HINGGA AKHIR NAFASKU
Suasana kelab malam yang bising ditambah dengan lagu yang sedang dimainkan
oleh deejay tidak berjaya menarik
perhatian Badrul. Kawan-kawannya yang sedang berdansa di bawah lampu neon juga
tidak berjaya mengurangkan kegelisahan yang sedang melanda dirinya. Khabar
berita daripada ayahnya yang bertegas untuk mengahwinkan dia dengan anak
kenalannya membuatkan hidup Badrul porak peranda. Menambahkan kekusutan
kepalanya apabila ayahnya memberi kata dua segala kemewahan dan kesenangan yang
dia perolehi selama ini akan ditarik serta merta. Mana mungkin dia akan
menerimanya.Ah!kusut..kusut..dia mula memicit kepalanya.
“Hai darling!sapa Jenny sambil memeluknya dari belakang. Jom menari? Dah
lama you tak datang sini,”ucap Jenny lagi.
I tak ada mood la nak menari.
You ajak Danny. I tengok dia asyik
menjeling ke arah kita sejak tadi.
“Are you sure? Sebenarnya, I rindukan
you la…you free tak malam ini?” Goda
Jenny sambil mengusap-usap badan Badrul.
I tak free malam ini. Next time okey, pujuk Badrul.
Okey dear. Promise?
Promise,ucap Badrul sepatah.
***
Kala itu, teman baiknya baru sampai. Dia melambaikan tangannya.
“Whatsapp bro! Apa hal yang urgent sangat ni? Eh!Asal kau selekeh
sangat malam ni ,” soal Hakim. Kebiasaannya Badrul sangat mementingkan penampilannya
tapi malam ini rupanya sebaliknya. Bajunya selekeh, rambutnya kusut masai dan
wajahnya yang keruh serta tidak ceria menimbulkan persoalan di benak fikiran
Hakim.
“Aku ada masalah besar.” Hakim yang mendengarnya memberi isyarat kepada
pelayan untuk menambah 2 gelas wain lagi untuk mereka. Nah! Kau minum dulu.
Sambil- sambil tu cuba cerita dekat aku apa masalahnya.
“Aku kena kahwin paksa. Bulan depan.
“What!Serious? Ini mesti rancangan bapak kau kan..
Bingo!Badrul menganggukkan kepalanya.
Asal tiba-tiba?
Aku terkantoi dengan bapak aku minggu lepas dekat Hotel Meridien. Mengamuk
sakan la dia.
“Aiseh man!Kau buat apa dekat situ?”
Masa tu, aku keluar dengan Camelia.
Celebrate birthday dia. Kau tahu la aku ni kalau minum sikit pun boleh mabuk. So, aku minta dia
check-in Hotel ja la. Mudah. Waktu aku nak check-out itu la aku terserempak
dengan bapak aku.
Masa tu,kau seorang ke dengan Camelia?
Dengan Camelia.
“Patut la bapak kau bising. Confirm
dia tahu kau tidur dengan perempuan . Wait! Asal kau tak balik kondo kau ja
malam itu?”
Ada orang guna kondo aku. Naya la kalau aku bawa Camelia balik kondo aku
tu. Lagipun kondo aku itu hanya orang-orang tertentu saja boleh masuk. Kan itu
tempat rahsia aku. Kau jangan bocorkan pulak..pinta Badrul.
Kau ni..macam tak kenal aku ja..ini Hakim la. Berpegang pada janji tau.
Biar pecah diperut,jangan pecah di mulut.
So, apa kau nak buat sekarang?nak ikut cakap bapak kau atau boikot?
Nampak gaya terpaksa ikut. Kalo tak, sesen pun aku tak dapat. Bapak aku
kejam. Dia bagi kata dua semua kemewahan
aku akan di tarik balik. Mana boleh aku terima bro…
Kalau itu saja jalan yang kau ada..kau
terpaksa terima juga la. Kau kahwin saja ..yang lain kau tak payah peduli. Kira
kau kahwin atas kertas saja. Aku tak rasa perempuan tu pun setuju. Entah-entah
dia pun kena paksa. Amacam bro?
Betul jugak tu..aku masih boleh teruskan aktiviti aku ni. Pasal perempuan
tu pandai-pandai la dia nak hidup kan. Janji aku dah ikut suruhan bapak aku.
Haah..betul.kau boleh gunakan kuasa veto kau tu. Perempuan tu confirm
dengar cakap kau punya. Lagipun dengan kuasa veto tu,kau boleh buat apa saja..
Brilliant idea lantas Badrul menepuk bahu Hakim sambil bergelak ketawa.
Tak sia-sia kau datang jumpa aku
malam ni. Terima kasih bro. Terus lapang dada Badrul .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan