
Pintu rumah dibuka oleh Amni Husna. Hari ni dia pulang awal daripada menjual tepung talam. Alhamdulillah semua kuih-muih terjual . Rezeki sempena musim mengundi di kawasan kampungnya. Ramai orang luar telah berkampung di sekitar pekan Kepala Batas sejak minggu lepas lagi. Senyum lebar la para penjaja di sekitar kawasan Kepala Batas.
“Amni..awal balik?” Ucap ayahnya, Pak Majid.
“Ya ayah. Habis awal pulak hari ni. Kebetulan Pak Mail nak adakan mesyuarat itu yang Amni terus hantar pesanan kuih kepada mereka. Mujur cukup kuih yang depa minta..”ujar Amni.
“Eh..mana Boboi? Sunyi je rumah. Selalunya riuh-rendah rumah dengan suara dia ” tanya Amni sambil memandang ke ruang tamu .
“Oh, Boboi ada dekat umah Mak cik Esah kamu tu... tadi cucunya mai panggil anak kamu. Toksah risau la…sat lagi dia balik la. Takkan hang tak tau perangai dia macam mana. Ni hang dah beli ubat Boboi? lupa ayah nak pesan pagi tadi. Hang pun terkejar-kejar nak pi berniaga..” ujar ayahnya.
“Ya Rabbi…Amni lupa la. Patut la tadi Sue ada tanya pasal ubat. Tersenyum Amni memandang ayahnya.”
“Takpala…ubat dia ada lagi. Saja nak peringat. Duit beli ubat ada tak?” Tak cukup ayah nak tambah. Ayahnya menghulurkan not lima puluh ringgit tapi ditolak oleh Amni. Kedengaran suara riang kanak-kanak di luar rumah mereka. Lalu Amni menuju kearah pintu untuk menyambut kepulangan anak kesayangannya. Tersenyum lebar Boboi saat melihat Amni.
“Umi….umi…meh sini,”panggil Boboi.
“Cuba tengok ni.. Boboi ada mainan baru tau . Ayah Adam tacik,”pelat Boboi.
“Ayah Adam kasi ye? Boboi ada ucap terima kasih tak " tanya Amni sambil mengusap rambut anak kesayangannya.
“Ada,”jawab Boboi .
“Bagusnya anak Umi ni. Meh masuk rumah,Umi nak Boboi mandi dan lepas ni nak ikut atuk pergi surau tak?” kata Amni kepada anaknya.
“Nak…nak! Nak ikut atuk…”
***
“Shah..,”jerit Iskandar dari jauh. Termengah-mengah kawannya berlari semata-mata hendak bertanyakan sesuatu. Hampir putus nafas Iskandar kerana mengejar Shah.
“Ada apa? Aku nak cepat ni. Flight aku pukul 3 ni .” ucap Shah dengan laju sambil merenung jam tangannya.
“Ni, kau tertinggal file penting”. Iskandar menghulurkan dokumen penting kepadanya.
“Fuhh!nasib baik.Kalo tak mampus aku kena hamput dengan client. Thanks bro.. tepuk tangan Shah ke bahunya.
Wait…wait…program kau hujung minggu ni on ke tak? Aku memang jadi balik minggu ni..”laju Iskandar berkata-kata.
“On..jawab Shah. Aku pergi dulu. Apa-apa hal text me ok” .Chow dulu Bro….Shah melangkah keluar dari lobi Wisma.
***
Iskandar memberi signal ke kiri sebaik saja nampak papan tanda susur keluar ke Bertam. Shah memandang Iskandar yang sedang memandu sambil melihat jam di dashboard kereta . Sudah pukul 5 petang.
“Jauh lagi ke wei?”Tanya Shah dengan tidak sabarnya. Dia sudah terbayang-bayang keindahan kawasan kampung Iskandar sejak sebelum bertolak lagi. Kali terakhir dia pulang ke desa semasa arwah tok wannya masih hidup.
“Tak jauh dah..” jelas Iskandar sebelum memberhentikan kereta dia. Dari dalam kereta, dia dapat melihat wajah teman sekampungnya yang sedang khusyuk melayan pelanggannya. Shah yang terpinga-pinga dengan tindakan Iskandar memberhentikan kereta secara tiba-tiba terus menyoal samaada sudah sampai destinasi. Iskandar hanya menggeleng sambil tangannya menunding jari ke arah seorang gadis.
“Aku nak beli kuih-muih sikit. Kau tunggu dalam kereta kejap..”kata Iskandar lalu bergegas turun daripada kereta. Dari jauh Shah dapat melihat Iskandar berborak rancak dengan pemilik gerai itu. Tanpa diduga, Iskandar memberi isyarat tunggu sebentar kepadanya dan saat gadis itu menghalakan pandangannya ke arah kereta Iskandar,hati Shah berdegup laju. “Ahh…asal hati aku ni, hati Shah berbisik . Tidak lama kemudian, Iskandar masuk ke dalam kereta lalu menghulurkan satu bungkusan plastik kepadanya.
“Makanlah. Aku beli khas untuk kau..kuih favourite kau tu..” beritahu Iskandar sambil meneruskan perjalanan yang tergendala tadi. Shah tersenyum lebar apabila melihat isi bungkusan plastik itu. “Tepung talam….” ucap Shah didalam hati lalu menyuapkan kuih itu ke dalam mulutnya. Dengan rakusnya,dalam masa beberapa minit dia telah menghabiskan enam ketul kuih talam. Sungguh sedap dan berlemak…memang enak dan lazat..sebijik macam masakan arwah ibunya.
“Amacam? sedap tak kuih tu? Dapat berapa bintang? agak-agaknya setanding masakan mak kau tak?” Dengan penuh teruja Iskandar bertanya. Reaksi Shah mudah saja, dia hanya menunjukkan isyarat ibu jari tangan ke atas.
“Superb bro..! full package. Dah lama aku tak makan tepung talam yang sedap macam ni ”ucap Shah dengan penuh riang. “Tak sangka ada orang yang dapat masak sesedap mak aku masak..” ujar Shah. Iskandar yang mendengar kata-kata Shah hanya tersenyum. Akhirnya tepat jam 6 petang mereka selamat sampai ke rumah Iskandar.
**
Malam itu, mak ayah Iskandar menjamu Shah makan masakan kampung seperti ikan keli , gulai kari ikan, sambal belacan ,ulam-ulaman berserta sayur kubis masak lemak. Shah makan bertambah dua kali kerana semua lauk-pauk yang dihidang begitu menyelerakan. Almaklum la selama ini dia banyak makan western food saja. Sesekali tekaknya pekena masakan kampung begini la jadinya. Selesai menjamu selera, Shah bersandar di sofa akibat kekenyangan sambil matanya menghadap kaca Tv.
“Along ..”ucap ayah Iskandar. “Esok hang bawa kawan hang ni pergi dusun ,” pesan Encik Zamri sebelum berlalu masuk ke biliknya. Tiba-tiba ayahnya berpatah semula ke ruang tamu lalu berpesan sebelum tidur sila tutup tv dan lampu. Iskandar yang mendengar hanya menggangguk.
“Shah,..”panggil Iskandar. “Kau ingat lagi tak kata-kata kau pasal kuih tepung talam ?..”
“Kata-kata yang mana?”ucap Shah sambil mengerut dahi.
“Ala..yang aku bet tu..pasal calon isteri kau…ingat tak?,” kata Iskandar .
“Ermmm…owh…ingat-ingat. Asal?” tanya Shah dengan peliknya.
“Kau ni faham ke tak …ke saja-saja wat tak faham…” Iskandar mengaru kepalanya. Hint sudah bagitau tapi awat dia lambat pick up plak..bisik hati Iskandar.
“Aku faham la. Aku bukan nyanyuk lagi,” ucap Shah dengan tegas. Aku ingat lagi kata-kata aku yang aku berjanji akan kahwin bila aku jumpa calon isteri yang pandai masak favourite food aku setanding masakan mak aku. Sejenak berfikir,baru Shah tersedar…“Alamak,mampus aku!…kuat ingatan la plak mamat seekor ni…”
“Well…kata Iskandar yang tersengih-sengih memandang Shah. “Adakah…maksud Shah aku kena tunaikan janji aku tu sekarang?”monolog Shah didalam hati.
Shah mula berasa gelisah lalu bergegas bangun dari sofa . “Baik aku cabut dari sini cepat..” detik hati Shah.
“Wei!…awat kau kalut semacam ni? kau nak pergi mana?”… “Aku dah hampar toto kat depan Tv ni..”tegur Iskandar apabila melihat tingkah laku Shah. Shah hanya terkebil-kebil memandangnya. Dalam hati dah sumpah-seranah Iskandar… “ cover..cover..Shah..kau kena buat muka selamba. Karang malam ni habis kau kena bahan dengan malaun ni..bukan boleh caya mamat seekor ni. Mau di canang satu pejabat karang..bertambah parah kalo ayah aku tahu tentang ni…parah-parah ” desis hati Shah . Shah tidak jadi melangkah.
“Aku nak tido la…” lalu tangan Shah menepuk-nepuk bantal dan menarik selimut. Iskandar yang melihat aksi Shah hanya tersenyum sambil menjongket keningnya. Hampir-hampir hendak tergelak melihat kekalutan Shah tadi. “Itu la..baru mukadimah terus cuak…” gelak Iskandar perlahan. Lantas Iskandar bergerak ke arah suis elektrik lalu memadamkan lampu dan tv.
****
“Assalamualaikum. Good morning Achik Epul!” Dari ruang dapur kedengaran suara si comel Adam memanggil Saiful Iskandar. Sebaik kakinya melangkah ke ruang dapur terus dia mendakap anak buah kesayangannya itu. Makin bulat sambil tangannya memicit pipi tembam Adam.
“Achik..sakit la..” adu Adam. “ Nakmo la icit pipi Adam,” kata Adam yang masih pelat. Mak Iskandar hanya buat tak dengar walaupun Adam yang berada dipangkuan anaknya meminta dilepaskan. Menjerit-jerit Adam apabila Achiknya tidak mahu menurunkannya. Selang beberapa minit, apabila Adam mula menunjukkan mimik muka sedih barulah mak Iskandar campur tangan dan Iskandar bertindak menurunkannya.
“ Tu dia....muncung sedepa dah budak tu,”kata mak Iskandar sambil ketawa. “Sat lagi mau tak mai ghumah mak 2 hari..,” omel mak Iskandar.
Iskandar yang mendengarnya hanya ketawa sebab dia sudah lali dengan situasi macam ni. “Amboi mak! Epul yang balik sekali sekali sini patutnya dapat layanan istimewa tau..bukan si kecik montel tu..Dia hari-hari buat lawatan dekat ghumah mak ni. Almaklum la kecik-kecik lagi dah berangan nak jadi YB ..”ketawa Iskandar.
“YB to be…?apa kebenda tu? “Tanya Mak cik Esah kepada anaknya.
Yang Berhormat ,kan setiap hari si kecik montel tu suka melawat kawasan. Dari satu ghumah ke satu ghumah. Boleh kata satu kampung ni dia dah habis pusing dengan si cucu Pak Majid tu..”ucap Epul sambil memeluk maknya yang sedang masak.
“Ish hang ni…lemas la mak lalu maknya menepis pelukan Epul. Pi main jauh-jauh. Kacau mak nak masak ja. Sat lagi dah siap mak panggil. “Hah! kawan hang tu dah bangun belum? Malam tadi ayah hang pesan suruh bawa kawan hang tu pergi ronda kampung dan singgah dusun, hang ingat tak?...”
“Ingat la mak. Rasanya dia dah bangun. Mak….kata Epul seakan berbisik .
"Awat?"
“Apa ni Amni anak Pak Majid tu single lagi ka?” tanya Epul. Maknya tersenyum selepas mendengar soalannya.
“Single lagi la kot. Tak pernah la pulak mak tengok dia ni melayan mana-mana laki. Ke hulu ke hilir dengan bapak atau anaknya. Dia tu sibuk berniaga kuih tepung talam dia ja..”terang Mak Cik Esah. “Ni tanya ni hang berkenan ka?Nak mak pinang dia untuk hang ka?,”ujar maknya.
“Dok ai…bukan untuk Epul la mak. Untuk kawan Epul ni, Shah..”terang Epul.
“La..untuk kawan hang ka rupanya. Mak ingat untuk hang tadi. Awat hang tak berkenan ka?” Budak tu dah la rajin,peramah, pandai mengaji…rugi tau kalo hang tak mau..” promosi maknya lagi.
“Epul..Epul dah ada pilihan hati sendiri la mak..” jawab Epul tersipu-sipu. Pasai hal tadi Epul habaq sebab kawan Epul ni hantu kuih tepung talam. Satu pelengat pun dia boleh perabih dekat dia sorang. Kalo boleh, Epul cadang nak kenen-kenenkan dia dengan budak tu,”jawab Epul. “Mak tolong sat risik-risik khabar pasai Amni eyh…”pinta Epul.
“Yela..nanti mak tolong. Dah la, pergi panggil ayah dengan kawan hang makan. Mak nak bersiap pergi gotong-royong. Tengahari sat lagi ada kenduri kat ghumah Pak Andak hang. Jangan lupa pergi takut nanti depa bising kat mak. Lagipun boleh kenai adik-beradik..” maknya berpesan .
“Baik mak, sayang mak!”
**
“Shah, nanti tengahari kau ikut aku pergi kenduri. Pastu petang karang aku bawak kau pergi dusun. Kalo ada rezeki, dapat la kau makan durian..”tepuk tangan Iskandar ke bahu Shah.
“Okey bro. No hal punya. Ada awek cun tak? boleh cuci mata sekali,” tanya Shah sambil ketawa.
“Confirm ramai. Kalo ada yang berkenan, roger and out aku..usik Iskandar. Aku pun nak tunjuk kat kau tauke kuih tepung talam yang kau makan semalam..kot-kot kau tiba-tiba berkenan, boleh aku tolong adjust..”usik Iskandar lagi.
Merah padam muka Shah. Engkau ni agak-agaklah. Aku hanya cakap kuih dia sedap tapi kau dah menyimpang jauh fikir bukan-bukan , “terang Shah.
“Relaks la bro. Aku cakap ja kot-kot kau dah tangkap cinta mahu tak nak balik KL semula….”bertambah giat Iskandar mengusiknya.
“ Masin mulut kau..karang betul-betul aku tersangkut dengan orang kampung kau…”ucap Shah lagi.
“Hahahaha…ketawa panjang Iskandar. Tapi kalo betul, Alhamdulillah ucap Shah didalam hati. Nanti tak da la dia kena kerja part time sebagai reporter tak bertauliah Datuk Hamdan merangkap ayah Shah lagi.”
“Alamak,!tiba-tiba Iskandar menepuk dahinya. Dia terlupa untuk mengambil Adam di rumah kakaknya. Tadi kakaknya ada menelefon suruh ambik Adam.
“Asal?” tanya Shah .
“Aku lupa nak pergi umah kakak aku. Mampus aku!cair la tahik telinga aku dengar kakak aku membebel nanti..”terang Iskandar dengan tergesa-gesa. Kau jaga rumah kejap. Aku pergi umah kakak aku kejap ja. Tiba-tiba telefon Iskandar berbunyi dengan nyaringnya lantas Shah mengangkatnya. Hampir-hampir kena sembur sebab akak Iskandar menyangka tadi itu Iskandar. “Mak ai... garangnya kakak Iskandar ni” detik hati Shah.
**
Suasana rumah kenduri yang sangat meriah membuatkan Shah rasa sangat teruja. Dah lama dia tidak menjejakkan kaki ke majlis kenduri di kawasan kampung. Dia tahu, kenduri di bandar dan di kampung memang amat berbeza. Kelihatan 5 buah kanopi dipasang sambil lagu “ Selamat Pengantin Baru” berkumandang. Agak ramai orang berpusu-pusu datang memeriahkan majlis itu.
“Hah!dah sampai pun orang jauh kita ni..”sapa Mak Andak Iskandar. “Eh, sapa tu? kacak betul budak di sebelah iskandar ini,”detik hati Mak Andak. Iskandar hanya tersenyum lalu menyalami Mak Andaknya. “Dia kawan Epul, namanya Shah Azmi..”ucap Iskandar.
Shah menyalami Mak Andak. Kala itu, matanya terpandang gadis berbaju kurung biru dan tudung biru senada sedang beratur untuk mengambil makanan bersama seorang budak kecil. “Dia lagi..”hati Shah berbisik.
“Hampa pergi la makan dulu. Jangan malu jangan segan. Macam-macam menu ada..”kata Mak Andaknya lagi. Kami bertiga bergerak ke khemah orang lelaki.
Perbezaan kenduri di kampung ni ialah khemah akan terbahagi kepada bahagian lelaki dan perempuan. Jadi kuranglah masalah persentuhan antara ajnabi berlaku.
“Wah!banyknya lauk,”ucap Iskandar perlahan. Rambang mata nak pilih. “Adam nak lauk apa? Ayam masak merah nak? Buah nak?”ujar Iskandar yang sedang khusyuk melayani permintaan Adam. Sambil itu, mataku memandang ke kanan dan ke kiri sambil tersenyum apabila ada orang menyapa kami bertiga. “
"Shah..asal sikit ja lauk kau ambik?” Tanya Iskandar tiba-tiba.
“Owh.. saja. Aku ambik sikit tapi kejap lagi aku nak ambik ais kacang, laksa dan rojak pulak. Nampak sedap!beratur panjang orang dekat situ. Teruja jugak aku nak rasa kesedapan makanan tu..” balas Shah.
“ Mak ai!engkau ni memang betul-betul melantak ni..muat ke dalam perut kau tu..”usik Iskandar.
“Muat bro. Tong drum aku besar.…”ketawa Shah.
Usai makan,mereka bergerak bertemu pengantin dan tuan rumah. Adam yang mengikut mereka sudah hilang daripada pandangan apabila terjumpa kawan-kawannya. Iskandar sempat berpesan bahawa mereka akan pulang sekejap lagi.
“ Tahniah Sue.!meriah giler majlis hang,”ucap Epul kepada sepupunya.
“ Terima kasih. Biasa –biasa aje. Tapi hang kan tahu perangai mak aku macam mana.. Nak jugak buat majlis secara besar-besaran,” jelas Sue.
Di kala itu, Amni memunculkan diri bersama Boboi dan Adam.
“Achikkk Epul!ni la kawan Adam,” kata Adam sambil menunjukkan Boboi kepada Achiknya.
“Alahai…’comelnya lantas Iskandar memicit pipi Boboi. “Amni, kenalkan ini kawan abang Is, kata Iskandar kepada Amni. Nama dia Shah Azmi. Shah menghulurkan tangannya untuk bersalam tetapi tidak disambut oleh Amni.
“Err..maaf…”pendek jawapan Amni. Shah yang merasa malu terus menundukkan kepalanya. Iskandar yang melihatsituasi itu terus mengalihkan perhatian kepada Adam yang sudah merengek-rengek hendak pulang.
“Baiklah Amni ,Sue. Kami pulang dulu .Sampaikan salam kepada mak ayah hang tau, Sue..”ucap Iskandar sebelum beredar.
Sebaik sampai ke rumah, Shah bertanyakan banyk perkara tentang Amni. Bertalu-talu soalan keluar daripada mulut Shah. Aura musim cinta sudah berbenih dalam hati Shah ni. Meleret-leret senyuman Shah apabila Iskandar mengkhabarkan berita si Amni masih belum berpunya dan si Boboi yang memanggil Amni itu umi hanya sekadar panggilan sebab Amni yang telah membesarkan Boboi sejak dia berusia 1 tahun.
“Iskandar……meleret-leret panggil Shah. Kau tolong aku eyh? Aku nak kau adjust aku dengan Amni,”desak Iskandar.
“Amboi, mamat ni”... Asal tak sabar-sabar ni, rimas plak aku sebab dari tadi Shah asyik mengoyang-goyangkan bahunya. “Pleasee…”pinta Shah .
“Hmm..nanti aku fikir. Sekarang kau bagi aku rehat kejap” ujar Iskandar.
***
Keesokan petang ,dalam perjalanan pulang ke KL mereka singgah sebentar ke gerai Amni. Amni yang melihat Shah hanya tersipu-sipu malu. Dia menghulurkan beg plastik kepada Shah tanpa banyak cakap. Lantas Shah menghulurkan duit tapi ditolak kerana Iskandar sudah menjelaskan bayaran kuih itu semalam. Shah menyeluk saku seluarnya lalu menghulurkan sekeping kad kepada Amni.
“Kalo sudi, telefon la saya,”ucap Shah sebelum berlalu pergi.
Mereka sampai KL sekitar jam 10 malam. “Bro, kau bermalam dekat rumah aku je la,” cadang Shah. Iskandar hanya mengganguk laju.
Setahun berlalu…
Bermacam macam cara dia guna untuk pikat Amni tapi satu habuk tak berjaya. Bantuan Iskandar yang dia harapkan hanya tinggal angan-angan disebabkan Iskandar mendapat tawaran bekerja di luar negara. Kesibukan bekerja juga menjadi halangan kepada Shah. Di pihak Amni langsung tak ada respons. Buntu hati Shah memikirkannya.
Panggilan telefon dari luar negara berjaya mengembalikan semangatnya yang hampir luntur.
“Hello. Assalamualaikum Shah. Ni aku, Iskandar. Sorry la bro, aku missing in action lama sangat, “terang Iskandar.
“Waalaikumussalam. Asal kau hilang lama sangat ni?,”tanya Shah.
“Pendek cerita aku hilang contact no kau. Dah tu aku tercampak dekat ceruk dunia. Connection dengan dunia luar out terus, “kata Iskandar. “ Ni aku ada good news untuk kau. Mak aku inform bulan lepas Amni dah bagi green light. Sapa yang masuk meminang dia dalam waktu terdekat ni dia terima. …”
“Apa? betul ke ?kau tak main-main kan?”teruja Shah mendengarnya.
100% confirm. Apa lagi, cepat-cepat la bertindak. Karang melepas. Ok la bro, got to go. Ni no. fon aku. Save it.... kalut betul Iskandar bercakap macam roket.
Ok.. Thanks bro. Sebaik saja mematikan panggilan itu, dia terus menghantar pesanan ringkas kepada bapanya menyuruhnya pergi meminang Amni hujung minggu ini jugak.
“Amni….tunggu saya..”hati Shah berbisik. Bunga-bunga cinta kembali bercambah didalam hatinya.
***
“Azmi, pihak sana dah terima pinangan kamu. Bila kamu cadang nak bernikah? “tanya Datuk Hamdan kala mereka sedang minum petang.
“In Sha Allah, cadangnya tahun ini jugak,dalam bulan 10. Ayah ok tak?...”
“ Ok. Pihak sana minta tahun ini jugak dan nak majlis yang ringkas tanpa ada majlis sanding. Lagi satu, pihak sana kata tak perlu majlis bertunang hanya bagi cincin tanda pun dah cukup. Azmi setuju?....”
“Azmi setuju. Nanti ayah tolong beritahu Pak Majid pasal hal ini. Berkenaan wang hantaran nanti Azmi settlekan sendiri….”
“Ok. Syukur alhamdulillah anak ayah ni dah nak mendirikan rumahtangga. Akhirnya kamu nak juga kahwin . Ayah tengok cantik juga gadis pilihan hati kamu tu… Bertambah cantik sebab budi pekerti dia. Dia layan family kita dengan baik dan part yang paling best, air tangan dia memang superb!setanding arwah mak kamu,”kata ayahnya . One more thing, dia ada masakkan your favourite food..”tambah ayahnya lagi. Memori 3 bulan lalu terlintas di fikirannya.
“I know it!same taste kan ayah..terubat rindu dekat mama,”ucap Shah.
Kala itu, bunyi pesanan ringkas masuk.
Amni: Saya nak jumpa awak boleh?sekarang saya ada dekat Kl.
Shah: Boleh. Awak dekat mana ni?
Amni:Mid Valley.
Shah: Alright. Lagi sejam saya jumpa awak . Tunggu dekat Secret Recipi.
***
“Amni,..”jom masuk. Mereka menghala ke dalam restoran lalu memilih tempat duduk paling tepi. Ada banyak perkara yang perlu mereka bincang bersama. Shah telan memesan 2 set spagetti bersama ice lemon tea. Peluang bertemu kali ini perlu dimaafaatkan sebaik-baiknya oleh Shah.
“Awak, terus-terang awak tak menyesal dengan keputusan awak ni?,”tanya Amni.
“Tidak…ringkas jawapan Shah. Saya akan lagi menyesal kalau lepaskan awak pergi macam tu saja…”
“Why choose me?” Tanya Amni lagi.
“Saya memilih awak kerana saya percaya dengan gerak hati saya. Saya bukan memilih awak kerana rupa paras awak tapi saya memilih awak kerana agama awak dan akhlak awak. Saya tahu awak pasti sangsi dengan kata-kata saya tapi In sha Allah,saya bersaksikan Allah dan awak, akan berusaha membahagiakan awak. Sekali saya jatuh cinta, saya akan berusaha untuk menyemarakkan cinta itu. Setahun saya menanti jawapan awak…Alhamdulillah awak memberi jawapan positif..” jelas Shah dengan panjang lebarnya.
“Maafkan saya. Saya hanya ingin menguji awak. Kalo awak seorang yang sabar dan berpegang pada janji, pasti awak faham kata-kata saya ini, “terang Amni. “Lagi satu, awak tahu kan siapa Boboi dalam hidup saya?..”
Shah hanya mengangguk laju. “Awak jangan risau. Saya terima awak dan itu bermakna saya jugak terima Boboi dalam hidup saya. Awak berdua akan menjadi sebahagian daripada hidup saya tak lama lagi,..”kata Shah sambil tersenyum lebar. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya saat Amni memberi kata putus tentang kisah mereka.
Wajah Amni juga sudah kemerah-merahan .Tertunduk malu dia.. Alhamdulillah, penantian dia tidak sia-sia. Kalau Iskandar dengar pasti dia gembira. Mereka meneruskan suapan yang tergendala sejak tadi.
“Amni Husna..”ucap Shah Azmi tiba-tiba. “Kalo saya ada permintaan kecil boleh tak awak tunaikan?” Pinta Shah.
“Apa dia awak? kalo mampu,saya akan cuba tunaikan,” janji Amni kepadanya.
“Saya nak …..nak awak masak kuih tepung talam tu setiap hari boleh? Sedap sangat tau. Last time makan tahun lepas. Sampai sekarang saya masih mengidam nak makan kuih awak lagi, boleh tak awak?” pinta Shah sambil merenung wajah Amni.
“Boleh. Tapi confirm awak tak jemu ke?” ucap Amni.
“No. Saya tak akan jemu sebab itu kuih kegemaran saya. Tambah pulak orang yang membuatnya ialah bakal isteri saya ni..”ucap Shah dengan penuh teruja.
“Janji,”kata Amni.
“Janji,”jawab Shah.
Tamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan