Khamis, 10 Oktober 2013

sedutan cerita: cinta tiada noktah

CINTA TIADA NOKTAH

“Damia, tolong ibu kejap”.Puan Asiah memanggil anaknya yang sedang memasang langsir rumah.

“Ya ibu!kejap lagi Damia datang, “ucap Damia.

Suasana di rumah mereka agak sibuk kerana semua persiapan masih dalam proses untuk disiapkan. Dalam beberapa hari lagi mereka akan mendapat ahli keluarga baru kerana  kakak Damia akan melangsungkan perkahwinannya di rumah. Nasib baik ,Puan Asiah mempunyai tenaga kerja yang mencukupi.

“Eh!Damia,mak kamu mana,”soal Mak Ngahnya yang tiba-tiba muncul dari bilik pengantin .

Mak ada dekat dapur kot. Cuba Mak Ngah pergi tengok.

Kala itu, telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello! Assalamualaikum, “sapa Damia.

“Waalaikummussalam. Ni Abang Hariz . Akak Nisya ada tak? Abang telefon tadi akak tak jawab la, ujar bakal abang iparku.

“Yeke abang?akak tak ada kat rumah la .Dia keluar tadi dengan kawannya. Katanya nak beli barang hantaran. Dia tak beritahu abang ke?” tanya Damia.

Tak ada la pula. Dah lama ke dia keluar?ikutkan dia nak ajak abang pergi beli barang  tapi semalam abang sibuk , terang Abang Hariz.

Owhh..abang tunggu je la nanti akak telefon abang. Dia ada hal penting sangat kot sampai dia tak sempat inform abang semula. Entah-entah telefon bimbit dia kehabisan bateri . Nanti dia pulang Damia sampaikan pesanan abang .

Ok la kalau macam tu. Lega sikit hati abang. Panggilan telefon ditamatkan saat Damia mendengar panggilan ibunya dari arah bilik pengantin.

****

Damia terus melulu memasuki bilik pengantin. Dia agak terpinga-pinga melihat gelagat ibunya dan ibu saudaranya yang sedang bertekak mengenai warna hiasan bilik pengantin.

Damia, datang sini kejap, panggil ibu saudaranya.

Ada apa Mak Ngah?

“Kak Nisya ada cakap nak tukar warna tema bilik pengantin dia ? “soal Mak Ngah.

“Err…rasanya tak ada la pulak”.Damia berfikir sejenak sebelum menjawab pertanyaan Mak Ngahnya sambil mengerlingkan mata memandang ibunya yang sudah monyok. Eh! Asal wajah ibu masam macam cuka ni,monolog Damia di dalam hati.

“Hah! Asiah, cuba kau dengar apa anak kau cakap tadi. Aku bukan nak memandai-mandai hias bilik ikut hati aku,sindir Mak Ngahnya. Si budak Nisya tu kan dah cakap nak warna biru campur peach tapi alih-alih mak kamu ni pandai-pandai nak tukar kepada warna krim pulak. Lagipun budak Nisya tu dah arahkan Mak Ngah siapkan bilik ni ucap Mak Ngahnya dengan panjang lebar.

“Aiseh man!” Damia hanya terpaku dan mendiamkan diri mendengar bebelan Mak Ngahnya.  Dia berbelah bahagi hendak mengiayakan kata-kata Mak Ngahnya sebab ibunya ada di sisi. Melihat wajah keruh ibunya yang seakan-akan makan hati terus dia mendekati ibunya.

Ala ibu, nanti Akak Nisya balik kita bincang semula  sebab mula-mula dulu akak ada terfikir hendak gabungkan warna krim dan biru tapi ada masalah itu yang dia tukar tema. Damia membuat isyarat mata kepada Mak Ngahnya supaya mendiamkan diri sementara dan nasib baik Mak Ngah faham lalu keluar dari bilik pengantin.

“Ermmm….ibu rasa terpinggir. Anak ibu yang nak kahwin tapi yang lebih busy body si Mak Ngah kamu..serba tak kena setiap tindakan ibu,luah hati Puan Asiah kepada anaknya, Damia.

Mak Ngah kan rapat benar dengan akak Nisya. Mungkin sebab itu Mak Ngah sangat excited dalam persiapan perkahwinan akak . Lagipun Mak Ngah kan tak ada anak perempuan  tutur Damia dengan nada suara yang lemah lembut untuk memujuk ibunya.

Itu Ibu faham. Tapi ibu harap sangat dapat siapkan semua persiapan perkahwinan akak kamu dengan tangan ibu sendiri ,balas ibunya dengan suara yang sayu.

Damia kan ada. Damia kan anak Ibu jugak..Ibu lupa ke? soal Damia untuk mengalihkan perhatian ibunya. Nanti wedding Damia ,Ibu tolong siapkan semua persiapan . Ibu jadi wedding planner Damia tau, ucap Damia dengan nada suara yang  gembira sambil memeluk ibunya. Ibunya mengganggukkan kepala tanda setuju.

***

Babe! Jom balik. Dah lewat ni,”ucap Alia merangkap kawan baik Nisya.

“Ala, awal lagi la. Jom pergi Pavillion nak?” soal Nisya.

“Esok-esok aje la. Aku penat. Kau nak beli barang apa lagi? aku rasa semua barang hantaran kau dah cukup. Tinggal nak hias barang hantaran je kan.

Aah,jawab Nisya.

Dah tu,tunggu apa lagi. Jom la gerak,jawab Alia seraya melangkah ke ruang legar tempat meletak kereta. Nisya hanya mampu membuntuti langkah Alia dengan malasnya. Dalam hatinya seakan-akan tidak rela untuk pulang  ke rumah.Pelik tapi benar. Semakin dekat dengan hari bahagia semakin semak fikirannya. Entahmengapa  tiba-tiba hatinya berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan ini. Dia seakan-akan ragu-ragu dengan pilihan hatinya. Ah!serabutnya, bisik kata hati Nisya.

Kala itu, Alia membunyikan hon kereta bertalu-talu. Nisya yang baru sedar dari dunia ciptaannya bergegas ke arah kereta Nissan Murano milik Alia. Saat dia masuk ke dalam kereta, Alia memandang pelik wajahnya. NIsya hanya beku tanpa memberi sebarang reaksi . Alia memandangnya sekilas lalu perlahan-lahan kereta bergerak keluar dari shopping complex.

“Babe!Asal lain benar kau hari ni?tegur Alia.

Mana ada. Tak ada beza lah, sangkal Nisya lalu mengalihkan pandangannya ke arah luar  tingkap.

Kau ada masalah ke? tak nak kongsi dengan aku?soal Alia.

Aku ok je la. Asal kau pandang aku macam nak telan?

Haah.rasa macam nak telan-telan je. Aku tengah geram ni.,ucap Alia dengan nada tegas.

Asal?soal Nisya sambil mengerut dahinya.Kau ada  tak puas hati dengan sapa-sapa ke?

Aah..pendek jawapan Alia.

Sapa?tanya Nisya dengan penuh teruja.

Kau, kawan baik aku.

Aku?soal Nisya kembali?dia berasa pelik dengan kata-kata kawan baiknya itu.

Haah la!Sebab aku tahu kau ada masalah tapi tak nak kongsi dengan aku. Tu yang aku geram ni..ketawa Alia selepas berjaya mengenakan kawannya.

Ala..small matter ja. Aku boleh handle la..tutur Nisya dengan perlahan.

Betul ke ni?Tapi asal nampak kau macam tak ceria ja? nak kahwin dah tapi muka kau tak macam orang nak kahwin ja..serius boleh nampak dari  wajah kau.

Ermm…nanti la aku cerita. Nisya memberi kata putus kepada kawannya lalu kawannya mengangguk tanda faham.

 ***



  



SEDUTAN CERITA: HINGGA AKHIR NAFASKU

HINGGA AKHIR NAFASKU

Suasana kelab malam yang bising ditambah dengan lagu yang sedang dimainkan oleh deejay  tidak berjaya menarik perhatian Badrul. Kawan-kawannya yang sedang berdansa di bawah lampu neon juga tidak berjaya mengurangkan kegelisahan yang sedang melanda dirinya. Khabar berita daripada ayahnya yang bertegas untuk mengahwinkan dia dengan anak kenalannya membuatkan hidup Badrul porak peranda. Menambahkan kekusutan kepalanya apabila ayahnya memberi kata dua segala kemewahan dan kesenangan yang dia perolehi selama ini akan ditarik serta merta. Mana mungkin dia akan menerimanya.Ah!kusut..kusut..dia mula memicit kepalanya.

“Hai darling!sapa Jenny sambil memeluknya dari belakang. Jom menari? Dah lama you tak datang sini,”ucap Jenny lagi.

I tak ada mood la nak menari. You  ajak Danny. I tengok dia asyik menjeling ke arah kita sejak tadi.

“Are you sure? Sebenarnya, I rindukan you la…you free tak malam ini?” Goda Jenny sambil mengusap-usap badan Badrul.

I tak free malam ini. Next time okey, pujuk Badrul.

Okey dear. Promise?

Promise,ucap Badrul sepatah.

***

Kala itu, teman baiknya baru sampai. Dia melambaikan tangannya.

“Whatsapp bro! Apa hal yang urgent sangat ni? Eh!Asal kau selekeh sangat malam ni ,” soal Hakim. Kebiasaannya Badrul sangat mementingkan penampilannya tapi malam ini rupanya sebaliknya. Bajunya selekeh, rambutnya kusut masai dan wajahnya yang keruh serta tidak ceria menimbulkan persoalan di benak fikiran Hakim.

“Aku ada masalah besar.” Hakim yang mendengarnya memberi isyarat kepada pelayan untuk menambah 2 gelas wain lagi untuk mereka. Nah! Kau minum dulu. Sambil- sambil tu cuba cerita dekat aku apa masalahnya.

“Aku kena kahwin paksa. Bulan depan.

“What!Serious? Ini mesti rancangan bapak kau kan..

Bingo!Badrul menganggukkan kepalanya.

Asal tiba-tiba?

Aku terkantoi dengan bapak aku minggu lepas dekat Hotel Meridien. Mengamuk sakan la dia.

“Aiseh man!Kau buat apa dekat situ?”

Masa tu, aku keluar dengan Camelia. Celebrate birthday dia. Kau tahu la aku ni kalau  minum sikit pun boleh mabuk. So, aku minta dia check-in Hotel ja la. Mudah. Waktu aku nak check-out itu la aku terserempak dengan bapak aku.

Masa tu,kau seorang ke dengan Camelia?

Dengan Camelia.

“Patut la bapak kau bising. Confirm dia tahu kau tidur dengan perempuan . Wait! Asal kau tak balik kondo kau ja malam itu?”

Ada orang guna kondo aku. Naya la kalau aku bawa Camelia balik kondo aku tu. Lagipun kondo aku itu hanya orang-orang tertentu saja boleh masuk. Kan itu tempat rahsia aku. Kau jangan bocorkan pulak..pinta Badrul.

Kau ni..macam tak kenal aku ja..ini Hakim la. Berpegang pada janji tau. Biar pecah diperut,jangan pecah di mulut.

So, apa kau nak buat sekarang?nak ikut cakap bapak kau atau boikot?

Nampak gaya terpaksa ikut. Kalo tak, sesen pun aku tak dapat. Bapak aku kejam. Dia bagi kata dua semua kemewahan  aku akan di tarik balik. Mana boleh aku terima bro…

Kalau  itu saja jalan yang kau ada..kau terpaksa terima juga la. Kau kahwin saja ..yang lain kau tak payah peduli. Kira kau kahwin atas kertas saja. Aku tak rasa perempuan tu pun setuju. Entah-entah dia pun kena paksa. Amacam bro?

Betul jugak tu..aku masih boleh teruskan aktiviti aku ni. Pasal perempuan tu pandai-pandai la dia nak hidup kan. Janji aku dah ikut suruhan bapak aku.

Haah..betul.kau boleh gunakan kuasa veto kau tu. Perempuan tu confirm dengar cakap kau punya. Lagipun dengan kuasa veto tu,kau boleh buat apa saja..

Brilliant idea lantas Badrul menepuk  bahu Hakim sambil bergelak ketawa.

Tak sia-sia  kau datang jumpa aku malam ni. Terima kasih bro. Terus lapang dada Badrul .