas berlari mencari tempat perlindungan. Kebetulan dia nampak sebuah perhentian bas. Disebabkan dia tiada tempat yang hendak di tuju, dia membuat keputusan untuk tidur di perhentian bas itu saja.. Perlahan-lahan dia melapikkan begnya untuk dibuat sebagai alas kepala.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Cik…cik…sayup-sayup kedengaran suara lelaki di cuping telinganya. Dia yang masih mamai bangun perlahan-lahan dari tidur sambil memgenyih matanya. Dia memandang kearah seorang lelaki tua yang lengkap berpakaian baju melayu dengan ketayap.
"Anak dari mana ni?kenapa tidur dekat sini..."tanya pak cik tua itu.
Dia memandang Aqilah dari atas ke bawah. Ish..gila ka apa pak cik tua ni. Usha pelik, tengok aku atas bawah..Seram. Ya Allah..Lindungilah hambamu ini. Aqilah berdoa di dalam hati. Aqilah mengerlingkan mata ke arah jam tangannya. Baru pukul 6 pagi. Kenapa pak cik ini ada dekat sini?bermacam-macam persoalan terlintas di fikirannya.
"Kebetulan pak cik baru lepas solat Subuh ni. Masa pak cik nak pergi solat dah nampak kamu tapi sampai pak cik habis solat kamu masih ada dekat sini , tu yang pak cik datang menjengah. Seakan- akan tahu gelodak jiwa Aqilah, lelaki tua itu menjelaskan perkara yang sebenarnya. Aqilah berdiam diri sambil menundukkan kepalanya.
Aqilah masih tetap mendiamkan diri. Tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi yang tak sepatutnya..
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
"Anak lapar ye?" Soal lelaki tua itu.
Aqilah hanya mengangguk perlahan sambil mengusap perutnya. Semalam dia langsung tak makan apa .
"Jom pak cik belanja makan nak? Ucap lelaki tua itu lagi.
“Betul ke pak cik? Amboi..amboi..laju saja mulut Aqilah bersuara. Wajahnya dah bercahaya bak purnama. Ada jugak insan yang sudi membantunya. Alhamdulillah. Dia bingkas bangun lalu menepuk hujung baju yang sedikit kotor terkena hujan semalam.
“Betul . Meh ikut pak cik. Rumah pak cik tak jauh dari sini. Kita jalan kaki sama-sama ya ..ajak pak cik itu.."
"Err...tiba-tiba Aqilah tak jadi melangkah. Dia hanya berdiri memandang pak cik itu. Dalam kepalanya berasa sangsi dengan kata pak cik ini?Nak ajak pergi rumah? Nampak macam alim tapi boleh percaya ke? Dia teragak-agak untuk melangkah.
"Napa nak?ada barang tertinggal ke?."
Aqilah hanya menggelengkan kepala. Pak cik tua itu melihat Aqilah yang seakan-akan gelisah sambil mengengam tangannya.
Aqilah teragak-agak untuk membalas kata-kata pak cik itu. Dia hanya mampu tersengih lalu memberikan isyarat tangan tanda takut sikit…
Pak cik itu hanya tersenyum." Jangan risau. Dekat rumah pak cik ada isteri pak cik. Jom la ke rumah pak cik..."
"Fuh! Lega..Aqilah mengusap-usap dadanya. Jangan keluar kandang harimau masuk mulut buaya sudah. Nahas tu. Bisik hatinya. Dengan hati yang tenang, dia berjalan ditemani oleh pak cik itu menuju ke rumahnya.
mini novel: part 1 Indahnya Cinta
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummusalam. Encik cari sapa?" ucap Mak cik Rosmah.
"Tumpang tanya,Shahrul Aqilah tinggal dekat sini ke?"
"Ye. Encik ni siapa?"
"Saya , Razif, sepupu Shahrul Aqilah."
"Owh..Aqilah tak da dekat rumah. Sekarang dia ada dekat ladang. Petang karang baru dia balik, terang Mak Cik Rosmah lagi.
"Ladang?dia buat apa kat sana mak cik?.."
"Dia bekerja kat sana.Eh!..jemput la masuk. Tak manis berborak depan pintu," pelawa Mak Cik Rosmah.
Razif,jemput duduk dulu ye. Mak cik nak masuk ke dalam kejap buat air.
"Eh!..tak perlu la mak cik. Saya datang ke mari sekejap aje. Susah kan mak cik pula..."
"Tak susah mana pun. Air bujang aje..."
Razif memerhati hiasan dalaman rumah itu. Cantik dan teratur aje susunan perabotnya. Dinding ruang tamu yang dicat dengan warna biru itu pulak begitu mendamaikan. Rasa tenang saja berada di dalam rumah ini.
"Razif, jemput la makan. Mak cik meletakkan segelas minuman bersama sedikit kuih. Dia mengambil sepotong kuih lalu mengunyahnya perlahan-lahan.
Mak cik nak tanya sikit ni...." Anak ni sepupu Aqilah sebelah mana ye?Selama ni tak da pulak saudara-mara yang mencarinya.."
"Saya sepupu dia yang sebelah mak. Dulu Aqilah ni tinggal dengan kami mak cik, terang Razif lagi.
"Saya dah lama berusaha cari dia. Kebetulan baru-baru ini ada kawan saya ternampak dia di sekitar kawasan ini. Itu yang saya datang ke mari untuk mendapatkan kepastian. Lagipun saya ada hajat besar , ucapnya perlahan. Tiba-tiba wajah lelaki itu kelihatan muram.
"Hajat besar?tentang apa tu ?"
"Mak saya sedang sakit. Kalo boleh sebelum dia pergi, dia harap sangat dapat jumpa dengan Aqilah. Saya tau mungkin Aqilah masih terkenang kisah lampau tapi saya harap benar Aqilah sudi jumpa mak saya buat kali terakhir."
Sabar ye Encik..Mak cik rasa lebih baik Encik cakap sendiri kepada Aqilah. Aqilah tu Mak Cik tengok masih belum stabil. Kadang-kadang suka termenung jauh. Cubalah encik slow talk dengan Aqilah ye.."....
"baik mak cik, ucap Razif perlahan.
"Kejap lagi, dalam pukul 1 baliklah dia..jelas Mak cik Rosmah saat terpandang jam yang tergantung di dinding rumahnya. Jemput la makan tengahari sekali..sambungnya lagi.
"Err...tak pe ke mak cik?"
"Tak apa. Meriah la sikit ..selalunya mak cik menjamu selera dengan Aqilah saja.."ucap Mak cik Rosmah sambil tersenyum.
"Kalo begitu kata mak cik, saya tak dapat la nak tolak pelawaan mak cik ni..orang kata,rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... tak gitu mak cik, usik Razif. Mak cik Rosmah hanya tersenyum saat mendengar usikan anak muda itu.
Sabar ye Encik..Mak cik rasa lebih baik Encik cakap sendiri kepada Aqilah. Aqilah tu Mak Cik tengok masih belum stabil. Kadang-kadang suka termenung jauh. Cubalah encik slow talk dengan Aqilah ye.."....
"baik mak cik, ucap Razif perlahan.
"Kejap lagi, dalam pukul 1 baliklah dia..jelas Mak cik Rosmah saat terpandang jam yang tergantung di dinding rumahnya. Jemput la makan tengahari sekali..sambungnya lagi.
"Err...tak pe ke mak cik?"
"Tak apa. Meriah la sikit ..selalunya mak cik menjamu selera dengan Aqilah saja.."ucap Mak cik Rosmah sambil tersenyum.
"Kalo begitu kata mak cik, saya tak dapat la nak tolak pelawaan mak cik ni..orang kata,rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... tak gitu mak cik, usik Razif. Mak cik Rosmah hanya tersenyum saat mendengar usikan anak muda itu.
Langgan:
Catatan (Atom)