Isnin, 27 Mei 2013

CERPEN:KISAH PENANGAN MEEBO



Selesai menyiapkan laporan akhir projek, Aisyah melayari laman sembang. Sejak akhir-akhir ini, dia semakin ketagih melayari laman sembang. Mujurlah ketika zaman matrikulasi, ketagihan itu masih terkawal. Nasib baik juga, keputusan semester dia sentiasa menunjukkan peningkatan jadi dia tidak berasa bimbang untuk meneruskan hobi melayari laman sembang. Berbekalkan prinsip study comes first, love comes later. Alhamdulillah setakat ini perjalanan hidupnya berjalan lancar.

“Saffiya!” laung Kak Hidayah lalu menyelak langsir bilik Saffiya. Saffiya yang khusyuk mengadap laptop tidak menyedari kehadiran teman sebiliknya. Tangannya laju menaip perkataan demi perkataan.

“Hah! Kak Hidayah menyergah Saffiya. Sudah-sudah la layan Meebo tu. Cuba tengok waktu sama," bebel Kak Hidayah.

“Opocot mak kau!” Saffiya melatah kerana terkejut disergah housematenya. Kak Hidayah ketawa apabila melihat reaksi Saffiya yang sedang mengurut dadanya. Nasib baik tak ada penyakit jantung, desis hati Saffiya.

“Ada apa Kak Dayah? Fiya tengah syok sembang dengan buah hati Fiya ni. Kacau daun betul la kak Dayah ni, ” kata Fiya lalu menutup ruang sembang itu. Housematenya yang masih ketawa hanya menggeleng kepala melihat reaksi Saffiya.

“Gelak la lagi. Tak kelakar la akak…” Saffiya yang geram melihat aksi Kak Hidayah terus menampar lengan Kak Hidayah. Kak Hidayah terdiam lalu mengusap-usap lembut lengannya.

“Sakit la..Eee…!Fiya ni kan…”Pap! Kak Hidayah membalas semula perbuatan Saffiya. Saffiya yang tidak bersedia mengaduh kesakitan akibat ditampar oleh Kak  Hidayah.

“Fiya cayang…kamu ni tak jemu ke siang malam pagi petang MeeboMeebo…apa la yang best sangat dengan Meebo tu?” bebel Kak Hidayah sekali lagi.

“Best. Hanya orang tertentu saja faham” kata Fiya. 

Mak ai, ayat tak boleh blah, ” bisik hati Kak Hidayah.

“Huh! Buang masa saja mengadap benda tu. Entah sapa-sapa la dalam tu. Fiya jangan bagi nombor phone sebarangan tau..,” pesan kak Hidayah.

“Ya...ya…Fiya tau ,” jawab Fiya.

“Apa bising-bising ni....”

Tiba-tiba seorang lagi teman sebilik menyampuk perbualan mereka. Dia menyelak langsir bilik Saffiya lantas Saffiya dan Kak Hidayah tersengih-sengih memandang Kasih. Waktu itu jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.

“Dah la. Jom sambung tidur. Esok kita semua ada kelas pukul 8 kan, ” pesan Kak Hidayah merangkap senior kepada mereka berdua. Saffiya dan Kasih hanya mengangguk kepala.

 “Fiya, lepas ni tidur. Jangan nak melayari internet sampai lewat pagi. Nanti Fiya mengantuk dalam kelas plak.” Sempat lagi Kak Hidayah berpesan sebelum melangkah ke ruang biliknya. Saffiya hanya tersenyum mendengar pesanan Kak Hidayah.



Kesibukan dengan tugasan kuliah dan aktiviti kokurikulum telah membataskan masa Saffiya untuk melayari laman sembang. Jadi dia hanya berkesempatan menyinggah sekejap ke tetingkap laman profilenya. Walaupun dia kurang aktif buat seketika, pesanan daripada rakan chatroom sentiasa memenuhi ruanginboxnya. Sikapnya yang peramah dan sporting menyebabkan dia mempunyai ramai kenalan alam maya.

“Nurul, pinjam laptop kejap eyh” pinta Saffiya  saat selesai perbincangan kumpulan. Akhir-akhir ini, Saffiya bergelut untuk menyiapkan projek berkumpulan. Sebagai ketua kumpulan, dia memainkan peranan penting untuk memastikan kerja mereka siap dalam waktu yang ditetapkan.

“Boleh tapi kejap je tau” ucap Nurul.

Saat dia membuka inbox Meebo terdapat banyak pesanan daripada Geng Otai Meebo. Dia tergelak apabila membaca pesanan mereka. Ada yang memprovok dan ada juga memberi nasihat supaya dia fokus padastudy. Dalam senarai pesanan yang masuk, dia terperasan ada satu pesanan daripada orang yang tidak dikenali.

Daripada: Uncle Handsome

Hai awak! Sibuk dengan study ye ? Study elok-elok k :) Ingat saya lagi tak? Kalo awak baca, harap dapat balas pesanan saya ni.

Saffiya mengerutkan dahinya selepas membaca pesanan itu. Dia melihat senarai kawan-kawannya untuk mengenalpasti nama samaran itu. Malangnya dia tidak menjumpai nama samaran itu. Lantas dia hanya mengabaikan pesanan itu lalu log out dari laman sesawang itu.



Seawal pagi Sabtu, Saffiya menerima pesanan daripada Nurul yang mengajaknya keluar menemaninya berdating. Kebetulan, Saffiya juga hendak keluar jadi dia menyatakan persetujuan Mereka bertolak dari kampus sekitar pukul 11 pagi. Sesampainya mereka di Mid Valley, Saffiya berpesan kepada kawannya agar menunggunya dihadapan pusat bowling saja. Saffiya menghayunkan kakinya ke MPH Bookstore sebentar.

Sebaik kakinya melangkah MPH, dia terus menghala ke ruang novel Melayu dan Inggeris. Minatnya yang menebal dalam dunia novel menjadikan dia peminat tegar novel. Setiap keluaran baru pasti dia akan milikinya. Kawan-kawannya selalu menegur tabiatnya yang satu ini.

“Dah dapat apa yang kau cari” tegur Nurul sebaik saja Saffiya menemui dia dan Abang Zarif merangkap teman lelaki Nurul.

“Dah, jawab Saffiya. Aku beli 5 buah novel je tadi.” Aku tahu kejap lagi pasti membebellah kawan baikku ini, desis Saffiya di dalam hati.

“Apa! 5 buah? kata Nurul sambil bercekak pinggang. Engkau ni kan..membazir duit je lah . Habis ke kau baca semua novel tu?” selar Nurul.

“Habisla! Duit aku..suka hati aku lah nak membazir ke apa” spontan Saffiya menjawab.

“Eee…Dia ni kann…tahu la dia budak biasiswa bidas Nurul. Tak macam aku ni. Makan kena catu, duit poket kena catu, shopping ni jauh la sekali. Tunggu ada duit lebih baru boleh berjoli.” Nurul mencipta ayat-ayat sedih sambil memandang wajah teman lelakinya.

“Helllooo…! Engkau ni cakap tak serupa bikin la. Yang duduk sebelah kau ni sapa? banker bergerak aku ke kau? Selama ni sapa yang suka berjoli sakan. Tolong bagitau aku jap” protes Saffiya sambil menuding jari kepada teman lelaki Nurul.

“Erk…terkelu lidah Nurul untuk menjawabnya. Abang..abang yang nak belanja Nurul kan” ucap Nurul secara spontan. Kekasihnya hanya mengangguk kepala sambil tersenyum melihat gelagat mereka berdua.

“See..dia yang nak belanja aku tau Saffiya.” Nurul menyelir lidah kepada Saffiya. Saffiya yang melihat aksi Nurul memberi isyarat mahu mencekik leher Nurul. Nurul ketawa sahaja.

Korang berdua ni rapat betul la..” kata Abang Zarif.

“Betul Abang Zarif. Kami memang rapat. Pergi mana pasti berdua. Sampai orang kata kami ni kembar tau…tapi lain mak bapak ,“sambung Saffiya sambil ketawa.

 “Dah la. Jom main bowling. Siapa kalah dia kena belanja makan. Deal?” ucap Abang Zarif.

“Ala…mana aci. Nurul mana terror main bowling. Lain la Saffiya ni. Tiap kali main, dia selalu dapat strike, abang pun sama..” keluh Nurul sebaik saja mendengar cadangan teman lelakinya.

“Hehehe…nasib badan la. Aku dan Abang Zarif dah nak start main ni. Engkau nak join ke tak? Kalo tak nak, sila dok tepi.” Saffiya membuat isyarat meminta laluan kepada Nurul. Nurul hanya mendengus geram. Acap kali bermain bowling dengan mereka pasti dia menjadi mangsa buli mereka berdua. Pasti kejap lagi dia yang kena belanja mereka berdua. “Confirm!”desis hati Nurul .



Selepas habis bermain bowling mereka menuju ke food court untuk menjamu selera. Saffiya memesan nasi berlauk campur beserta air milo manakala Nurul dan Abang Zarif memesan nasi beriani.

“Saffiya, abang nak tanya sikit boleh?”

“Boleh.”

“Saffiya ni single and available lagi?”

“Yup. Asal?”. Abg Zarif tersenyum sebaik mendengar jawapan Saffiya.

“Kalo abang kenen-kenenkan dengan kawan abang nak tak? Ada sorang kawan abang ni tengah cari teman wanita” soal Abang Zarif.

“Tak nak la abang. Saffiya nak fokus pada study dulu. Lagipun prinsip Saffiya, study comes first, love comes later.”

“Sure ni?Tak menyesal? Saffiya tak cemburu tengok kawan-kawan Saffiya berteman?”soal Abang Zarif kembali.

“Langsung tak. Memang hidup kita ini berpasang-pasangan tapi itu bukan priority Saffiya buat masa sekarang. Jadi, sebab itu la Saffiya mengelak daripada terjebak dalam dunia percintaan lagi.”

“Ermm..abang faham. Dengar Nurul cerita, Saffiya ni aktif dalam laman sembang. Betul ke? Kadang-kadang sampai lupa makan dan mengantuk dalam kelas. Betul ke?” soal Abang Zarif .

“Aiseh man! Asal minah tu bagitau pakwe dia..”mel Saffiya dalam hati. Dia yang sedang minum hanya mengangguk kepala. Benda dah betul. Baik ngaku aje gumam Saffiya.

Korang borak apa tadi? Nampak serius je?”. Kala itu, Nurul yang baru selesai membeli air menegur mereka yang baru habis berbual.

 “Takde apa la. Borak kosong je. Dah la, jom makan. Kejap lagi aku kena balik awal tau. Macam biasa kau balik dengan Abang Zarif.” Selesai mereka menjamu selera Saffiya terus meminta diri untuk pulang. Tadi dia ada mendapat pesanan ringkas daripada rakan Meebo menyuruhnya online malam nanti. Sebab itulah dia tergesa-gesa pulang awal.


Malam itu, selesai solat Isyak dia terus mengadap lappy kesayangannya. Dia membuka website Meebo. Sebaik dia masuk, bertalu-talu pesanan baru masuk ke ruang chatboxnya. “Mak ai! banyaknya pesanan” desis hati Saffiya.

Kebanyakan pesanan yang masuk itu bertanyakan sebab ketiadaan dia diruang chatroom. Sedang dia rancak berbual dengan Geng Otai Meebo, tiba-tiba masuk pesanan baru daripada orang yang tak dikenali.

 Uncle Handsome: Hai awak!Ingat saya lagi?aritu saya
                              ada antar pesanan.

 Miss Independent: Hai!Sapa ni?

Uncle Handsome: Kawan lama awak. Takkan awak tak ingat?

Miss Independent: Sorry. Tak ingat la. Yang mana satu eyh?

Uncle Handsome: Ala yang pernah janji nak kasi teddy bear dekat
                               awak tu? Ingat lagi tak?
  
Miss Independent: La..awak ke!Ingat! Ingat!Mana awak pergi
                                selama ni.bertapa ke?                             

Uncle Handsome:Sorry. Saya busy dengan kerja. Awak, nak  
                               nombor phone boleh?

