hai..
Maaf la sebab sudah lama tak menulis.Kadang-kala rasa macam dah give up untuk menulis...huhu..
Saya tak boleh nak bagi tumpuan ..idea ada tapi rasa malas sangat-sangat untuk menulis..ermmm...fikiran bercelaru...mood pun dok swing2 aje..
Now, boleh kata makin kurang mengikuti dunia penulisan ..dulu-dulu rajin folllow blog-blog novelis tapi sekarang jadi x semangat..semangat untuk menulis pun dah semakin kurang.. hoho
Jauh di sudut hati saya..saya ingin mencari kelainan dalam berkarya tetapi tidak pandai bercerita..tidak berapa pandai menggambarkan keadaan,tidak pandai menyusun ayat..jadi itulah penghalang saya yang menyebabkan saya menjadi semakin tidak yakin untuk menulis...huhu
Assalamualaikum w.b.t. Hai!!Saya Penulis Baru. Blog ini bertujuan untuk diriku mengisi masa lapang menulis & bercerita. Semua penulisan di dalam blog ini adalah nukilan saya sendiri.Jika ada sebarang persamaan dengan karya-karya penulis lain itu hanyalah kebetulan. Tiada istilah mencuri idea orang lain.Diharapkan para pembaca dapat meninggalkan komen-komen yang membina. Sebarang kritikan juga diterima tapi saya amat mengharapkan kata-kata yg positif dari anda semua
Isnin, 25 November 2013
Khamis, 10 Oktober 2013
sedutan cerita: cinta tiada noktah
CINTA
TIADA NOKTAH
“Damia, tolong ibu kejap”.Puan Asiah memanggil anaknya yang
sedang memasang langsir rumah.
“Ya ibu!kejap lagi Damia datang, “ucap Damia.
Suasana di rumah mereka agak sibuk kerana semua persiapan
masih dalam proses untuk disiapkan. Dalam beberapa hari lagi mereka akan mendapat
ahli keluarga baru kerana kakak Damia
akan melangsungkan perkahwinannya di rumah. Nasib baik ,Puan Asiah mempunyai
tenaga kerja yang mencukupi.
“Eh!Damia,mak kamu mana,”soal Mak Ngahnya yang tiba-tiba
muncul dari bilik pengantin .
Mak ada dekat dapur kot. Cuba Mak Ngah pergi tengok.
Kala itu, telefon bimbitnya berbunyi.
“Hello! Assalamualaikum, “sapa Damia.
“Waalaikummussalam. Ni Abang Hariz . Akak Nisya ada tak?
Abang telefon tadi akak tak jawab la, ujar bakal abang iparku.
“Yeke abang?akak tak ada kat rumah la .Dia keluar tadi
dengan kawannya. Katanya nak beli barang hantaran. Dia tak beritahu abang ke?”
tanya Damia.
Tak ada la pula. Dah lama ke dia keluar?ikutkan dia nak ajak
abang pergi beli barang tapi semalam
abang sibuk , terang Abang Hariz.
Owhh..abang tunggu je la nanti akak telefon abang. Dia ada
hal penting sangat kot sampai dia tak sempat inform abang semula. Entah-entah telefon bimbit dia kehabisan
bateri . Nanti dia pulang Damia sampaikan pesanan abang .
Ok la kalau macam tu. Lega sikit hati abang. Panggilan
telefon ditamatkan saat Damia mendengar panggilan ibunya dari arah bilik
pengantin.
****
Damia terus melulu memasuki bilik pengantin. Dia agak
terpinga-pinga melihat gelagat ibunya dan ibu saudaranya yang sedang bertekak
mengenai warna hiasan bilik pengantin.
Damia, datang sini kejap, panggil ibu saudaranya.
Ada apa Mak Ngah?
“Kak Nisya ada cakap nak tukar warna tema bilik pengantin
dia ? “soal Mak Ngah.
“Err…rasanya tak ada la pulak”.Damia berfikir sejenak
sebelum menjawab pertanyaan Mak Ngahnya sambil mengerlingkan mata memandang
ibunya yang sudah monyok. Eh! Asal wajah ibu masam macam cuka ni,monolog Damia
di dalam hati.
“Hah! Asiah, cuba kau dengar apa anak kau cakap tadi. Aku
bukan nak memandai-mandai hias bilik ikut hati aku,sindir Mak Ngahnya. Si budak
Nisya tu kan dah cakap nak warna biru campur peach tapi alih-alih mak kamu ni pandai-pandai nak tukar kepada
warna krim pulak. Lagipun budak Nisya tu dah arahkan Mak Ngah siapkan bilik ni
ucap Mak Ngahnya dengan panjang lebar.
“Aiseh man!” Damia
hanya terpaku dan mendiamkan diri mendengar bebelan Mak Ngahnya. Dia berbelah bahagi hendak mengiayakan kata-kata
Mak Ngahnya sebab ibunya ada di sisi. Melihat wajah keruh ibunya yang
seakan-akan makan hati terus dia mendekati ibunya.
Ala ibu, nanti Akak Nisya balik kita bincang semula sebab mula-mula dulu akak ada terfikir hendak
gabungkan warna krim dan biru tapi ada masalah itu yang dia tukar tema. Damia
membuat isyarat mata kepada Mak Ngahnya supaya mendiamkan diri sementara dan
nasib baik Mak Ngah faham lalu keluar dari bilik pengantin.
“Ermmm….ibu rasa terpinggir. Anak ibu yang nak kahwin tapi
yang lebih busy body si Mak Ngah
kamu..serba tak kena setiap tindakan ibu,luah hati Puan Asiah kepada anaknya, Damia.
Mak Ngah kan rapat benar dengan akak Nisya. Mungkin sebab
itu Mak Ngah sangat excited dalam
persiapan perkahwinan akak . Lagipun Mak Ngah kan tak ada anak perempuan tutur Damia dengan nada suara yang lemah
lembut untuk memujuk ibunya.
Itu Ibu faham. Tapi ibu harap sangat dapat siapkan semua
persiapan perkahwinan akak kamu dengan tangan ibu sendiri ,balas ibunya dengan
suara yang sayu.
Damia kan ada. Damia kan anak Ibu jugak..Ibu lupa ke? soal
Damia untuk mengalihkan perhatian ibunya. Nanti wedding Damia ,Ibu tolong siapkan semua persiapan . Ibu jadi wedding planner Damia tau, ucap Damia
dengan nada suara yang gembira sambil
memeluk ibunya. Ibunya mengganggukkan kepala tanda setuju.
***
“Babe! Jom balik.
Dah lewat ni,”ucap Alia merangkap kawan baik Nisya.
“Ala, awal lagi la. Jom pergi Pavillion nak?” soal Nisya.
“Esok-esok aje la. Aku penat. Kau nak beli barang apa lagi?
aku rasa semua barang hantaran kau dah cukup. Tinggal nak hias barang hantaran
je kan.
Aah,jawab Nisya.
Dah tu,tunggu apa lagi. Jom la gerak,jawab Alia seraya
melangkah ke ruang legar tempat meletak kereta. Nisya hanya mampu membuntuti
langkah Alia dengan malasnya. Dalam hatinya seakan-akan tidak rela untuk pulang
ke rumah.Pelik tapi benar. Semakin dekat
dengan hari bahagia semakin semak fikirannya. Entahmengapa tiba-tiba hatinya berbelah bahagi untuk
meneruskan perkahwinan ini. Dia seakan-akan ragu-ragu dengan pilihan hatinya.
Ah!serabutnya, bisik kata hati Nisya.
Kala itu, Alia membunyikan hon kereta bertalu-talu. Nisya yang
baru sedar dari dunia ciptaannya bergegas ke arah kereta Nissan Murano milik
Alia. Saat dia masuk ke dalam kereta, Alia memandang pelik wajahnya. NIsya
hanya beku tanpa memberi sebarang reaksi . Alia memandangnya sekilas lalu
perlahan-lahan kereta bergerak keluar dari shopping
complex.
“Babe!Asal lain benar kau hari ni?tegur Alia.
Mana ada. Tak ada beza lah, sangkal Nisya lalu mengalihkan
pandangannya ke arah luar tingkap.
Kau ada masalah ke? tak nak kongsi dengan aku?soal Alia.
Aku ok je la. Asal kau pandang aku macam nak telan?
Haah.rasa macam nak telan-telan je. Aku tengah geram
ni.,ucap Alia dengan nada tegas.
Asal?soal Nisya sambil mengerut dahinya.Kau ada tak puas hati dengan sapa-sapa ke?
Aah..pendek jawapan Alia.
Sapa?tanya Nisya dengan penuh teruja.
Kau, kawan baik aku.
Aku?soal Nisya kembali?dia berasa pelik dengan kata-kata
kawan baiknya itu.
Haah la!Sebab aku tahu kau ada masalah tapi tak nak kongsi
dengan aku. Tu yang aku geram ni..ketawa Alia selepas berjaya mengenakan
kawannya.
Ala..small matter
ja. Aku boleh handle la..tutur Nisya
dengan perlahan.
Betul ke ni?Tapi asal nampak kau macam tak ceria ja? nak
kahwin dah tapi muka kau tak macam orang nak kahwin ja..serius boleh nampak
dari wajah kau.
Ermm…nanti la aku cerita. Nisya memberi kata putus kepada
kawannya lalu kawannya mengangguk tanda faham.
SEDUTAN CERITA: HINGGA AKHIR NAFASKU
HINGGA AKHIR NAFASKU
Suasana kelab malam yang bising ditambah dengan lagu yang sedang dimainkan
oleh deejay tidak berjaya menarik
perhatian Badrul. Kawan-kawannya yang sedang berdansa di bawah lampu neon juga
tidak berjaya mengurangkan kegelisahan yang sedang melanda dirinya. Khabar
berita daripada ayahnya yang bertegas untuk mengahwinkan dia dengan anak
kenalannya membuatkan hidup Badrul porak peranda. Menambahkan kekusutan
kepalanya apabila ayahnya memberi kata dua segala kemewahan dan kesenangan yang
dia perolehi selama ini akan ditarik serta merta. Mana mungkin dia akan
menerimanya.Ah!kusut..kusut..dia mula memicit kepalanya.
“Hai darling!sapa Jenny sambil memeluknya dari belakang. Jom menari? Dah
lama you tak datang sini,”ucap Jenny lagi.
I tak ada mood la nak menari.
You ajak Danny. I tengok dia asyik
menjeling ke arah kita sejak tadi.
“Are you sure? Sebenarnya, I rindukan
you la…you free tak malam ini?” Goda
Jenny sambil mengusap-usap badan Badrul.
I tak free malam ini. Next time okey, pujuk Badrul.
Okey dear. Promise?
Promise,ucap Badrul sepatah.
***
Kala itu, teman baiknya baru sampai. Dia melambaikan tangannya.
“Whatsapp bro! Apa hal yang urgent sangat ni? Eh!Asal kau selekeh
sangat malam ni ,” soal Hakim. Kebiasaannya Badrul sangat mementingkan penampilannya
tapi malam ini rupanya sebaliknya. Bajunya selekeh, rambutnya kusut masai dan
wajahnya yang keruh serta tidak ceria menimbulkan persoalan di benak fikiran
Hakim.
“Aku ada masalah besar.” Hakim yang mendengarnya memberi isyarat kepada
pelayan untuk menambah 2 gelas wain lagi untuk mereka. Nah! Kau minum dulu.
Sambil- sambil tu cuba cerita dekat aku apa masalahnya.
“Aku kena kahwin paksa. Bulan depan.
“What!Serious? Ini mesti rancangan bapak kau kan..
Bingo!Badrul menganggukkan kepalanya.
Asal tiba-tiba?
Aku terkantoi dengan bapak aku minggu lepas dekat Hotel Meridien. Mengamuk
sakan la dia.
“Aiseh man!Kau buat apa dekat situ?”
Masa tu, aku keluar dengan Camelia.
Celebrate birthday dia. Kau tahu la aku ni kalau minum sikit pun boleh mabuk. So, aku minta dia
check-in Hotel ja la. Mudah. Waktu aku nak check-out itu la aku terserempak
dengan bapak aku.
Masa tu,kau seorang ke dengan Camelia?
Dengan Camelia.
“Patut la bapak kau bising. Confirm
dia tahu kau tidur dengan perempuan . Wait! Asal kau tak balik kondo kau ja
malam itu?”
Ada orang guna kondo aku. Naya la kalau aku bawa Camelia balik kondo aku
tu. Lagipun kondo aku itu hanya orang-orang tertentu saja boleh masuk. Kan itu
tempat rahsia aku. Kau jangan bocorkan pulak..pinta Badrul.
Kau ni..macam tak kenal aku ja..ini Hakim la. Berpegang pada janji tau.
Biar pecah diperut,jangan pecah di mulut.
So, apa kau nak buat sekarang?nak ikut cakap bapak kau atau boikot?
Nampak gaya terpaksa ikut. Kalo tak, sesen pun aku tak dapat. Bapak aku
kejam. Dia bagi kata dua semua kemewahan
aku akan di tarik balik. Mana boleh aku terima bro…
Kalau itu saja jalan yang kau ada..kau
terpaksa terima juga la. Kau kahwin saja ..yang lain kau tak payah peduli. Kira
kau kahwin atas kertas saja. Aku tak rasa perempuan tu pun setuju. Entah-entah
dia pun kena paksa. Amacam bro?
Betul jugak tu..aku masih boleh teruskan aktiviti aku ni. Pasal perempuan
tu pandai-pandai la dia nak hidup kan. Janji aku dah ikut suruhan bapak aku.
Haah..betul.kau boleh gunakan kuasa veto kau tu. Perempuan tu confirm
dengar cakap kau punya. Lagipun dengan kuasa veto tu,kau boleh buat apa saja..
Brilliant idea lantas Badrul menepuk bahu Hakim sambil bergelak ketawa.
Tak sia-sia kau datang jumpa aku
malam ni. Terima kasih bro. Terus lapang dada Badrul .
Rabu, 24 Julai 2013
I'm coming...........
hello!!!!
In Sha Allah, saya akan kembali menulis..Sebelum ni sibuk dengan persediaan nak berbusiness bunga telur. Lepas tu mood nak quiling la plak....so, saya memang dah jarang menulis...huhuhu..idea pun tak ada..
In Sha Allah, saya akan kembali menulis..Sebelum ni sibuk dengan persediaan nak berbusiness bunga telur. Lepas tu mood nak quiling la plak....so, saya memang dah jarang menulis...huhuhu..idea pun tak ada..
Khamis, 13 Jun 2013
mode:kosong
Mood daku untuk menulis cerpen/novel tercampak ke laut....idea pun kering kontang..
kena pergi cari ilham di mana-mana ni..tak pun hirup udara segar...
Idea........please come back to me...!
kena pergi cari ilham di mana-mana ni..tak pun hirup udara segar...
Idea........please come back to me...!
Khamis, 6 Jun 2013
mini novel:Part 3 Indahnya Cinta
"Assalamualaikum..."ucap lelaki tua itu.
"Waalaikummussalam ,Abang Aji. Pintu rumah dibuka oleh isterinya. Sebaik saja dibuka, isterinya terkejut kerana terdapat seorang gadis disamping suaminya. Suaminya memberikan isyarat supaya mendiamkan diri. Dia yang memahami isyarat suaminya mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumahnya.
"Nak..barang-barang kamu letak situ dulu ye. Mari pak cik kenalkan dengan isteri pak cik.
Kenalkan ini isteri pak cik... namanya Rosmah. Orang dekat sini panggil Cik Mah. Isterinya tersenyum sambil memandang Aqilah.
Kenalkan ini isteri pak cik... namanya Rosmah. Orang dekat sini panggil Cik Mah. Isterinya tersenyum sambil memandang Aqilah.
Aqilah lantas menyalami tangan Mak Cik Rosmah.
Saya , Shahrul Aqilah. Mak cik dan pak cik boleh panggil saya Shah. Sebaik saja Aqilah menyebut namanya jelas kerutan di dahi mereka berdua. Mesti mereka tidak berapa berkenankan nama panggilannya itu. Riak wajah mereka kembali normal saat Aqilah mula membahasakan dirinya sebagai Aqilah.
"Mah, bawa budak Aqilah ni ke dalam bilik Fiya. Biarkan dia mandi dan bersolat dulu. Aqilah pasti belum solat kan?..."
Aqilah teragak-agak untuk menggangguk. Mak Cik Rosmah mengamit Aqilah supaya mengikutinya . Lantas Aqilah membuntuti langkah mak cik Rosmah daripada arah belakang. Sesampainya dia di depan bilik , Mak Cik Rosmah menyuruhnya masuk berehat. Sebelum tu sempat dia menyerahkan tuala mandi kepada Aqilah.
Aqilah mengucapkan terima kasih lalu menganggukkan kepala.
Aqilah mengucapkan terima kasih lalu menganggukkan kepala.
Dia menutup pintu lalu berbaring di atas katil yang empuk itu. Wah!bestnya dapat berbaring. .habis lenguh badannya semalam sebab tidor mengerekot dalam kesejukan..
Tuk…tuk…tuk…tiba-tiba pintu biliknya diketuk.
"Aqilah,kamu dah mandi belum? "tanya Mak Cik Rosmah disebalik pintu.
Dia yang hampir terlelap terkejut apabila mendengar pintu bilik di ketuk. Lantas bergegas bangun.
"Belum lagi mak cik," jawabnya dengan lantang.
"Belum lagi mak cik," jawabnya dengan lantang.
"Ya Allah budak ni.! Cepat mandi, lepas tu solat. Nanti kita sarapan bersama, " ujar Mak cik Rosmah sebelum berlalu pergi dari bilik itu.
Aqilah bergegas mandi . Mjurlah bilik yangg dia duduki ini ada tandas di dalamnya. Selepas mandi, dia menukar pakaian baru lalu keluar dari bilik untuk bersarapan.
Saat Aqilah sampai di ruang dapur, kelihatan Pak Aji atau nama sebenarnya Ahmad yang sedang membaca suratkhabar manakala Mak Cik Rosmah sedang menghidangkan makanan. Apabila mereka sedar akan kehadiran Aqilah, mereka berdua tersenyum lalu mempelawa Aqilah duduk bersarapan bersama-sama. Aqilah menarik kerusi berhadapan dengan Pak Aji . Tiba-tiba makin kuat perutnya berkeroncong.
Kronggg…krong…krongg…dia hanya mampu menundukkan kepala. Merah sudah pipinya menahan malu. Saat dia mengangkat muka, mereka berdua hanya tersenyum memandang Aqilah. Aqilah lihat mereka mengangkat tangan lalu membaca doa makan. Sejurus selesai, mereka mempelawa Aqilah menjamu selera.
“Jemput makan Aqilah. Ini saja yang kami mampu jamu kamu pagi ini,”kata Pak Aji.
"Jemput makan pak cik, mak cik." Aqilah turut mempelawa mereka makan. Bau nasi lemak yang sangat wangi dan sambal ikan bilis yang kaw-kaw pedas membuatkan Aqilah menambah nasi banyak kali. Sedap! Mula-mula dia agak malu-malu tapi memikirkan mungkin ini kali terakhir dia dapat makan makanan yang sedap, dia makan dengan penuh selera.
"Aqilah, tambah la lauk lagi.."Pak Aji menyenduk lauk sambal ke dalam pinggan Aqilah.
"Terima kasih Pak cik. Sedap sangat mak cik masak...ikhlas Aqilah berkata-kata.
mini novel: Part 2 Indahnya Cinta
Enam bulan sebelum itu…
Shahrul Aqilah berjalan tanpa arah tujuan. Resah gelisah bercampur aduk memikirkan hala tujunya saat ini. Hendak pulang ke rumah tentulah dia tak sanggup . Cukup-cukuplah makian dan cacian yang dia terima daripada mak saudaranya. Dia juga manusia yang punya perasaan. Bukannya patung yang boleh dilempar, dibaling sesuka hati. Dia kesal dengan sikap mak saudaranya yang seumur hidupnya tidak pernah cuba mempercayainya. Hidupnya macam neraka. Dibuli, dicerca, di maki hanya kerana dia tiada tempat bergantung. Ibu bapanya telah meninggal sejak dia kecil lagi. Sejak itu, dia tinggal dengan sanak-saudaranya.
Sob….sob..sob…dia menangis pilu. Saat itu, hujan sedang turun dengan lebatnya. Dia yang sehelai sepinggang hanya mengharapkan tempat perlindungan sementara. Hatinya sebak dan sedih memikirkan nasibnya ini.
Malam yang larut ditambah dengan hujan yang lebat membuatkan dirinya dalam kesejukan yang amat . Pakaiannya basah lencun. Lantas dia gegas berlari mencari tempat perlindungan. Kebetulan dia nampak sebuah perhentian bas. Disebabkan dia tiada tempat yang hendak di tuju, dia membuat keputusan untuk tidur di perhentian bas itu saja.. Perlahan-lahan dia melapikkan begnya untuk dibuat sebagai alas kepala.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Cik…cik…sayup-sayup kedengaran suara lelaki di cuping telinganya. Dia yang masih mamai bangun perlahan-lahan dari tidur sambil memgenyih matanya. Dia memandang kearah seorang lelaki tua yang lengkap berpakaian baju melayu dengan ketayap.
"Anak dari mana ni?kenapa tidur dekat sini..."tanya pak cik tua itu.
Dia memandang Aqilah dari atas ke bawah. Ish..gila ka apa pak cik tua ni. Usha pelik, tengok aku atas bawah..Seram. Ya Allah..Lindungilah hambamu ini. Aqilah berdoa di dalam hati. Aqilah mengerlingkan mata ke arah jam tangannya. Baru pukul 6 pagi. Kenapa pak cik ini ada dekat sini?bermacam-macam persoalan terlintas di fikirannya.
"Kebetulan pak cik baru lepas solat Subuh ni. Masa pak cik nak pergi solat dah nampak kamu tapi sampai pak cik habis solat kamu masih ada dekat sini , tu yang pak cik datang menjengah. Seakan- akan tahu gelodak jiwa Aqilah, lelaki tua itu menjelaskan perkara yang sebenarnya. Aqilah berdiam diri sambil menundukkan kepalanya.
Aqilah masih tetap mendiamkan diri. Tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi yang tak sepatutnya..
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
"Anak lapar ye?" Soal lelaki tua itu.
Aqilah hanya mengangguk perlahan sambil mengusap perutnya. Semalam dia langsung tak makan apa .
"Jom pak cik belanja makan nak? Ucap lelaki tua itu lagi.
“Betul ke pak cik? Amboi..amboi..laju saja mulut Aqilah bersuara. Wajahnya dah bercahaya bak purnama. Ada jugak insan yang sudi membantunya. Alhamdulillah. Dia bingkas bangun lalu menepuk hujung baju yang sedikit kotor terkena hujan semalam.
“Betul . Meh ikut pak cik. Rumah pak cik tak jauh dari sini. Kita jalan kaki sama-sama ya ..ajak pak cik itu.."
"Err...tiba-tiba Aqilah tak jadi melangkah. Dia hanya berdiri memandang pak cik itu. Dalam kepalanya berasa sangsi dengan kata pak cik ini?Nak ajak pergi rumah? Nampak macam alim tapi boleh percaya ke? Dia teragak-agak untuk melangkah.
"Napa nak?ada barang tertinggal ke?."
Aqilah hanya menggelengkan kepala. Pak cik tua itu melihat Aqilah yang seakan-akan gelisah sambil mengengam tangannya.
Aqilah teragak-agak untuk membalas kata-kata pak cik itu. Dia hanya mampu tersengih lalu memberikan isyarat tangan tanda takut sikit…
Pak cik itu hanya tersenyum." Jangan risau. Dekat rumah pak cik ada isteri pak cik. Jom la ke rumah pak cik..."
"Fuh! Lega..Aqilah mengusap-usap dadanya. Jangan keluar kandang harimau masuk mulut buaya sudah. Nahas tu. Bisik hatinya. Dengan hati yang tenang, dia berjalan ditemani oleh pak cik itu menuju ke rumahnya.
mini novel: part 1 Indahnya Cinta
"Assalamualaikum.."
"Waalaikummusalam. Encik cari sapa?" ucap Mak cik Rosmah.
"Tumpang tanya,Shahrul Aqilah tinggal dekat sini ke?"
"Ye. Encik ni siapa?"
"Saya , Razif, sepupu Shahrul Aqilah."
"Owh..Aqilah tak da dekat rumah. Sekarang dia ada dekat ladang. Petang karang baru dia balik, terang Mak Cik Rosmah lagi.
"Ladang?dia buat apa kat sana mak cik?.."
"Dia bekerja kat sana.Eh!..jemput la masuk. Tak manis berborak depan pintu," pelawa Mak Cik Rosmah.
Razif,jemput duduk dulu ye. Mak cik nak masuk ke dalam kejap buat air.
"Eh!..tak perlu la mak cik. Saya datang ke mari sekejap aje. Susah kan mak cik pula..."
"Tak susah mana pun. Air bujang aje..."
Razif memerhati hiasan dalaman rumah itu. Cantik dan teratur aje susunan perabotnya. Dinding ruang tamu yang dicat dengan warna biru itu pulak begitu mendamaikan. Rasa tenang saja berada di dalam rumah ini.
"Razif, jemput la makan. Mak cik meletakkan segelas minuman bersama sedikit kuih. Dia mengambil sepotong kuih lalu mengunyahnya perlahan-lahan.
Mak cik nak tanya sikit ni...." Anak ni sepupu Aqilah sebelah mana ye?Selama ni tak da pulak saudara-mara yang mencarinya.."
"Saya sepupu dia yang sebelah mak. Dulu Aqilah ni tinggal dengan kami mak cik, terang Razif lagi.
"Saya dah lama berusaha cari dia. Kebetulan baru-baru ini ada kawan saya ternampak dia di sekitar kawasan ini. Itu yang saya datang ke mari untuk mendapatkan kepastian. Lagipun saya ada hajat besar , ucapnya perlahan. Tiba-tiba wajah lelaki itu kelihatan muram.
"Hajat besar?tentang apa tu ?"
"Mak saya sedang sakit. Kalo boleh sebelum dia pergi, dia harap sangat dapat jumpa dengan Aqilah. Saya tau mungkin Aqilah masih terkenang kisah lampau tapi saya harap benar Aqilah sudi jumpa mak saya buat kali terakhir."
Sabar ye Encik..Mak cik rasa lebih baik Encik cakap sendiri kepada Aqilah. Aqilah tu Mak Cik tengok masih belum stabil. Kadang-kadang suka termenung jauh. Cubalah encik slow talk dengan Aqilah ye.."....
"baik mak cik, ucap Razif perlahan.
"Kejap lagi, dalam pukul 1 baliklah dia..jelas Mak cik Rosmah saat terpandang jam yang tergantung di dinding rumahnya. Jemput la makan tengahari sekali..sambungnya lagi.
"Err...tak pe ke mak cik?"
"Tak apa. Meriah la sikit ..selalunya mak cik menjamu selera dengan Aqilah saja.."ucap Mak cik Rosmah sambil tersenyum.
"Kalo begitu kata mak cik, saya tak dapat la nak tolak pelawaan mak cik ni..orang kata,rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... tak gitu mak cik, usik Razif. Mak cik Rosmah hanya tersenyum saat mendengar usikan anak muda itu.
Sabar ye Encik..Mak cik rasa lebih baik Encik cakap sendiri kepada Aqilah. Aqilah tu Mak Cik tengok masih belum stabil. Kadang-kadang suka termenung jauh. Cubalah encik slow talk dengan Aqilah ye.."....
"baik mak cik, ucap Razif perlahan.
"Kejap lagi, dalam pukul 1 baliklah dia..jelas Mak cik Rosmah saat terpandang jam yang tergantung di dinding rumahnya. Jemput la makan tengahari sekali..sambungnya lagi.
"Err...tak pe ke mak cik?"
"Tak apa. Meriah la sikit ..selalunya mak cik menjamu selera dengan Aqilah saja.."ucap Mak cik Rosmah sambil tersenyum.
"Kalo begitu kata mak cik, saya tak dapat la nak tolak pelawaan mak cik ni..orang kata,rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari... tak gitu mak cik, usik Razif. Mak cik Rosmah hanya tersenyum saat mendengar usikan anak muda itu.
Selasa, 28 Mei 2013
BAB 3
Rentetan dari
peristiwa Danny masuk hospital, hubungan Dr Aiman dan Sarah makin akrab.
Kebetulan Dr Aiman juga mempunyai 2 orang anak kecil di bawah jagaannya, Jadi
pertemuan dia dengan Sarah merupakan satu bonus untuknya supaya anak-anaknya
dapat merasai jalinan kasih sayang seorang ibu. Arwah isterinya telah meninggal
dunia saat melahirkan permata hati bongsu mereka. Sejak itu, dia membesarkan anak-anaknya sendirian. Kesibukan dia sebagai doktor membataskan
pergerakan dia untuk memantau dan menjaga anak-anaknya dengan baik. Mujurlah
dia dibantu oleh ahli keluarga.
"Babah, Zahra
rindukan umi..kan best kalo umi ada lagi.."ucap anaknya perlahan. Lantas Dr Aiman
memeluk erat anak kesayangannya. Dia faham bahawa anaknya ini amat ketandusan
kasih sayang seorang ibu. Kelahirannya disambut dengan kenduri tahlil arwah ibunya, Alangkah indahnya kalau Putri masih hidup,
monolog Aiman didalam hati. Lamunan dia terhenti saat anak lelaki memanggilnya dari jauh. Mereka sekarang sedang bersuka ria di Lost World of Tambun bersama keluarga Danny yang mengikuti rombongan keluarga Dr Aiman bercuti.
"Zahra, kalau
Aunty Sarah jadi Ummi Zahra, Zahra nak
tak?"Tiba-tiba Kakak Aiman mencelah perbualan mereka. Aiman yang terkejut terus
mengerut dahinya sambil memegang tangan anaknya untuk beredar dari tempat itu.
Malangnya, anaknya melepaskan pegangan
tangan lalu berdiri di sebelah mak longnya.
"Betul ke Mak
Long? "Tanya Zahra dengan penuh teruja. Ara suka..Aunty Sarah best..dia suka
bagi Ara hadiah. Abang Danish pun mesti suka, terlompat-lompat Zahra atau nama
timbangannya Ara apabila Mak Longnya memberikan cadangan itu.
"Kak long, kenapa
cakap dekat budak kecik macam tu?"Aiman meminta penjelasan kakaknya.
"Hai..orang nak
tolong dia, tapi dia tak berterima kasih pula. Ingat akak tak tahu ke Man
selalu curi-curi pandang si Sarah tu. Dah lama tau akak perhatikan sejak Man
bawa dia jumpa family kita masa hari raya.."ujar Aznira.
"Ish..macamana akak
aku ni boleh terperasan plak..gumam Aiman perlahan. Akak, Man….
Blum sempat Man menghabiskan kata-katanya, Aznira telah menyampuk. Akak faham Man. Don’t worry. Akak
akan sokong Man..bila boleh makan nasi minyak ni? Akak dah terbau-bau ni.."usik
akaknya lagi.
"In Sha Allah tak
lama lagi akak..hehe... Man tengah usahakan la ni. Tapi kan, family
mertua Sarah macam melarang hubungan kami ini. Kakak ingat tak kisah yang Man
cerita di awal-awal perkenalan kami tu."
" Ingat je. Nape
dik?"
Ayah mertua dia
mcam tak sokong Sarah nak jaga anak dia sendirian. Lepas tu, sejak Sarah bawak
Danny keluar dengan Man, terus ayah mertua dia ajak mereka tinggal sekali dekat rumah agam tu. Takut sangat Man berhubung dengan anak menantu dia kot. Ntah-ntah takut Sarah tersuka pada Man tak? Pastu kawen
dengan Man.
"Ish..Man ni. Ke
situ plak. Kan Danny tu satu-satunya cucu yang mereka ada, mesti la sayang sangat-sangat. Lebih baik
mereka tinggal bersama. Sarah pun dah tak ada sesiapa kan. At least, ada la
jugak orang yang akan tengok-tengokkan mereka dua beranak."
"Harap begitulah..."
BAB 2
“Mommy, look here. Dr Aiman bought me a robot.
The famous one, Transformer…kata Danny dengan nada yang ceria. Dr Aiman
yang berada disamping Danny tersenyum saat
memandang Sarah yang baru menguak pintu bilik Danny ditempatkan.
Kelihatan Dr Aiman bersama jururawat baru selesai melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Danny. Sarah merapati katil
Danny lalu mengucup pipi anaknya.
"Did you say
thank you?"tanya Sarah.
"Yes.I do.." jawab Danny.
"How’s your day?" Tanya Sarah.
"Fine,kata Danny.
Mom, Dr Aiman cakap Danny boleh balik esok pagi. Betul kan Dr," ucap Danny kepada
Dr. Aiman yang sedang khusyuk memberi arahan kepada jururawatnya.
“Yes my little kid. Tomorrow morning you are
going home but make sure take care of yourself very well. Don’t come here
again. If not, you will see me again..be careful“ pesan Dr Aiman sambil
menuding jari ke arah Danny.
Sebelum menutup pintu wad, Dr Aiman sempat mengenyit mata kepada Sarah. Kebetulan bapa
mertuanya yang berada di hadapan pintu wad melihat adegan itu terus merenung
tajam wajah doctor itu.
"Don’t try to tackle her. I don’t like. You
are not suitable with her..please stay away from her.." kata Mr Lee dengan
tegas. Hubungan rapat antara Danny dengan Dr Aiman yang merawatnya meresahkan
hati Mr Lee. Dia merasa sangsi akan hubungan mesra itu. Acap kali pemeriksaan,
mesti Dr Aiman yang akan mengambil tugas. Dia perasan akan cara pandangan dan
layanan doctor itu terhadap menantunya. Kadang-kadang melebihi layanan seorang
doctor kepada pesakitnya. Dia takut untuk menerima kenyataan bahawa menantunya
akan berkahwin lagi.
“Don’t worry Mr
Lee. I’m very professional while working”
ujar Dr Aiman .
“I mark your word ”kata Mr Lee.
**
Usai perbualan,
terus Mr Lee membuka pintu bilik. Hari ini dia datang berseorangan tanpa Mrs Lee.
"Hi Danny!grandpa
tengok Danny gembira semacam ?share la dengan grandpa.."usik Mr Lee sewaktu
melihat sekotak permainan di atas katil Danny.tersenyum gembira Danny lantas
menunjukkan pemberian Dr Aiman itu. Danny berceloteh tanpa henti tentang
kebaikan dan keramahan Dr Aiman sambil meminta ibunya menyokong
kata-katanya. Sarah yang mendengarnya
hanya tersenyum dan sempat mengusik Danny yang memanggil Dr Aiman sebagai Papa.
Wajah Mr Lee
berubah saat mendengar kata-kata Sarah. Dia mula bimbang jika Sarah menyukai Dr
Aiman. Musnahlah rancangan dia untuk menjodohkan Sarah dengan anak kawan
baiknya. Reaksi dan sikap Sarah yang agak berbeza kali ini memungkinkan
persoalan itu menjadi kenyataan.
"Sarah,
daddy ada hal penting. Esok pagi, pesan
Patrick datang ambik Danny ok, "kata Mr Lee. Sarah hanya mengganggukkan kepala.
Sebaik saja Mr Lee keluar, Danny menyusulkan cadangan untuk berjumpa dengan Dr
Aiman di luar waktu pejabat. Mula-mula,
Sarah agak keberatan kerana bimbangkan penerimaan keluarga Dr Aiman tetapi
setelah Danny berjanji berkelakuan baik barulah Sarah bersetuju.
BAB 1
Hari ini, genap dua tahun pemergiaan Alex tetapi
seluruh ahli keluarga mereka masih meratapi atas pemergiannya. Hujan gerimis
membasahi bumi saat Sarah dan ahli keluarganya sedang menziarahi kubur
suaminya, Alex yang telah meninggal dunia dalam satu kemalangan. Dia yang memakai pakaian serba hitam serta berselendang hitam mula merasa sebak saat melihat wajah anak kesayangannya yang
benar-benar mirip wajah Alex.
“Danny ,come here”panggil Sarah.
“Yes mom.
I’m coming .Danny berlari ke arah Sarah lalu memeluknya erat-erat
sambil menangis.
“I miss him so much , mom” kata Danny
sambil mengesat air matanya. Sewaktu Alex meninggal dunia Danny berusia 5 tahun
dan kehilangan papanya meninggalkan kesan yang mendalam . Hampir setiap malam
Danny tidak dapat tidur lena dan sejak hari itu seluruh ahli keluarganya
berusaha mengembirakan hati Danny.
"I know. I miss him too..he is my
guardian..my soulmate..ucap Sarah sambil mengusap-usap kepala anaknya. Please don’t cry...remember what papa has told you ..be a strong guy..you must take care and protect mummy. Am I
right?" tersekat-sekat suara Sarah saat mengucapkan kata-kata itu.
“Yes …yes mom. I remember his words “ kata
Danny sambil menggangguk kepalanya. Kala itu, semua ahli keluarganya memandang
sayu ke arah mereka dua beranak lalu memberi
isyarat untuk pulang.
“Let go my dear. Next time, we will come here
again “pesan Sarah sambil berjalan berpegangan tangan dengan anaknya.
***
Setahun sudah
berlalu sejak Sarah mengambil alih
jawatan suaminya.Dia amat sibuk sehinggakan masa terluang bersama anaknya
terbatas. Seluruh ahli keluarganya
merasakan dia telah mengabaikan Danny. Kemuncak kemarahan mereka saat
Danny jatuh sakit buat kali ketiga tetapi Sarah tiada di sisi Danny untuk
menemaninya. Nasib baik,waktu itu Danny berada bersama datuk dan neneknya
lantas mereka menghantarnya ke hospital.
"Mom, how’s Danny.? Did doctor said
anything?"tanya Sarah sambil mengoncang bahu ibunya. Dia yang baru tiba dari
lapangan terbang terus bergegas datang ke hospital saat mendengar khabar berita
itu.
"Nothing bad. Doktor cakap dia tak makan
ubat ikut aturan waktu saja. Sarah kan tahu Danny ada penyakit jantung, ucap
Puan Anne . Nasib baik kali ini tak serius sampai masuk ICU , kalo tidak macam mana mommy
nak beritahu keluarga Lee.."kata Puan Anne dengan tegasnya. Kala itu, keluarga
mertuanya baru tiba di depan wad Danny ditempatkan.
“Next time, please make sure you did not
repeat the same thing again” selar bapa mertuanya. “He’s
the only grandchild that I have….”
"Daddy ",tegur mak mertuanya. Sorry Sarah,jangan ambil hati ya, lantas
ibu mertuanya memeluknya.
"It’s okey mommy. It’s my fault. I didn’t take care of him very well. "Tersedu-sedan
Sarah menangis selepas dimarahi oleh bapa mertua. Dia mengakui kealpaan dia
hampir-hampir meragut nyawa buah hatinya. Itulah satu-satunya jalinan kasih
tercipta antara dia dan Alex. Mana mungkin dia sanggup kehilangan Danny pula.
Ah!maafkan mommy, rintih Sarah di dalam
hati.
Isnin, 27 Mei 2013
CERPEN:Izinkanku Memilikimu
Kedengaran
lagu Give Me Your Heart a Break
nyanyian Demi Lovato berkumandang dengan kuatnya di sebuah taman perumahan. Lagu
itu tengah meletup dan selalu diputarkan oleh deejay di corong radio tapi
masalahnya sekarang ia telah mengganggu ketenteraman salah seorang penghuni di
kawasan perumahan itu.
“Woi! Engkau ni tak reti nak perlahankan radio ke? Pagi-pagi buta dah biar radio tu melalak,” kata Aliya.
“Woi! Engkau ni tak reti nak perlahankan radio ke? Pagi-pagi buta dah biar radio tu melalak,” kata Aliya.
Sewaktu itu, jiran sehati
sejiwa Aliya sedang membuka kasut. Nampak gaya macam dia baru balik dari jogging. Muka lelaki itu agak tegang selepas
mendengar kata-kata Aliya.
“Oi
makcik! Suka hati aku la nak pasang radio kuat ke perlahan ke?Ada aku kisah?Ermm…aku
nak tanya ni, aku ke engkau yang kena bayar duit elektrik?”sambung lelaki itu
lagi kepada Aliya.
Tiba-tiba,
Ain merangkap housemate Aliya muncul di sebelah Aliya.
“Aliya,
dah la…janganlah memekik terlolong pagi-pagi ni.Tak manis la,”kata Ain.
Ewah..ewah..minah
ni. Bikin panas je. Boleh plak backup musuh
utama aku. Sepatutnya dia backup
aku…hampeh punya kawan, desis Aliya di dalam hati. Sambil itu, sempat jugak dia
menjeling tajam ke arah Ain tapi Ain hanya ketawa kecil.
Ain
cuma tak suka melihat Aliya asyik bertekak dengan mamat tu. Tambah kita kan
hidup berjiran. Malu tau bila jiran lain tengok kelakuan korang berdua. Macam
anjing dengan kucing. Tak pasal-pasal karang ada yang buat sidang mesyuarat
tingkap. “Aliya tak rasa malu ke?” ucap Ain perlahan di telinga Aliya.
“Ah!pedulikan
la depa semua tu..penyibuk aje”,kata Aliya dengan kuatnya.
Ketika
itu, lelaki tersebut masih berada di perkarangan rumahnya sambil menjeling
tajam kearah Aliya. Ini membuatkan Aliya bertambah bengang.
“Hey,
mangkuk! Dengar sini, aku tahu la engkau yang bayar tapi engkau faham tak yang
engkau ni dah mengganggu ketenteraman awam manusia sejagat pagi ni?” kata Aliya
dengan lantangnya.
“Eh..yeke?
kenapa tak ada orang report dekat aku
pun?” kata lelaki itu pula.
“Ermm…ada
je tapi masalahnya mereka tu tak berani nak bising-bising macam aku ni. Kita ni
hidup bermasyarakat kena la ambik kisah orang di sekeliling kita. Takkan benda
kecil macam ni engkau tak faham,”kata Aliya dengan beraninya. Aliya mendengus
lalu menghala ke pintu masuk rumahnya.
Sayup-sayup kedengaran suara housemate si mamat kerek itu. Pengumuman,
nama mamat kerek tu Muhammad Asyraff aka Boy.Macam mana aku dapat tau nama dia
panjang ceritanya.
“Aku
dah nak masuk umah pun, Mr Hakimi Affandy oii…bising la kau ni sebijik macam
jiran sebelah ni..jerit si Boy sambil menjeling Aliya yang masih terkaku
berdiri di tepi pagar rumah…”
“Fandy…tiba-tiba
Aliya menyeru nama itu. Terhenti terus langkah Aliya saat mendengar nama itu.Ah…kebetulan
aja kot..desis hati Aliya…”
“Asal
bising-bising tadi? aku dengar macam teruk je,” tanya Hakimi yang baru selesai
menyediakan sarapan untuk mereka berdua.
“Ala…jiran
sebelah kita tu..takkan kau tak faham perangai dia macam mana. Kalah mak dan
nenek aku dekat kampung tu tau bila dengar dia membebel..bingit tau tak?” kata
Boy aka nama penuhnya Muhammad Asyraff .
Entah alergi apa lah minah tu asal
nampak aku ada ja benda yang dia tak puas hati..gumam Boy.
“Owh..engkau
pun satu. Dah tau minah tu angin semacam janganlah kau cari masalah dengan
dia,” ujar Hakimi.
“Hello
Mr Hakimi Affandy, sejak bila aku ni suka cari masalah?” kata Boy dengan nada
suara yang agak tinggi. Takkan kau tak kenal aku ni macam mana..
“Bro…sorry..sorry..Hakimi
Affandy terus mengangkat tangan tanda maaf. Silap timing pulak nak melawak dengan Boy. Air muka Boy yang amat keruh
tadi terus menjadi neutral selepas
melihat gelagat teman baik merangkap rakan serumahnya.
“Dah
la. Jom makan ..omel Boy”.
Mereka
meneruskan sarapan pagi yang tergendala. Sejam selepas itu, mereka bergerak ke
pejabat untuk menyiapkan separuh lagi kerja projek yang tergendala. Hujung
minggu yang indah terbuang begitu saja kerana kesibukan kedua-duanya dalam
menyiapkan kertas kerja yang mempunyai
dateline berbaki 2 hari .
Hari
ini, 1hb November 2011. Hari yang mencatatkan kelukaan dalam hidup seorang
wanita bernama Aliya.
Tarikh
itu ialah tarikh keramat buat Aliya apabila jejaka idaman hati hadir dalam
hidupnya. Malangnya,genap 3 tahun selepas itu ia menjadi tarikh paling
menyedihkan dalam hidupnya kerana lelaki
yang dia cintai meninggalkan dia tanpa sebab. Aliya dirundang kesedihan akibat
patah hati. Untuk mengelak emosi Aliya terus terganggu dia menyibukkan diri
dengan kerja. Sejak peristiwa itu, dia telah menukar panggilan namanya kepada
Qaisara. Hanya orang-orang tertentu saja memanggilnya Aliya.
“Qaisara,
big boss baru panggil kamu,” kata
Zureen.
“Okey.
Terima kasih Zu. Aliya bergegas ke bilik ketua dia sambil membawa planner. Dalam fikirannya mula
memikirkan tugasan baru.Aduhai..hujung tahun begini bertambah-tambah pula keje
baru. Aduss..sambil berjalan ke bilik ketuanya mukanya sudah berkerut seribu
apabila memikirkan hal itu…”
Tok..tok..tok…
“Masuk..”Kedengaran
suara seorang lelaki yang memberi arahan di sebalik pintu yang tidak berkunci.
“Yes
boss!”Aliya melangkah dengan penuh yakin.
Kelihatan bos barunya amat sibuk kerana di atas mejanya penuh dengan dokumen. Langsung
tidak memandang wajah Aliya yang sedang tercegat di hadapannya.
“Bos..”Aliya
mula berkata-kata. Aik..dia ni sedar ke tidak aku ada depan dia ni?gumam Aliya
di dalam hati.
“Bos…ucap
Aliya dengan nada yang lebih tinggi sedikit”. Disebabkan terkejut, terus
terpelanting pen yang dipegang oleh bosnya. Bosnya terus mendongakkan kepala
lalu terpandang seorang perempuan sedang berdiri di hadapannya. Jelas kelihatan
kerutan di dahinya.
“Ada
saya panggil kamu masuk ke tadi,” kata bosnya.
“Hah!
mulut Aliya ternganga sedikit akibat terkejut.Dia mula berkerut,seingatnya tadi
Zureen ada cakap big boss baru nk jumpa dia.Takkan tersalah bagi maklumat plak…”
“Setiausaha
boss cakap bos nak jumpa saya tadi…Aliya terus laju menuturkan perkataan.”
“Owhh…awak
ni la Nur Aliya Qaisara?” tanya bosnya.
Aliya
yang masih blur-blur, terus mengangguk. Yes,
I am.
“Alright. I need your help .Because
before this you pernah handle one big project, I nak you submit financial report
berkenaan projek itu. Can you? And one
more thing, I nak minta tolong you berkenaan kedudukan kewangan
syarikat ni. I nak you bagi I maklumat tentang pencapaian syarikat untuk 5 tahun lepas.
“Okey bos. No problem..sahut
Aliya sambil tersenyum. Kalo tak ada apa-apa, saya keluar dulu.”
Keluar
aje dari bilik bos, terus aku menonong
laju menuju ke tempat aku. Sempat juga Si minah Kepoh aka Dahlia merangkap
kawan baik aku bertanyakan sebab bos baru tu panggil. Aku hanya mendiamkan diri sambil tersenyum.
Kring..kring..kring…talian
telefonku berbunyi.
“Hello.Assalamualaikum...Qaisara’s speaking. May I help you?”kata aku dengan lancarnya.
“I’m Saffiya,
wakil syarikat Pesona Intelligent Sdn Bhd. I
nak berbincang dengan Cik Qaisara berkenaan sebutharga projek di Bukit Berapit.
Bila Cik lapang?” kata Saffiya.
“Saya
lapang petang ni. Kita jumpa dalam pukul 3 di pejabat saya. Are u okey with that?”
“
Okey. I’ll see u at 3 o’clock. Selepas
meletak ganggang telefon, aku menyambung kerja yang terbengkalai.Harap dapat
balik awal hari ini..” kata Aliya di dalam hati.
“Zairul”,panggil rakan sepejabatnya.
“Yes.”
“Aku
nak pergi syarikat Art Landscape ni. Kau nak ikut ke tak? Appointment petang ni pukul 3”, jelas Saffiya.
“Alamak!
Sorry...aku ada appointment . Asal kau tak bagitau awal-awal tadi? Aku kan dah
pesan nak ikut serta perjumpaan kau dengan wakil Art Landscape tu,” tutur
Zairul perlahan seakan-akan sedikit kecewa.
“Maaf
la Zairul. Kau kan tahu kebelakangan ni aku sibuk nak selesaikan masalah dengan pihak
pembekal kita tu.Ni pun hampir-hampir terlupa tapi nasib baik assistant aku yang ingatkan appointment yang aku postpone sejak last week tu. So, confirm
kau tak dpat ikut ni?” tanya Saffiya sekali lagi.
Zairul
hanya menggangguk. “Tapi next time, tolong
la inform aku awal-awal ok,”pesan
Zairul.
“Okey,”kata
Saffiya sambil tersenyum.
Kedatangan
wakil syarikat Pesona Intelligent disambut baik oleh Aliya. Dia amat berharap
mereka dapat mencapai kata sepakat supaya projek Bukit Berapit itu dapat
dilaksanakan mengikut dateline. Nasib
baik semua dokumen projek masih dalam simpanannya kerana pihak Pesona bercadang
mengubah spesifikasi sesetengah material.
“Alright Miss Saffiya,
I nak you hantar proposal lengkap berserta maklumat perubahan. Please inform me back when you dah hantar
proposal tu..so I boleh semak dengan cepat..”
kata Aliya sambil berjabat tangan dengan Saffiya.
“Okey
Miss Qaisara. I will tell my partner, Encik Zairul Affandy regarding this matter.
See u later…”senyum Saffiya. Aliya
yang mendengar nama itu terus tergamam. Bukan dia..bukan dia…monolog Aliya
didalam hati. Kebetulan saja kot…
Ahh..sebaik sahaja keluar daripada bilik
mesyuarat terus Aliya menghempas fail ke atas mejanya. Kenapa semenjak dua
menjak ini nama dia...dia yang aku cuba lupakan bermain di fikiranku..kusut
fikiran Aliya. Aku kena ambik cuti ni..gesa Aliya.
Nur
Aliya Qaisara yang sedang berjalan-jalan di sekitar pantai Morib tidak perasaan
ada seorang hamba Allah yang sedang memerhatikan gerak gerinya dari
jauh.Ah..rindunya aku pada gadis ini. Untuk mendekati gadis itu semula dia tak
punya kekuatan setelah apa yang dia lakukan pada gadis itu satu dulu kala. Dia
amat menyesal kerana terlalu mengikut telunjuk hawa nafsunya itu. Kalaulah masa
boleh diputar kembali, dia akan membuktikan betapa dia amat mencintai gadis itu
tanpa menyakiti hati atau melakukan sesuatu yang amat bodoh.Ahh…menyesal tak
sudah apabila dia mengingati kisah silamnya.
“Akak…..panggil
seorang budak lelaki….”
Aliya
terus berpaling ke arah belakang.
Kelihatan seorang budak kecil yang sedang memegang sekeping kertas kecil berserta
sekotak hadiah. “Ye adik? boleh akak bantu?..”
“Nah!
budak itu menghulurkan kertas kecil beserta hadiah itu kepada Aliya. Ada
seorang abang hensem bagi dekat akak,” kata budak kecil itu dengan petahnya.
“Hah!”
Aliya yang amat terkejut tidak terus mengambil hadiah itu dan hanya terkebil-kebil
memandang budak itu. Dia hanya mendiamkan diri seperti berada dalam dunia yang
lain. Akakkkk….budak itu menarik hujung bajunya.
Aliya
yang baru tersedar terus tersenyum lalu mengusap kepala budak itu. “Boleh akak
tau siapa abang hensem tu?” Ntah-ntah tersalah orang..seingat Aliya, dia tidak
mengenali sesiapa pun di resort tempat dia sedang menginap sekarang.
“Adik
tak kenal la akak. Abang hensem tu minta adik bagi benda tu dekat akak je. Tapi
kan tadi abang hensem tu ada dekat bawah pokok tu. Dah lama dia perhatikan akak
tau.Ok lah akak, adik kena pergi dulu,takut mak adik tercari-cari…”
“Mana-mana?”Aliya
terus memandang ke arah yg di tunjukkan tadi.Ah! mana mungkin orang itu akan
menunjukkan dirinya semula. Ermm…kemusykilan Aliya tidak terjawab di sebabkan
budak kecik itu hanya menjadi penyampai. Aliya mula membelek kad ucapan itu
lalu berjalan laju menuju ke bilik penginapannya. Dia membelek kad itu.
Nur
Aliya Qaisara,
Senyumanmu
seindah bunga yang kembang mekar,
Daripada,
ZA
“
Siapa pulak ZA ni? aku kenal ke? takkan la Zairul Affandy. Mustahil. Macam-macam
soalan mula muncul dalam fikiran Aliya. Aliya terus membuka pulak hadiah yang
diterimanya. Coklat? Eh!siapa yang tahu aku memang hantu coklat ni? Nak makan
ke tidak? Aliya masih teragak-agak .Tapi bila memikirkan coklat itu ialah
favouritenya, Aliya terus mengambil coklat yang berbentuk hati lalu
mengunyahnya perlahan. Ada macam-macam bentuk serta rasa. Sedap,puji Aliya
didalam hati…”
Di
kala Aliya sedang enak menikmati kelazatan coklat, tiba-tiba teman sebiliknya telah
membuka pintu bilikku. Mereka datang ke
pantai Morib ni berdua sahaja untuk bercuti. Wajahnya yang lesu terus bercahaya
apabila melihat Aliya yang sedang makan coklat berseorangan.
“Amboi!makan
coklat tak ajak Tehah pun?” kata Fatihah. “Mana Qaisara dapat ni? beli
eyh?”tanya Fatehah sambil menyuapkan sebiji coklat ke dalam mulutnya.
“Ewah..ewah..Tehah
ni makan tak minta izin Qaisara pun?”kata Nur Aliya Qaisara sambil mengalihkan
kotak coklat itu.
“Ala,kedekut
la Qaisara ni! Tehah makan sebijik je pun…tu pun berkira”. Terus masam muka
Fatihah. Aliya yang melihat tingkah laku Fatihah hampir tergelak.Alololololo…dah
merajuk pula kawan Aliya ni,masam betul muka dia..kata Aliya di dalam hati.
“Cik
Fatehah cayangg, toksah nak merajuk..Qaisara tahu Tehah tu merajuk tahik kucing
aje. Nak suruh Qaisara pujuk la tu..” tersengih-sengih Fatihah saat mendengar
kata-kata Aliya..Dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai Qaisara.
“Ambik
ni, Aliya menyuakan sebiji coklat berbentuk hati yang berperisa coklat kepadanya.
Mukanya terus bercahaya sebab dia jugak peminat coklat macam Aliya. Sedap kan?
“Seriously
sedappp wei..mana Qaisara dapat ni? teruja plak kawan Aliya ini. Lantas Aliya
menjawab, ada secret admirer yang
bagi siang tadi. Dia yang amat terkejut terus memandang wajah Aliya untuk
mendapatkan kepastian. Aliya hanya tersenyum lalu menunjukkan kad ucapan sebagai
bukti.
“ZA?
siapa dia ni? Tehah kenal tak?”bertalu-talu soalan keluar dari mulut Fatihah.
Aliya
hanya menjongket bahu. “Aliya sendiri pun tak kenal..”ucapnya.
“Sure
ni? entah-entah secret admirer tak ?Qaisara kan cantik,bijak,bersopan-santun
..” puji Fatehah.
Mana
ada. Tehah kan tahu Qaisara macam mana..perasaan cinta dah lama mati dalam
hidup Qaisara.
“
Hmm…Tehah nak cakap sikit boleh? kenapa
Qaisara tak nak bagi peluang pada diri ? tak semua lelaki kat dunia ni
jahat tau..” ujar Fatehah.
“
Qai..Qai..belum bersedia. Qaisara dah cuba buka pintu hati ni untuk orang lain
tapi Qaisara tak mampu nak menipu yang Qaisara
masih mengharapkan dia…Tehah faham tak?” terus menjurai air mataku
mengalir. Aliya amat sedih apabila terkenangkan kisah lama itu. Fatehah terus
memeluknya dengan erat.
“Maafkan Tehah, Tehah tak bermaksud membuatkan Qaisara
bersedih kembali..”kata Fatehah.
Fatehah
sudah beredar dari bilik Aliya. Dia ingin memberi ruang kepada Aliya Qaisara
untuk berehat. Tujuan percutian ini pun sebab bersangkut paut dengan si dia. Si
dia yang Aliya cuba kikis daripada memorinya.Aliya betul-betul ingin merehatkan
mindanya daripada memikirkan tentang dia. Ah!Aku dah cuba membuang nama dia
dari hatiku tapi situasi hari ini mengingatkan aku kembali tentang dia. Tiga
tahun…tiga tahun aku ambik masa untuk melupakannya. Aku tak ingin menangis lagi
tapi hari ini aku ..aku tewas..air matanya mengalir laju membasahi pipinya.
Fatehah
hanya duduk termenung di biliknya. Tiba-tiba, handsetnya berbunyi.
“Hello!Tehah,
Aliya Qaisara macam mana? Dia okey ker?” tanya satu suara di sebelah sana.
“Waalaikummmusalam
Zairul..” jawab Tehah dengan spontannya.
“Err..Assalamualaikum,
jawab Zairul. Tehah, Aliya Qaisara macam mana?” tanya Zairul sekali lagi.
Fatehah hanya mendiamkan diri.
“Tehah,
maksud aku Aliya aka Qaisara ok ke?”pleaseee
bagitau aku keadaan dia..rayu Zairul.
“Dia
menangis..”pendek jawapan Tehah tapi berjaya menyentap hati Zairul.
“Aku
tahu aku bersalah pada dia tapi aku belum berani nak jumpa dia. Aku takut dia
akan larikan diri lagi..macam dulu..”terang Zairul.
“
Zai..aku bukan nak masuk campur tapi kau kena selesaikan masalah ni. Tiga tahun
Zai dia tunggu kau. Dia masih mengharapkan penjelasan kau. Kalau kau sayangkan
tali persahabatan dan persaudaraan kita, please…please sangat-sangat..jadi lelaki
sejati. Solve all problems with her. Don’t let she cry again . She already suffers
a lot since you left her…”
Erm,,.terdiam
terus Zairul. Perlahan-lahan baru dia memberikan respons. “Baik Tehah. Ok la, tolong
tengok-tengokkan Aliya ye..”pesan Zairul.
“One
more thing, don’t call her Aliya. Dia tak suka. Dia tak guna dah nama tu. Nama
baru dia Qaisara..” terang Tehah.
“Whatever
la..dia tetap Aliya suri hatiku. Okey..bye2..”
terus Zairul mematikan talian telefon.
“Nur Aliya Qaisara…seru Zairul. Aku sentiasa
rindukan kau, Aliya.,” ucap Zairul sebelum melelapkan matanya. Hujan lebat yang
turun sejak petang tadi menyebabkan semua penghuni resort hanya berkampung di dalam
bilik. Zairul terus menarik selimut yang tebal agar dapat menutupi dirinya yang
kesejukan.
Keesokkan
paginya, Aliya dan Fatehah mengemas semua barang-barang mereka. Tengahari
nanti mereka akan pulang semula ke kota.
“Qaisara,
panggil Tehah. Qaisara ada nak singgah mana-mana sebelum bertolak?..”
“Ermm…rasanya
tak ada. Setelah siap mengemas barang, Aliya memberitahu Tehah yang dia nak
bersiar-siar di tepi pantai sekejap. Fatehah yang amat mengetahui tabiat
kawannya ini hanya mengangguk.
“Jaga
diri baik-baik. Kalo ada secret admirer
kasi hadiah lagi ,share ngan Tehah
eyh”..pesan Fatehah sambil mengenyit mata.
“Ish..Tehah
ni.Ok la..Qaisara keluar kejap. Fon
tak bawak tau..”pesan Aliya.
Aliya
menyusuri pantai sambil memandang kawasan di sekitarnya. Langit yang terbentang
luas berserta pohon-pohon yg menghijau di sekitar pantai menenagkan jiwa Aliya
yang sedang berkecamuk sejak semalam.Damainya tempat ini, Insya Allah lain kali
aku datang lagi,monolog Aliya di dalam hati. Setelah puas berjalan-jalan di
sekitar pantai , Aliya kembali ke biliknya lalu dia dan Tehah mengusung beg
bagasi mereka ke ruang lobi resort untuk check
out.
“Tehah
pandu kereta eyh. Qaisara nak tido sekejap.Nanti kejutkan Qaisara ye,”pesan
Aliya.
“Okey,”jawab
Tehah sambil tangannya laju menaip pesanan kepada seseorang. Aliya yang
melihatnya tertanya-tanya.
Ehem…ehem..ehemm..Aliya
membuat aksi orang sakit tekak. “ Eh Aliya,sakit ke?” terus menggelabah Tehah
melihatnya. Aliya yang melihat gelagat Tehah hampir tergelak tapi Aliya menahan
diri dari meletuskan ketawa.
“Qaisara
sihat.” Tehah yang tidak mempercayai kata-katanya terus memberikan Qaisara ubat
strepsil. Aliya yang malas nak bising-bising terus makan sebiji strepsil yang dihulur olehnya. Setelah satu jam perjalanan, kami berhenti untuk makan. Di kesempatan
itu, Aliya bertanyakan tentang perbuatan Tehah yang asyik menghantar pesanan
kepada seseorang.
“Tehah
hantar pesanan dekat siapa tu?” tanya Aliya.
“Kawan,”pendek
aje jawapan Tehah.
“Betul
ke kawan ni? lain macam aje ni?siap tersenyum-senyum.Tak nak share ke?”Aliya
berkata sambil memandang wajah kawannya.
“Kawan
aje la. Nothing special..ujar Tehah.
Dah la, makan cepat. Kejap lagi Qaisara plak drive eyh. Tehah nak tido plak…”
“Yela..yela.. bak kunci tu. Tehah
menyerahkan kunci keretanya sambil mula mengosok mata. Nampak sangat wajahnya
yang amat lesu. Kesian kawan aku ni. Tujuan asal datang nak bergembira tapi
percutian ini terpaksa kami tunda sebab bos bekukan cuti dia plak.Ada hal kecemasan di pejabat.
“Kau tido la dulu. Dah sampai nanti
aku kejutkan. Aku membaca lafaz bismillah dan doa menaiki kenderaan sebelum
meneruskan perjalanan kami. Tepat jam 3 petang kami selamat sampai ke rumah
sewa. Ah..lenguh jugak badan aku. Nasib baik aku masih bercuti. Dapatlah
sambung berehat di rumah, senyum aku di
dalam hati…”
“Tehah, bangunn..dah sampai rumah
ni”.Perlahan-lahan Tehah yang mula membuka matanya memandang aku
terkebil-kebil. Aku yang melihat reaksinya hanya tersenyum. “ dah sampai
rumah kau ,”ucap Aliya.
“Yeke? Tolong angkat beg aku . Aku betul-betul tak larat la. Ingatkan dapat beristirehat dengan tenang
hujung minggu ni tapi sebaliknya pulak yang jadi,”omel Tehah kepadaku.
“Baik cik Tihah cayangg..Nahkunci
rumah. Masuk rumah baik-baik. Jangan mamai lak. Kang terlanggar dinding
tu..hehehe..” ketawa Aliya .
Sejak kali pertama Zairul melihat
Aliya di Hotel Oriental untuk pembentangan tender tiga bulan yang lalu, dia
cuba untuk mendekati Aliya semula. Dalam diam dia cuba mengorek rahsia
kehilangan Aliya daripada sahabat baiknya, Nur Fatehah. Satu kebetulan yang sangat tak diduga apabila
melihat gambar Aliya dalam salah satu album percutian sepupunya, Fatehah
merangkap rakan sepejabat Aliya sekarang. Bonus untuk dia kerana menjadi wakil
Pesona Intelligent untuk berurusniaga dengan Art Lanscape tempat Aliya bekerja.Sesungguhnya
dia sangat-sangat bersyukur dipertemukan semula dengan Aliya .
“Aiman,”?ucap Zairul. Aku dah jumpa
Aliya.
“Aliya? Maksud kau, Aliya Ex- jiran
sebelah umah kita dulu tu? ” tanya Aiman dengan lajunya sambil tangannya yang
sedang menyelak majalah menutup terus majalah itu.
“Pembetulan…dia bukan jiran kita
lagi.,terang Zairul. Aku jumpa dia dekat Hotel Oriental 3 bulan lepas.”
“Serious?dia tegur kau ke?” tanya
Aiman.
Nope.
Aku hanya pandang dia dari jauh sebab aku masih tak berani nak mendekati dia.
Kau kan tahu kali terakhir kami berjumpa dia betul-betul marah dekat aku. Dia
cakap dia amat benci aku dan berharap tidak akan jumpa aku lagi. Jadi, aku
hanya mampu pandang dia dari jauh aja la..
“La..kan dah 3 tahun
berlalu.Mungkin dia pun dah berubah.Kau tak nak cuba perbaiki hubungan korang
semula ke?” Tanya Aiman.
“Aku tidak rasa dia dah berubah, kata
Zairul sambil memandang gambar Aliya yang ditangkap secara curi-curi ketika di Hotel
Oriental. Aku masih sayang dan cinta dia , Aiman. Cuma disebabkan kekhilafan
aku tiga tahun lepas aku kehilangan dia….”
“Bro, let’s move on…bunga bukan
sekuntum..tapi kalo kau rasa hati kau masih sayang dan cinta dia..Why not kau tackle dia semula. Belum cuba belum tahu...takkan dah berkarat skill playboy engkau dulu…cabar Aiman.”
“ Kau cabar aku ke?...”
“Eh…tak la.Aku cakap aje..terpulang
la pada kau nak fikir benda ni sebagai cabaran ke apa..huhu. Aku tahu kau mesti
ada cara yang tersendiri kan, terang Aiman sambil meenepuk bahu Zairul. Mana tau aku dapat makan nasi minyak
kau tahun ni…”ketawa Aiman.
Tiba-tiba Zairul memeluk Aiman.
Aiman yang terpinga-pinga dengan tindakan Zairul hanya membiarkan Zairul
memeluk dia. Zairul berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya sambil
tersenyum gembira. Terima kasih kerana menyedarkan aku, Aiman. “Aku akan berjuang untuk mendapatkan cinta aku
ini..”kata Zairul dengan penuh semangat.
“Sama-sama bro.Good Luck! “ ucap Aiman kepadaku.
Dengan pantas aku bergegas ke
tingkat atas rumah untuk menukar pakaian. Ada misi penting yang perlu aku
laksanakan. Aiman yang melihat gelagatku hanya mengelengkan kepala. Sambil
bersiap , aku mula merangka tindakan yang mana perlu aku ambil dahulu. Lantas
aku menghantar pesanan ringkas kepada Tehah.
Zairul:
Salam. Kau free tak sekarang?jumpa
aku dekat Secret Recipi. Urgent.
Tidak
lama kemudian, kedengaran bunyi pesanan masuk.
Tihah:
Wslm.free aje. Okey.janji kau yang
belanja .
Setelah meninggalkan pesanan kepada
Aiman, Zairul terus keluar daripada rumah. Jarak rumah dan restoran yang dekat membuatkan
Zairul tidak sabar untuk berjumpa dengan Tehah. Malangnya di sebabkan ada
kemalangan berlaku di persimpangan jalan keluar taman perumahan, Zairul mula
keresahan. Dia memasang radio untuk menghilangkan rasa kebosanan. Kepetahan
deejay yang berceloteh membuatkan dia lapang hati.Kedengaran ada suara seorang
lelaki yang membuat permintaan lagu kepada sang kekasihnya. Zairul yang pada
mulanya seakan tidak ambik pusing, terus terpegun saat mendengar lagu itu.
Bait-bait lagu Maafkan Aku nyanyian Afee Utopia seakan-akan menggambarkan diri
dia saat ini.
Setelah
kau pergi…
Tinggallah
aku sendiri….
Baru
ku sedar…
Semua
pengorbananmu….
Selama ini…
Ku
tak peduli…
Ku
persiakan hidupmu…
Keegoanku
ini memakan diri…
Tuhan..tolonglah…
Ku
rindu dia….
Kembalikanlah…asmara
cinta mekar sewangi dulu….
Ku
harap engkau maafkanlah diriku…
Aku
bersalah mempermainkanmu hingga membuat kau sengsara…
Berilah
peluang untuk kali kedua….
Akanku
buktikan kasih dan sayangku terhadapmu….
Ooohhhh…ohh..ohhhh
Saat Zairul menapak ke tempat yang dipersetujui seperti di dalam telefon,
kelihatan Fatehah sedang menanti sambil mengerutkan dahinya dan menunjukkan jam
tangannya kepada Zairul.
“Asal lambat?” tanya Tehah.
“Sorry
la my dear ,traffic jammed tadi..”terang Zairul.
“Straight
to the point, kenapa nak jumpa aku?...”
“It’s
about Aliya. Aku nak tackle
dia semula..”
“Ermm..Why so sudden? Ada sesuatu yang berjaya mengubah fikiran kau ke?
Seingat aku la 3 tahun yang lepas , kau pernah
cakap tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Fatehah memandang
Zairul dengan penuh sinis. Ke kau tiba-tiba rasa menyesal dengsn perbuatan kau
tu?” tempelak Fatehah.
“You’re
right. I’m really regret to left he ..How’s stupid I am at that time! why I did’nt
listen to her explanation?..she was trapped by my mom..And me…just pretending as innocent person.Then,
I left her ….”mengeluh panjang Zairul apabila mengenangkan perbuatan
silamnya.
“I
don’t know whether it is too late or not..but she told me someone dah pergi merisik dia” terang Tehah.
“What!? terus terbangun Zairul
daripada kerusi. She told you like that?
since when?” laju Zairul bertanya. Hatinya sudah gundah gelisah.
“Last
week..”pendek
jawapan Tehah.
“Tehah…please help me….”rayu Zairul. Suara Zairul yang jelas bergetar dan
air mukanya yang agak muram membuatkan Tehah serba-salah. Dikiri sepupu, dikanan
rakan sepejabat. Kedua-duanya dia sayang. Setelah berfikir sejenak, dia
menganggukkan kepalanya kepada Zairul.
“I
will help you but you must promise to me don’t hurt her anymore. I will kill you….”ugut
Tehah.
“I
will… I will make sure she get back her happiness dan be my “angel” back..”bersungguh-sungguh
Zairul berkata- kata.
“Alright,
deal.
Jom makan, lapar la…kau belanja ye”. Tehah memesan makanan mereka berdua.
Dari satu pertemuan ke satu
pertemuan berkaitan hal syarikat, Aliya cuba untuk bersikap professional dengan
Zairul, ex-boyfriend merangkap wakil Pesona Intelligent bersama Saffiya. Sungguh
dia sangat terkejut apabila melihat Zairul datang bersama Saffiya. Kemunculan
semula Zairul telah mengkucar-kacirkan kehidupan Aliya. Zairul cuba memikat dia
kembali.
Suatu petang saat dia sedang jogging di Bukit Cahaya,Shah Alam dia
dihampiri oleh Zairul.
“Liya…” seru Fandy dari jauh. Zairul
memulakan perbualan dengan menggunakan gelaran manja mereka. Dia pasti Aliya
sudah melupai panggilan manja ini tapi tidak bagi dia.
Hmm…acuh tak acuh aja Aliya
menjawabnya. Ada apa?
“Maaf.”kata-kata Fandy mati.
“Maaf untuk apa?” tanya Aliya
dengan angkuhnya.
“Maafkan Fandy. Fandy patut
berterus-terang sejak awal lagi. Semua ini berlaku bukan atas kehendak Fandy…”
“Senang aje kan..bertahun–tahun
saya derita…hidup saya tunggang-langgang. Keluarga saya hampir-hampir pulaukan
saya sebab fitnah tangkap khalwat. Awak tahu tak ?”marah Aliya.
“Dan awak…awak langsung tak pernah
cuba mendengar penjelasan saya…saya merana awak…awak tahu tak?, “jerit Aliya
sambil air mata mula mengalir membasahi pipinya.
“Fandy tahu. Fandy juga merana
Liya..aku merenung wajahnya yang muram itu…”
“Please..tolong
bagi peluang sekali lagi untuk Fandy?”
Aliya hanya menggelengkan kepala.
Aku yang melihat reaksinya menjadi terus hiba..hatiku berasa sakit..punah harapanku..kecewa pun
ada.Aku melangkah longlai dari tempat itu. Aliya terkaku melihat Zairul pergi
daripada tempat itu. “Ah..hati Llya masih belum sembuh Fandy, Liya sangat kecewa
dengan sikap Fandy yang tidak matang..”monolog Aliya didalam hatinya.
“Aliya...jerit Fandy. Saya akan
pastikan awak jadi milik saya..tunggu dan lihat…”
Kemuncak kegusaran hati Aliya ialah
apabila dia menerima panggilan telefon
dari ayahnya menyatakan ada orang masuk meminang dan ayahnya telah menerima
pinangan itu. 3 bulan lagi akan bertunang dan nikah sebulan lepas
bertunang.Ahhhh….serabutnya..
“Ain,aku akan berkahwin!ucap Aliya
senafas.
“Uhukk…tersedak terus Ain yang
sedang minum air. Macam tak percaya je..bukan ke kau cakap tak terima pinangan
aritu?musykil ni..”
“Yang tu aku dah tolak tapi kali ni
ada orang masuk meminang terus bapak aku terima. So aku terpaksa kawen jugak…”sugul
Aliya.
“Apa?!serious ,kawen ngan sapa? bila?”tanya
Ain.
“Entah, ayah aku cakap kenalan aku.Urmm..aku
nikah bulan 3 tahun depan..”keluh Aliya.
“Kau setuju ke tak ni?...”
“Erm..aku tak setuju tapi ayah aku
dh wat keputusan..aku..aku kena terima jugak la…”terang Aliya dengan nada
sedih.
“Yeke? engkau dah wat solat
istikarah? mana tau ni jodoh engkau yang Allah dah tetapkan. Pleasee..jangan bertindak melulu..kali
ini kau bagi peluang pada diri kau ye..”pujuk Ain.
Aku hanya mampu mengeleng lalu
menundukkan kepala. Hampir dalam kebuntuan. Ain yang memandangku menggesa diriku
melakukan solat istikarah.
Malam itu, sesudah tujuh hari tujuh
malam berturut-turut aku bangun tengah malam menunaikan solat sunat tahajud dan
istikarah aku mulai kembali tenang. Aku percaya setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Keputusanku untuk menerima lamaran itu mendatangkan kelegaan dan
terpancar cahaya kegembiraan di wajah ahli keluarga dan sahabat-sahabatku.
“Aku nikahkan dikau dengan Nur
Aliya Qaisara yang berwakil-walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya
seratus ringgit, tunai..”suara tok kadi jelas kedengaran.
“Aku terima nikahnya Nur Aliya
Qaisara dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai..” kedengaran lancar lafaz
daripada bakal suamiku, Zairul Affandy.
Aku yang ditemani Ain dan Fatehah
saling berpelukan sejurus mendengar saksi mengesahkan lafaz nikah lalu kami
semua mengangkat tangan menadah doa.. Alhamdulillah..semuanya sudah selamat.
Dari jauh aku dapat melihat wajah sang suami yang tersenyum apabila
memandangku. Sepintas lalu,ruang mindaku mengimbas kembali sebahagian kisah
kami sejak pertemuan kali pertama di Hotel Oriental itu. Fatehah telah
menjelaskan perkara sebenar yang dia sembunyikan daripadaku. Rupa-rupanya
pertemuan kami selama ini termasuklah di pantai Morib dan Bukit Cahaya adalah
rancangan Zairul dan Fatehah. Aku yang pada mulanya ingin marah mulai sedar
tanpa Fatehah, mungkin aku masih bersikap pentingkan diri.
Upacara majlis pernikahan dan
kenduri kami berjalan lancar. Aku yang agak kepenatan terus melangkah ke dalam
bilik meninggalkan sang suami berborak dengan ahli keluargaku.Usai mandi,aku
mula bersiap untuk solat. Tetiba pintu bilik dikuak. Aku memandang dia lalu
memalingkan muka ke arah meja solek. Ah…malu..pasti dah merah pipiku..tiba-tiba
jantungku berdegup dengan kencang. Aku dapat merasakan dia berada hampir denganku
lalu aku berpaling.
“Err…saya nk solat.Awak dah solat?,”tanya
Aliya tergagap-gagap.
“Abang baru nak solat. Jom kita
berjemaah,”jawab Zairul.
Aku terus menghamparkan sejadah
untuknya pula.Buat pertama kalinya aku berjemaah bersama suamiku. Dialah
Imamku. Selesai menunaikan kewajipan kami, dia menyeru namaku…
“Nur Aliya Qaisara…suri hatiku…”seru
Zairul dengan nada suara yang sangat lembut.
Abang tahu dan abang faham Aliya
mungkin masih tak dapat terima abang
kan..sepatah-sepatah Zairul berkata-kata. Abang tak akan paksa Aliya tapi abang
mohon Aliya beri peluang kepada Abang untuk membahagiakan Aliya. Walaupun
sekelumit kuman, izinkan abang…..mendayu-dayu suara Zairul sambil dia memegang
jemariku. Aku yang mendengar hanya menundukkan kepala.
“Awak…eh..aaabang…hakikatnya Aliya
memang terluka tapi sejak abang melafazkan kata-kata keramat itu, hati Aliya
dah terbuka untuk terima abang kembali..Aliya redha. Abang adalah anugerah
Allah untuk Aliya ..ucapku sambil menguntum senyuman kepada dirinya. Dan Aliya sedar kita berhak bagi peluang
kepada seseorang dan Aliya yakin untuk bagi abang peluang itu. Cuma, Aliya
pinta abang bimbinglah Aliya ke jalan yang Satu itu. Kita sama-sama berusaha ye
abang….”
Lantas Zairul mengambil telapak
tanganku lalu mengucup lama. Air mataku terasa bergenang di kelopak.
“Abang sayang Aliya sangat-sangat”.
Terima kasih kerana mengizinkan abang memilikimu. Terus dia memelukku pula. Aku
membalas pelukannya dengan erat. “Terima kasih Ya Allah atas kesempatan ini”.
Syukur aku di dalam hati. Moga kami dapat mencorakkan kehidupan baru ini
bersama-sama dengan penuh warna-warni.
.tamat
Langgan:
Catatan (Atom)