Miss Independent: Okey. 013- 3456789.
                                  Set dalam phone k.

Uncle Handsome: Baik. Ok la awak, saya kena out dulu. Ada kerja
                              nak buat. Take care.
                           
 Miss Independent: Okey. Take care too.

Kala itu telefonku berdering tanda ada miscalled . Selang dua saat pesanan ringkas plak masuk.  Uncle Handsome meninggalkan pesanan akan menelefonku semula. Tiba-tiba aku berasa sangat excited menunggu panggilan daripada dia. Kali terakhir kami berhubung sekitar dua tahun lepas saat adikku meninggal. Selepas itu, kami terputus hubungan kerana aku juga telah kehilangan nombor telefonnya dan dia pula berada di luar Malaysia.

Tepat jam 1.30 pagi dia menelefonku. Kami berbual agak lama sambil bertanyakan khabar. Rupa-rupanya dia sudah balik Malaysia dan dia berharap untuk bertemu denganku. Aku menyatakan persetujuan untuk bertemu dengannya. Sebaik mematikan talian, aku mula mengira hari untuk bertemu dengannya. “Bagaimanalah rupa dia ye..Saffiya mula membayangkan rupa kenalannya itu.”



Rentetan daripada pertemuan demi pertemuan , Saffiya dan kenalan lamanya  menjadi semakin rapat. Persamaan minat dan sikap membuatkan mereka serasi bersama. Lama kelamaan timbul rasa sayang Saffiya terhadap kenalannya. Perasaan itu sukar digambarkan dengan kata-kata. Setiap masa dia mula terbayangkan wajah lelaki itu. Hati berdegup kencang kala memandang wajah lelaki itu. Tidak pernah dia berperasaan seperti itu sebelum ini. Perubahan yang ketara saat rakan sebiliknya melihat keterujaan dia bila berpakaian.

“Kasih, cantik tak baju warna purple ni?” Saffiya bertanyakan housematenya mengenai baju yang sedang dipegangnya. Sambil mengayakan baju itu, dia mengomel sendirian lalu meletakkan semula baju itu ke dalam almari. Kasih yang belum sempat memberi pendapat hanya mengeleng kepala melihat aksinya.

“Kenapa kalut semacam ni. Nak keluar dating eyh? Kasih yang berada di hujung pintu menyoal.”

“Aah. Jap lagi Abang Faris datang ambik tapi aku tak tahu la nak pakai baju apa?” pening kepala Saffiya memikirkannya. Sejak terbongkarnya identiti Miss Independent dan Uncle Handsome, mereka lebih selesa menggunakan nama asal. Saffiya menggelarkan lelaki itu sebagai Abang Faris.

“Kenapa kau tak pakai aje baju blaus purple tadi? Cantik aje aku tengok. Sesuai je dengan diri kau” ujar Kasih.

“Betul ke?” Saffiya mengambil semula baju itu lalu menggayakannya di depan cermin sambil meminta kepastian daripada Kasih.

Betul Fiya sayang . Be yourself Saffiya. Kau kan lebih kenal Abang Faris. So pasti kau tahu apa kesukaan dia kan.” Kasih menepuk bahu Saffiya. Saffiya yang mendengarnya hanya tersenyum lalu memeluk kawannya.

“Sayang kau ketat- ketat!” kata Saffiya.

“Dah-dah. Lemas aku wei… Kasih yang hampir kelemasan meminta dilepaskan. Baik kau pergi bersiap cepat. Karang lambat mengamuk cik abang tu. Orang lelaki ni tak suka menunggu lama-lama tau” pesan Kasih lagi.

“Baik cik Kasih sayang” ucap Saffiya.



Sebaik Saffiya melangkah masuk ke dalam kereta, Abang Faris hanya tersenyum memandangnya. Saffiya mula rasa tak tentu arah melihat senyuman Abang Faris. Untuk menghilangkan rasa kekok, Saffiya meminta izin Abang Faris untuk memasang radio.

“Cantik..”seru Abang Faris perlahan.

“Abang cakap dengan Fiya ke?” Tiba-tiba Saffiya bersuara. Abang Faris hanya menggeleng sambil tersenyum. Saffiya merasakan Abang Faris ada mengucapkan sesuatu tadi. “Ah..mungkin aku yang tersalah dengar monolog Saffiya dalam hati.”

“Fuh!desis hati Abang Faris. Nyaris-nyaris kantoi tadi. Mana pernah dia memuji kenalan perempuan dia berdepan. Nasib Saffiya tidak mendengarnya. Selamat.” gumam Abang Faris perlahan.

“Abang…abang nak bawa Fiya pergi mana ini?” Laluan kali ini agak berbeza daripada kebiasaan. Perasaan cuak mula terasa. “Aduh! Masak la aku...dia nak bawa aku pergi mana ni?” Saffiya mula menunjukkan riak tidak senang.

“Bawa pergi Siam.Nikah,” jawab Abang Faris pendek.

“Hah!” Saffiya yang terkejut terus menjerit. Reaksi cemas jelas terpancar di wajahnya. Saat dia melihat wajah lelaki itu yang seakan-akan menahan ketawa terus dia sedar bahawa dia ditipu.

“Melampau la Abang ni “.Saffiya membuat mimik muka menyampah lalu mencubit lengan Abang Faris. “Aduh!” Abang Faris yang tidak menyangka tindakan Saffiya terus mengaduh kesakitan akibat dicubit oleh Saffiya.

“Abang gurau aje la. Abang pun tak nak kahwin koboi. Kalo tidak habislah angan-angan pelamin indahku musnah….ketawa Abang Faris. Ada orang tu kan…nak majlis kahwin dia ala-ala macam Cinderella usik Abang Faris lagi.”

“Alamak!” Ingat lagi dia tentang hasratku yang satu tu. Aku yang melihatnya hanya mampu tersenyum.




Kami sampai ke Port Dickson kala matahari menginyak ke ufuk barat. Kelihatan ramai kawan Abang Faris turut ikut serta. Aku yang kebingungan hanya mengikut langkah Abang Faris. Dia menyapa rakan-rakannya lalu memberitahu ada kejutan untukku malam ini.  Aku cuba merisik daripada kawan-kawannya tetapi semua agak sibuk membuat preparation untuk jamuan barbeque.

Tepat jam 8 malam, kami semua berkumpul di tepi pantai. Kelihatan kelibat kawan baikku di situ. Aku mula merasa pelik tetapi tidak sempat menyapanya kerana telah dipanggil oleh seseorang menuju ke pesisir pantai. Sebaik aku tiba, aku melihat sebuah astaka mini yang dihias cantik dengan bunga Tulip, bunga kegemaranku. Terdapat sebuah meja yang berhias cantik dibawah cahaya lampu manakala Abang Faris yang berdiri tidak jauh dari meja itu segak berpakaian sedang memandang tepat ke arahku. Dia memberi isyarat supaya menghampirinya. Aku terkaku di situ sambil mataku memandang kawasan sekeliling. Dari jauh aku nampak kelibat kawan-kawan  Abang Faris sedang gembira berbarbeque beramai-ramai.

“Saffiya…”seru Abang Faris. Aku hanya berdiri statik ditempat tadi. Sebaik Abang Faris mendekatiku barulah aku tersedar. Seumur hidupku, aku tidak pernah lagi mengalami situasi seperti ni. Hatiku makin berdegup laju saat Abang Faris menghampiriku. “Ah…cair la hati aku macam ni,” kata hati Saffiya.

“Ini ke kejutan yang abang maksudkan?” tanya  Saffiya dengan gugupnya.

“Yes, Fiya suka?”

“Suka..suka sangat-sangat..” ucap Saffiya perlahan.

“Fiya…abang ada sesuatu nak bagi Fiya ni? Sebelum tu abang nak tanya Fiya sesuatu.”

“Apa dia, abang?”

Dia memandang tepat jauh kedalam dasar mataku. Aku hanya mampu berlawan pandangan sekejap saja. Aku mula berpeluh walaupun angin sepoi-sepoi malam sedang bertiup. Saat ini, aku berdebar-debar menunggu soalannya.

“Will you be my girlfriend?” ucap Abang Faris bersungguh-sungguh.

Saffiya menjadi speechless lalu menundukkan kepalanya. Perasaan dia seperti berada di awangan-awangan. Gembira bercampur terkejut. Sewaktu dia mendongakkan kepala, kawan-kawan Abang Faris sedang berkumpul di tepi astaka mini itu. Ada yang menjerit meminta dia menyatakan persetujuan.

Say yesss…please Saffiya.! Say yes. You are so lucky to be his girl..” ucap salah seorang kawan Abang Faris.  Abang Faris yang menunggu jawapan Saffiya dengan penuh sabar tiba-tiba melutut di hadapan Saffiya. Dia mengeluarkan seutas gelang mutiara daripada saku seluarnya.

“Please…Please ..be my girlfriend..I love you” ucapnya dengan nada suara yang sangat lembut.

Saffiya memandang wajah Abang Faris kemudian mengangguk kepala sambil tersenyum. Kedengaran sorakan yang kuat dari arah belakang mereka. Faris telah memakaikan gelang itu ke pergelangan tangan Saffiya. Kemudian, kawan-kawan Faris datang mengucapkan tahniah kepadanya. Kawan baikku juga memunculkan diri lalu mengucapkan tahniah kepadaku.

“Menjadi jugak cinta Meebo kau eyh. Finally kau dah jumpa  cinta sejati. Tahniah!”

“Sama-sama. Alhamdulillah. Kau percaya dengan apa aku pernah cakap dulu?”

“Percaya. Kita kena percaya pada takdir. Jika Allah ingin mempertemukan kita, Allah juga boleh memisahkan kita. Aku harap kau berbahagia di sampingnya.”

In sha Allah. Aku tahu kau mungkin risau tentang aku tapi kali ini aku akan buktikan dia adalah calon lelaki paling terbaik menjadi suamiku.”

“Macam mana dengan prinsip kau tu? Nampak gaya kau dah langgar prinsip tu..” perli Nurul.

“Well. It seems like that. Benda di luar jangkaan aku la” terang Saffiya. Nurul hanya menjongketkan bahu apabila mendengar jawapan Saffiya.




Hubunganku dengan Abang Faris menjadi semakin kukuh. Alhamdulillah, hubungan cinta kami direstui oleh kedua-dua belah pihak. Sekarang dia sudah bergelar tunanganku.

Sebulan sebelum menjelang hari bahagia kami, Abang Faris ada mengutuskan sepucuk surat kepadaku. Saat aku membaca surat itu, hatiku menjadi sakit teramat sangat. Rupa-rupanya sebab musabab dia cuba memikatku selama ini berpunca daripada pertaruhan antara dia, Nurul dan Abang Zarif. Jika dia berjaya membuatku jatuh cinta, Abang Zarif akan memberikan sejumlah wang dua puluh ribu kepadanya. Aku menjadi sangat bengang. Ah! Dalam diam mereka semua telah memperkotak-katikkan hidupku .Lantas aku membuat panggilan kepadanya.

Tanpa memberi salam terus aku memarahinya. Aku bencikan orang yang menipu dan mempermainkan maruah dan harga diriku. Aku mempercayai dia sepenuh hati tapi dia menipuku pulak. Tambah menyakitkan hati, kawan baikku jugak terlibat dalam hal ini. Sebaik aku habis bercakap, dia mula bersuara.

“Fiya…tolong dengar penjelasan abang dulu” dia merayu kepadaku. Please…..jangan letak telefon ” rayu Abang Faris.

“Ah!! Fiya benci abangg….!”ucap aku lantas mematikan panggilan. Adikku yang mendengar jeritanku terus menyerbu bilikku.

“Asal kakak? Kenapa ni?” Dia yang melihatku menangis cuba menenangkanku. Aku yang tersedu-sedan menangis cuba berkongsi cerita.

“Dia…dia…dan Abang Faris dah tipu kakak. Mereka tipu kakak. Kakak benci mereka..!” kata Saffiya dengan geramnya sambil mengesat air matanya.

“Siapa dia? siapa mereka tu? Apa yang Abang Faris tipu kakak?”

“Kawan baik akak dan pakwe dia bertaruh. Kalo Abang Faris berjaya pikat akak, dia dapat dua puluh ribu. Sampai hati dia memperjudikan maruah dan harga diri akak….Akak ni kawan baik dia…”

“Akak dah buat keputusan..akak nak batalkan majlis perkahwinan kami..”ucap Saffiya.

“Sabar akak. Jangan bertindak melulu. Akak dah dengar penjelasan Abang Faris? Jangan berprasangka buruk. Cuba berfikir dan bertindak dengan rasional sikit ”pinta adik Saffiya.

“Belum. Tapi kan..kan dia dah jelaskan dalam surat.Cuba adik baca “jawab Saffiya. Adik Saffiya mula membaca surat itu.

“Erm ..tahu. Tapi bagi adik la…apapun baik berbincang semula. Dengar penjelasan dia dulu. Sekarang telefon kawan baik akak dan Abang Faris. Cepat la...!dial nombor mereka depan adik. Jangan nak mengelak plak..”gesa adik Saffiya.

“Err…perlu ke? Sekarang?”

“Yes. Now.”

“Baik.” Saffiya membuat panggilan lalu meminta Faris dan Nurul menemuinya di tempat biasa. Selepas meletakkan telefon, Saffiya meminta adiknya menemaninya.




Sebaik saja Saffiya melangkah ke dalam restoran, Nurul melambai ke arah Saffiya. Dari jauh, Saffiya dapat melihat wajah Abang Faris yang kelat dan asyik menundukkan kepala. Setibanya di meja mereka, Saffiya mengambil tempat duduk berhadapan dengan Abang Faris dan adiknya duduk berhadapan dengan Nurul.

“Apa penjelasan korang? Ini rancangan sapa sebenarnya?” Aku bertanya straight to the point.

“Ini rancangan Abang Zarif dengan aku” jawab Nurul. Abang Faris hanya ikut ja. Sebab utama  aku buat macam ni, aku nak kembalikan kawanku yang asal. Aku nak alihkan perhatian kau dari dunia Meebo. Tetapi sebaik saja Abang Faris betul-betul sukakan kau, barulah kami lakukan pertaruhan itu.”

Nonsense! Tak logik langsung reason kau tu. Kenapa dengan aku? Aku tak berubah apa-apa pun? "marah Saffiya.

“Kau sedar tak kau dah abaikan orang di sekeliling kau? Kau sedar tak? tegur Nurul. Mana kau saat kawan-kawan kau perlukan kau? Kau terlalu asyik dengan dunia Meebo kau tu. Aku berdiam diri tapi itu tak bermakna aku setuju dengan perbuatan kau. Aku rasa kau bukan kawan baik aku lagi. Kau dah jadi orang lain.Kau faham tak?” ucap Nurul panjang lebar.

Kata-kata Nurul meresap ke dalam mindaku. Mindaku kembali mengimbas kembali segala yang terjadi sejak aku terlalu asyik dengan dunia Meebo. Cuma selepas aku couple dengan Abang Faris baru berkurang.Saat aku tersedar akan kealpaanku, aku menundukkan kepala. Aku rasa amat bersalah kepada kawan-kawanku terutamanya Nurul. Selalunya kami banyak menghabiskan masa bersama tetapi sejak aku sibuk dengan dunia Meebo, aku mulai kurang berkomunikasi dengannya.

“Maaf…maafkan aku, Nurul..”ucap aku tergagap-gagap sambil memegang tangannya. Dia menepis tanganku. Aku memandang Abg Faris pula. Melihatkan reaksi Nurul membuatkan hati Saffiya berlagu. Ah!..dia taknak maafkan aku…bisik hati Saffiya.

Saffiya bingkas bangun lalu mengheret adiknya bersama. Dia sempat berpaling ke arah mereka sebelum beredar daripada tempat itu. Baru beberapa langkah,dia berpatah semula ke arah mereka lalu mencabut cincin yang berada di jari manisnya dan meletakkannya di sisi meja.

“Abang, walaupun abang tak bersalah seratus peratus Fiya tetap nak pulangkan semula cincin ni. Cincin ni sudah tiada makna lagi. Hati Fiya sakit. Fiya rasa abang tidak mencintai Fiya setulus hati abang. Jadi, keputusan Saffiya muktamad. Saffiya nak putuskan pertunangan kita ini.” Usai berkata-kata, Saffiya terus melangkah pergi tanpa menoleh ke belakang. Saat itu, dia rasa separuh hatinya dibawa pergi. Meskipun dia yang meminta perpisahan itu, hatinya pula yang pilu.




Seminggu berlalu, Saffiya cuba membiasakan diri dengan ketiadaan Nurul dan Abang Faris dalam hidupnya. Suatu petang, sedang Saffiya bersiar-siar seorang diri di Taman KLCC, dia dihampiri oleh Abang Faris.

“Saffiya…!”laung Abang Faris. Saffiya yang mendengar suara Abang Faris cuba melarikan diri. Malangnya Abang Faris berjaya menahannya. Dia mengajakku berbincang dari hati ke hati.

“I miss you…I really miss you..and I’m really sorry ,sayang..”

Please…please don’t leave me alone…ucapnya lagi. Aku memandang wajahnya sekilas lalu. Aku tahu hatiku belum cukup kuat untuk menindakkan perasaan sayangku kepadanya.

I’m truly sorry, sayang. Abang tahu abang bersalah. Sebenarnya abang berniat hendak berterus terang dengan Fiya saat abang pertama kali jatuh cinta dengan Fiya tapi Abang Zarif melarang abang. Dia tak benarkan abang bagitau selagi rancangan kami tak berjaya.

Aku mendiamkan diri sambil kakiku menguis daun yang berguguran di sekitar kerusi kami. Tiba-tiba Abang Faris melutut di hadapanku. Ingatanku kembali mengingati perbuatannya yang sama beberapa bulan yang lalu.

“Abang dah buat keputusan kita tetap akan berkahwin seperti yang ditetapkan, tegas Abang Faris. Sama ada Fiya setuju atau tidak, ikatan pertunangan kita tak pernah terputus. Jadi, jangan sesekali cuba tanggalkan cincin ini lagi tau..” kata Abang Faris sambil menyarungkan kembali cincin tunang ke jari manisku. Aku yang sedang memprotes tindakannya membisu apabila dia mengucup tanganku. Terus aku menarik tanganku kembali. Aku menunduk malu. Saat aku mendongak kepala, dia mengenyitkan matanya kepadaku. Dia faham akan maksud reaksiku itu.

“Dah ok kan,” ucap Abang Faris tiba-tiba.


 Apa yang ok? ucap Fiya . Dia masih blur.


Masalah kitalah." 


“Owhh..dah… Dah settle." Tapi masalah Fiya dengan Nurul belum selesai. Macam mana ni, tutur Fiya perlahan.

“ Hal itu serahkan pada Abang k. Abang akan selesaikan untuk tunang kesayangan ni. Dah la, jangan monyok-monyok. Tak comel tau.. ucap Abang Faris. Lagi satu, lepas ni  janganlah Fiya kemaruk sangat dengan Meebo tu…” pinta Abang Faris lagi.

"Ok. Fiya…Fiya janji. Fiya tak nak lagi kemaruk main Meebo. Sekarang kan…Fiya..Fiya nak kemaruk cinta pada Mohamad Faris aje merangkap bakal suami Fiya.. bolehhh? ”ucap Fiya sambil menyengit mata kepada Abang Faris kembali.


"Amboi! gatainya dia..." usik Abang Faris .

"Biarlah.. " jawab Fiya dengan selambanya.

“Yela.Dah,jom. Teman abang makan.Lapar la…”


“Okey.”Mereka berdua menyusuri laluan ke food court dengan gembiranya. Hati Faris menjadi lapang setelah Saffiya menerima kembali cintanya. Lepas ni, dia tidak risau lagi tentang tabiat tunangnya suka berchatting di meebo kerana disebabkan Chatroom Meebo juga lah mereka bertemu.


Tamat.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan