Isnin, 27 Mei 2013

CERPEN:Izinkanku Memilikimu


Kedengaran lagu Give Me Your Heart a Break nyanyian Demi Lovato berkumandang dengan kuatnya di sebuah taman perumahan. Lagu itu tengah meletup dan selalu diputarkan oleh deejay di corong radio tapi masalahnya sekarang ia telah mengganggu ketenteraman salah seorang penghuni di kawasan perumahan itu.

“Woi! Engkau ni tak reti nak perlahankan radio ke? Pagi-pagi buta dah biar radio tu melalak,” kata Aliya.

Sewaktu itu, jiran sehati sejiwa Aliya sedang membuka kasut. Nampak gaya macam dia baru balik dari jogging. Muka lelaki itu agak tegang selepas mendengar kata-kata Aliya.

“Oi makcik! Suka hati aku la nak pasang radio kuat ke perlahan ke?Ada aku kisah?Ermm…aku nak tanya ni, aku ke engkau yang kena bayar duit elektrik?”sambung lelaki itu lagi kepada Aliya.

Tiba-tiba, Ain merangkap housemate  Aliya muncul di sebelah Aliya.

“Aliya, dah la…janganlah memekik terlolong pagi-pagi ni.Tak manis la,”kata Ain.

Ewah..ewah..minah ni. Bikin panas je. Boleh plak backup musuh utama aku. Sepatutnya dia backup aku…hampeh punya kawan, desis Aliya di dalam hati. Sambil itu, sempat jugak dia menjeling tajam ke arah Ain tapi Ain hanya ketawa kecil.

Ain cuma tak suka melihat Aliya asyik bertekak dengan mamat tu. Tambah kita kan hidup berjiran. Malu tau bila jiran lain tengok kelakuan korang berdua. Macam anjing dengan kucing. Tak pasal-pasal karang ada yang buat sidang mesyuarat tingkap. “Aliya tak rasa malu ke?” ucap Ain perlahan di telinga Aliya.

“Ah!pedulikan la depa semua tu..penyibuk aje”,kata Aliya dengan kuatnya.

Ketika itu, lelaki tersebut masih berada di perkarangan rumahnya sambil menjeling tajam kearah Aliya. Ini membuatkan Aliya bertambah bengang.

“Hey, mangkuk! Dengar sini, aku tahu la engkau yang bayar tapi engkau faham tak yang engkau ni dah mengganggu ketenteraman awam manusia sejagat pagi ni?” kata Aliya dengan lantangnya.

“Eh..yeke? kenapa tak ada orang report dekat aku pun?” kata lelaki itu pula.

“Ermm…ada je tapi masalahnya mereka tu tak berani nak bising-bising macam aku ni. Kita ni hidup bermasyarakat kena la ambik kisah orang di sekeliling kita. Takkan benda kecil macam ni engkau tak faham,”kata Aliya dengan beraninya. Aliya mendengus lalu menghala ke pintu masuk rumahnya.

 Sayup-sayup kedengaran suara housemate si mamat kerek itu. Pengumuman, nama mamat kerek tu Muhammad Asyraff aka Boy.Macam mana aku dapat tau nama dia panjang ceritanya.

“Aku dah nak masuk umah pun, Mr Hakimi Affandy oii…bising la kau ni sebijik macam jiran sebelah ni..jerit si Boy sambil menjeling Aliya yang masih terkaku berdiri di tepi pagar rumah…”

“Fandy…tiba-tiba Aliya menyeru nama itu. Terhenti terus langkah Aliya saat mendengar nama itu.Ah…kebetulan aja kot..desis hati Aliya…”



“Asal bising-bising tadi? aku dengar macam teruk je,” tanya Hakimi yang baru selesai menyediakan sarapan untuk mereka berdua.

“Ala…jiran sebelah kita tu..takkan kau tak faham perangai dia macam mana. Kalah mak dan nenek aku dekat kampung tu tau bila dengar dia membebel..bingit tau tak?” kata Boy aka nama penuhnya Muhammad Asyraff .

Entah alergi apa lah minah tu asal nampak aku ada ja benda yang dia tak puas hati..gumam Boy.

“Owh..engkau pun satu. Dah tau minah tu angin semacam janganlah kau cari masalah dengan dia,” ujar Hakimi.

“Hello Mr Hakimi Affandy, sejak bila aku ni suka cari masalah?” kata Boy dengan nada suara yang agak tinggi. Takkan kau tak kenal aku ni macam mana..

Brosorry..sorry..Hakimi Affandy terus mengangkat tangan tanda maaf. Silap timing pulak nak melawak dengan Boy. Air muka Boy yang amat keruh tadi terus menjadi neutral selepas melihat gelagat teman baik merangkap rakan serumahnya.

“Dah la. Jom makan ..omel Boy”.

Mereka meneruskan sarapan pagi yang tergendala. Sejam selepas itu, mereka bergerak ke pejabat untuk menyiapkan separuh lagi kerja projek yang tergendala. Hujung minggu yang indah terbuang begitu saja kerana kesibukan kedua-duanya dalam menyiapkan kertas kerja yang mempunyai dateline berbaki 2 hari .



Hari ini, 1hb November 2011. Hari yang mencatatkan kelukaan dalam hidup seorang wanita bernama Aliya.

Tarikh itu ialah tarikh keramat buat Aliya apabila jejaka idaman hati hadir dalam hidupnya. Malangnya,genap 3 tahun selepas itu ia menjadi tarikh paling menyedihkan dalam hidupnya  kerana lelaki yang dia cintai meninggalkan dia tanpa sebab. Aliya dirundang kesedihan akibat patah hati. Untuk mengelak emosi Aliya terus terganggu dia menyibukkan diri dengan kerja. Sejak peristiwa itu, dia telah menukar panggilan namanya kepada Qaisara. Hanya orang-orang tertentu saja memanggilnya Aliya.

“Qaisara, big boss baru panggil kamu,” kata Zureen.

“Okey. Terima kasih Zu. Aliya bergegas ke bilik ketua dia sambil membawa planner. Dalam fikirannya mula memikirkan tugasan baru.Aduhai..hujung tahun begini bertambah-tambah pula keje baru. Aduss..sambil berjalan ke bilik ketuanya mukanya sudah berkerut seribu apabila memikirkan hal itu…”

Tok..tok..tok…

“Masuk..”Kedengaran suara seorang lelaki yang memberi arahan di sebalik pintu yang tidak berkunci.

“Yes boss!”Aliya  melangkah dengan penuh yakin. Kelihatan bos barunya amat sibuk kerana di atas mejanya penuh dengan dokumen. Langsung tidak memandang wajah Aliya yang sedang tercegat di hadapannya.

“Bos..”Aliya mula berkata-kata. Aik..dia ni sedar ke tidak aku ada depan dia ni?gumam Aliya di dalam hati.

“Bos…ucap Aliya dengan nada yang lebih tinggi sedikit”. Disebabkan terkejut, terus terpelanting pen yang dipegang oleh bosnya. Bosnya terus mendongakkan kepala lalu terpandang seorang perempuan sedang berdiri di hadapannya. Jelas kelihatan kerutan di dahinya.

“Ada saya panggil kamu masuk ke tadi,” kata bosnya.

“Hah! mulut Aliya ternganga sedikit akibat terkejut.Dia mula berkerut,seingatnya tadi Zureen ada cakap big boss baru nk jumpa dia.Takkan tersalah bagi maklumat plak…”

“Setiausaha boss cakap bos nak jumpa saya tadi…Aliya terus laju menuturkan perkataan.”

“Owhh…awak ni la Nur Aliya Qaisara?” tanya bosnya.

Aliya yang masih blur-blur, terus mengangguk. Yes, I am.

“Alright. I need your help .Because before this you pernah handle one big project, I nak you submit financial report berkenaan projek itu. Can you? And one more thing, I nak minta tolong you berkenaan kedudukan kewangan syarikat ni. I nak you bagi I maklumat tentang pencapaian syarikat untuk 5 tahun lepas.

“Okey bos. No problem..sahut Aliya sambil tersenyum. Kalo tak ada apa-apa, saya keluar dulu.”

Keluar  aje dari bilik bos, terus aku menonong laju menuju ke tempat aku. Sempat juga Si minah Kepoh aka Dahlia merangkap kawan baik aku bertanyakan sebab bos baru tu panggil.  Aku hanya mendiamkan diri sambil tersenyum.

Kring..kring..kring…talian telefonku berbunyi.

“Hello.Assalamualaikum...Qaisara’s speaking. May I help you?”kata aku dengan lancarnya.

“I’m Saffiya, wakil syarikat Pesona Intelligent Sdn Bhd. I nak berbincang dengan Cik Qaisara berkenaan sebutharga projek di Bukit Berapit. Bila Cik lapang?” kata Saffiya.

“Saya lapang petang ni. Kita jumpa dalam pukul 3 di pejabat saya. Are u okey with that?”

“ Okey. I’ll see u at 3 o’clock. Selepas meletak ganggang telefon, aku menyambung kerja yang terbengkalai.Harap dapat balik awal hari ini..” kata Aliya di dalam hati.



 “Zairul”,panggil rakan sepejabatnya.

“Yes.”

“Aku nak pergi syarikat Art Landscape ni. Kau nak ikut ke tak? Appointment petang ni pukul 3”, jelas Saffiya.

“Alamak! Sorry...aku ada appointment . Asal kau tak bagitau awal-awal tadi? Aku kan dah pesan nak ikut serta perjumpaan kau dengan wakil Art Landscape tu,” tutur Zairul perlahan seakan-akan sedikit kecewa.

“Maaf la Zairul. Kau kan tahu kebelakangan ni aku  sibuk nak selesaikan masalah dengan pihak pembekal kita tu.Ni pun hampir-hampir terlupa tapi nasib baik assistant aku yang ingatkan appointment yang aku postpone sejak last week tu. So, confirm kau tak dpat ikut ni?” tanya Saffiya sekali lagi.

Zairul hanya menggangguk. “Tapi next time, tolong la inform aku awal-awal ok,”pesan Zairul.

“Okey,”kata Saffiya sambil tersenyum.

Kedatangan wakil syarikat Pesona Intelligent disambut baik oleh Aliya. Dia amat berharap mereka dapat mencapai kata sepakat supaya projek Bukit Berapit itu dapat dilaksanakan mengikut dateline. Nasib baik semua dokumen projek masih dalam simpanannya kerana pihak Pesona bercadang mengubah spesifikasi sesetengah material.

“Alright Miss Saffiya, I nak you hantar proposal lengkap berserta maklumat perubahan. Please inform me back when you dah hantar proposal tu..so I boleh semak dengan cepat..” kata Aliya sambil berjabat tangan dengan Saffiya.

“Okey Miss Qaisara. I will tell my partner, Encik Zairul Affandy regarding this matter. See u later…”senyum Saffiya. Aliya yang mendengar nama itu terus tergamam. Bukan dia..bukan dia…monolog Aliya didalam hati. Kebetulan saja kot…

 Ahh..sebaik sahaja keluar daripada bilik mesyuarat terus Aliya menghempas fail ke atas mejanya. Kenapa semenjak dua menjak ini nama dia...dia yang aku cuba lupakan bermain di fikiranku..kusut fikiran Aliya. Aku kena ambik cuti ni..gesa Aliya.



Nur Aliya Qaisara yang sedang berjalan-jalan di sekitar pantai Morib tidak perasaan ada seorang hamba Allah yang sedang memerhatikan gerak gerinya dari jauh.Ah..rindunya aku pada gadis ini. Untuk mendekati gadis itu semula dia tak punya kekuatan setelah apa yang dia lakukan pada gadis itu satu dulu kala. Dia amat menyesal kerana terlalu mengikut telunjuk hawa nafsunya itu. Kalaulah masa boleh diputar kembali, dia akan membuktikan betapa dia amat mencintai gadis itu tanpa menyakiti hati atau melakukan sesuatu yang amat bodoh.Ahh…menyesal tak sudah apabila dia mengingati kisah silamnya.

“Akak…..panggil seorang budak lelaki….”

Aliya  terus berpaling ke arah belakang. Kelihatan seorang budak kecil yang sedang memegang sekeping kertas kecil berserta sekotak hadiah. “Ye adik? boleh akak bantu?..”

“Nah! budak itu menghulurkan kertas kecil beserta hadiah itu kepada Aliya. Ada seorang abang hensem bagi dekat akak,” kata budak kecil itu dengan petahnya.

“Hah!” Aliya yang amat terkejut tidak terus mengambil hadiah itu dan hanya terkebil-kebil memandang budak itu. Dia hanya mendiamkan diri seperti berada dalam dunia yang lain. Akakkkk….budak itu menarik hujung bajunya.

Aliya yang baru tersedar terus tersenyum lalu mengusap kepala budak itu. “Boleh akak tau siapa abang hensem tu?” Ntah-ntah tersalah orang..seingat Aliya, dia tidak mengenali sesiapa pun di resort tempat dia sedang menginap sekarang.

“Adik tak kenal la akak. Abang hensem tu minta adik bagi benda tu dekat akak je. Tapi kan tadi abang hensem tu ada dekat bawah pokok tu. Dah lama dia perhatikan akak tau.Ok lah akak, adik kena pergi dulu,takut mak adik tercari-cari…”

“Mana-mana?”Aliya terus memandang ke arah yg di tunjukkan tadi.Ah! mana mungkin orang itu akan menunjukkan dirinya semula. Ermm…kemusykilan Aliya tidak terjawab di sebabkan budak kecik itu hanya menjadi penyampai. Aliya mula membelek kad ucapan itu lalu berjalan laju menuju ke bilik penginapannya. Dia membelek kad itu.

Nur Aliya Qaisara,
Senyumanmu seindah bunga yang kembang mekar,
Daripada,
ZA

“ Siapa pulak ZA ni? aku kenal ke? takkan la Zairul Affandy. Mustahil. Macam-macam soalan mula muncul dalam fikiran Aliya. Aliya terus membuka pulak hadiah yang diterimanya. Coklat? Eh!siapa yang tahu aku memang hantu coklat ni? Nak makan ke tidak? Aliya masih teragak-agak .Tapi bila memikirkan coklat itu ialah favouritenya, Aliya terus mengambil coklat yang berbentuk hati lalu mengunyahnya perlahan. Ada macam-macam bentuk serta rasa. Sedap,puji Aliya didalam hati…”



Di kala Aliya sedang enak menikmati kelazatan coklat, tiba-tiba teman sebiliknya telah membuka pintu bilikku.  Mereka datang ke pantai Morib ni berdua sahaja untuk bercuti. Wajahnya yang lesu terus bercahaya apabila melihat Aliya yang sedang makan coklat berseorangan.

“Amboi!makan coklat tak ajak Tehah pun?” kata Fatihah. “Mana Qaisara dapat ni? beli eyh?”tanya Fatehah sambil menyuapkan sebiji coklat ke dalam mulutnya.

“Ewah..ewah..Tehah ni makan tak minta izin Qaisara pun?”kata Nur Aliya Qaisara sambil mengalihkan kotak coklat itu.

“Ala,kedekut la Qaisara ni! Tehah makan sebijik je pun…tu pun berkira”. Terus masam muka Fatihah. Aliya yang melihat tingkah laku Fatihah hampir tergelak.Alololololo…dah merajuk pula kawan Aliya ni,masam betul muka dia..kata Aliya di dalam hati.

“Cik Fatehah cayangg, toksah nak merajuk..Qaisara tahu Tehah tu merajuk tahik kucing aje. Nak suruh Qaisara pujuk la tu..” tersengih-sengih Fatihah saat mendengar kata-kata Aliya..Dia lebih selesa mengelarkan dirinya sebagai Qaisara. 

“Ambik ni, Aliya menyuakan sebiji coklat berbentuk hati yang berperisa coklat kepadanya. Mukanya terus bercahaya sebab dia jugak peminat coklat macam Aliya. Sedap kan?

“Seriously sedappp wei..mana Qaisara dapat ni? teruja plak kawan Aliya ini. Lantas Aliya menjawab, ada secret admirer yang bagi siang tadi. Dia yang amat terkejut terus memandang wajah Aliya untuk mendapatkan kepastian. Aliya hanya tersenyum lalu menunjukkan kad ucapan sebagai bukti.

“ZA? siapa dia ni? Tehah kenal tak?”bertalu-talu soalan keluar dari mulut Fatihah.

Aliya hanya menjongket bahu. “Aliya sendiri pun tak kenal..”ucapnya.

“Sure ni? entah-entah secret admirer  tak ?Qaisara kan cantik,bijak,bersopan-santun ..” puji Fatehah.

Mana ada. Tehah kan tahu Qaisara macam mana..perasaan cinta dah lama mati dalam hidup Qaisara.

“ Hmm…Tehah nak cakap sikit boleh? kenapa  Qaisara tak nak bagi peluang pada diri ? tak semua lelaki kat dunia ni jahat tau..” ujar Fatehah.

“ Qai..Qai..belum bersedia. Qaisara dah cuba buka pintu hati ni untuk orang lain tapi Qaisara tak mampu nak menipu yang Qaisara  masih mengharapkan dia…Tehah faham tak?” terus menjurai air mataku mengalir. Aliya amat sedih apabila terkenangkan kisah lama itu. Fatehah terus memeluknya dengan erat. 

“Maafkan Tehah, Tehah tak bermaksud membuatkan Qaisara bersedih kembali..”kata Fatehah.



Fatehah sudah beredar dari bilik Aliya. Dia ingin memberi ruang kepada Aliya Qaisara untuk berehat. Tujuan percutian ini pun sebab bersangkut paut dengan si dia. Si dia yang Aliya cuba kikis daripada memorinya.Aliya betul-betul ingin merehatkan mindanya daripada memikirkan tentang dia. Ah!Aku dah cuba membuang nama dia dari hatiku tapi situasi hari ini mengingatkan aku kembali tentang dia. Tiga tahun…tiga tahun aku ambik masa untuk melupakannya. Aku tak ingin menangis lagi tapi hari ini aku ..aku tewas..air matanya mengalir laju membasahi pipinya.

Fatehah hanya duduk termenung di biliknya. Tiba-tiba, handsetnya berbunyi.

“Hello!Tehah, Aliya Qaisara macam mana? Dia okey ker?” tanya satu suara di sebelah sana.

“Waalaikummmusalam Zairul..” jawab Tehah dengan spontannya.

“Err..Assalamualaikum, jawab Zairul. Tehah, Aliya Qaisara macam mana?” tanya Zairul sekali lagi. Fatehah hanya mendiamkan diri.

“Tehah, maksud aku Aliya aka Qaisara ok ke?”pleaseee bagitau aku keadaan dia..rayu Zairul.

“Dia menangis..”pendek jawapan Tehah tapi berjaya menyentap hati Zairul.

“Aku tahu aku bersalah pada dia tapi aku belum berani nak jumpa dia. Aku takut dia akan larikan diri lagi..macam dulu..”terang Zairul.

“ Zai..aku bukan nak masuk campur tapi kau kena selesaikan masalah ni. Tiga tahun Zai dia tunggu kau. Dia masih mengharapkan penjelasan kau. Kalau kau sayangkan tali persahabatan dan persaudaraan kita, pleaseplease sangat-sangat..jadi lelaki sejati. Solve all problems with her. Don’t let she cry again . She already suffers a lot since you left her…”

Erm,,.terdiam terus Zairul. Perlahan-lahan baru dia memberikan respons. “Baik Tehah. Ok la, tolong tengok-tengokkan Aliya ye..”pesan Zairul.

“One more thing, don’t call her Aliya. Dia tak suka. Dia tak guna dah nama tu. Nama baru dia Qaisara..” terang Tehah.

“Whatever la..dia tetap Aliya suri hatiku. Okey..bye2..” terus Zairul mematikan talian telefon.

 “Nur Aliya Qaisara…seru Zairul. Aku sentiasa rindukan kau, Aliya.,” ucap Zairul sebelum melelapkan matanya. Hujan lebat yang turun sejak petang tadi menyebabkan semua penghuni resort hanya berkampung di dalam bilik. Zairul terus menarik selimut yang tebal agar dapat menutupi dirinya yang kesejukan.



Keesokkan paginya, Aliya dan Fatehah mengemas semua barang-barang mereka. Tengahari nanti  mereka akan pulang semula ke kota.

“Qaisara, panggil Tehah. Qaisara ada nak singgah mana-mana sebelum bertolak?..”

“Ermm…rasanya tak ada. Setelah siap mengemas barang, Aliya memberitahu Tehah yang dia nak bersiar-siar di tepi pantai sekejap. Fatehah yang amat mengetahui tabiat kawannya ini hanya mengangguk.

“Jaga diri baik-baik. Kalo ada secret admirer kasi hadiah lagi ,share ngan Tehah eyh”..pesan Fatehah sambil mengenyit mata.

“Ish..Tehah ni.Ok la..Qaisara keluar kejap. Fon tak bawak tau..”pesan Aliya.

Aliya menyusuri pantai sambil memandang kawasan di sekitarnya. Langit yang terbentang luas berserta pohon-pohon yg menghijau di sekitar pantai menenagkan jiwa Aliya yang sedang berkecamuk sejak semalam.Damainya tempat ini, Insya Allah lain kali aku datang lagi,monolog Aliya di dalam hati. Setelah puas berjalan-jalan di sekitar pantai , Aliya kembali ke biliknya lalu dia dan Tehah mengusung beg bagasi mereka ke ruang lobi resort untuk check out.

“Tehah pandu kereta eyh. Qaisara nak tido sekejap.Nanti kejutkan Qaisara ye,”pesan Aliya.

“Okey,”jawab Tehah sambil tangannya laju menaip pesanan kepada seseorang. Aliya yang melihatnya tertanya-tanya.

Ehem…ehem..ehemm..Aliya membuat aksi orang sakit tekak. “ Eh Aliya,sakit ke?” terus menggelabah Tehah melihatnya. Aliya yang melihat gelagat Tehah hampir tergelak tapi Aliya menahan diri dari meletuskan ketawa.

“Qaisara sihat.” Tehah yang tidak mempercayai kata-katanya terus memberikan Qaisara ubat strepsil. Aliya yang malas nak bising-bising terus makan sebiji strepsil  yang dihulur olehnya. Setelah satu  jam perjalanan, kami berhenti untuk makan. Di kesempatan itu, Aliya bertanyakan tentang perbuatan Tehah yang asyik menghantar pesanan kepada seseorang.

“Tehah  hantar pesanan dekat siapa tu?” tanya Aliya.

“Kawan,”pendek aje jawapan Tehah.

“Betul ke kawan ni? lain macam aje ni?siap tersenyum-senyum.Tak nak share ke?”Aliya berkata sambil memandang wajah kawannya.

“Kawan aje la. Nothing special..ujar Tehah. Dah la, makan cepat. Kejap lagi Qaisara plak drive eyh. Tehah nak tido plak…”

“Yela..yela.. bak kunci tu. Tehah menyerahkan kunci keretanya sambil mula mengosok mata. Nampak sangat wajahnya yang amat lesu. Kesian kawan aku ni. Tujuan asal datang nak bergembira tapi percutian ini terpaksa kami tunda sebab bos bekukan cuti dia plak.Ada hal kecemasan di pejabat.

“Kau tido la dulu. Dah sampai nanti aku kejutkan. Aku membaca lafaz bismillah dan doa menaiki kenderaan sebelum meneruskan perjalanan kami. Tepat jam 3 petang kami selamat sampai ke rumah sewa. Ah..lenguh jugak badan aku. Nasib baik aku masih bercuti. Dapatlah sambung  berehat di rumah, senyum aku di dalam hati…”

“Tehah, bangunn..dah sampai rumah ni”.Perlahan-lahan Tehah yang mula membuka matanya memandang aku terkebil-kebil. Aku yang melihat reaksinya hanya tersenyum. “ dah sampai rumah kau ,”ucap Aliya.

“Yeke? Tolong angkat beg aku . Aku betul-betul tak larat la. Ingatkan dapat beristirehat dengan tenang hujung minggu ni tapi sebaliknya pulak yang jadi,”omel Tehah kepadaku.

“Baik cik Tihah cayangg..Nahkunci rumah. Masuk rumah baik-baik. Jangan mamai lak. Kang terlanggar dinding tu..hehehe..” ketawa Aliya . 



Sejak kali pertama Zairul melihat Aliya di Hotel Oriental untuk pembentangan tender tiga bulan yang lalu, dia cuba untuk mendekati Aliya semula. Dalam diam dia cuba mengorek rahsia kehilangan Aliya daripada sahabat baiknya, Nur Fatehah.  Satu kebetulan yang sangat tak diduga apabila melihat gambar Aliya dalam salah satu album percutian sepupunya, Fatehah merangkap rakan sepejabat Aliya sekarang. Bonus untuk dia kerana menjadi wakil Pesona Intelligent untuk berurusniaga dengan Art Lanscape tempat Aliya bekerja.Sesungguhnya dia sangat-sangat bersyukur dipertemukan semula dengan Aliya .

“Aiman,”?ucap Zairul. Aku dah jumpa Aliya.

“Aliya? Maksud kau, Aliya Ex- jiran sebelah umah kita dulu tu? ” tanya Aiman dengan lajunya sambil tangannya yang sedang menyelak majalah menutup terus majalah itu.

“Pembetulan…dia bukan jiran kita lagi.,terang Zairul. Aku jumpa dia dekat Hotel Oriental 3 bulan lepas.”

“Serious?dia tegur kau ke?” tanya Aiman.

Nope. Aku hanya pandang dia dari jauh sebab aku masih tak berani nak mendekati dia. Kau kan tahu kali terakhir kami berjumpa dia betul-betul marah dekat aku. Dia cakap dia amat benci aku dan berharap tidak akan jumpa aku lagi. Jadi, aku hanya mampu pandang dia dari jauh aja la..

“La..kan dah 3 tahun berlalu.Mungkin dia pun dah berubah.Kau tak nak cuba perbaiki hubungan korang semula ke?” Tanya Aiman.

“Aku tidak rasa dia dah berubah, kata Zairul sambil memandang gambar Aliya yang ditangkap secara curi-curi ketika di Hotel Oriental. Aku masih sayang dan cinta dia , Aiman. Cuma disebabkan kekhilafan aku tiga tahun lepas aku kehilangan dia….”

“Bro, let’s move on…bunga bukan sekuntum..tapi kalo kau rasa hati kau masih sayang dan cinta dia..Why not kau tackle dia semula. Belum cuba belum tahu...takkan dah berkarat skill playboy engkau dulu…cabar Aiman.”

“ Kau cabar aku ke?...”

“Eh…tak la.Aku cakap aje..terpulang la pada kau nak fikir benda ni sebagai cabaran ke apa..huhu. Aku tahu kau mesti ada cara yang tersendiri kan, terang Aiman sambil meenepuk bahu  Zairul. Mana tau aku dapat makan nasi minyak kau tahun ni…”ketawa Aiman.

Tiba-tiba Zairul memeluk Aiman. Aiman yang terpinga-pinga dengan tindakan Zairul hanya membiarkan Zairul memeluk dia. Zairul berulang kali mengucapkan terima kasih kepadanya sambil tersenyum gembira. Terima kasih kerana menyedarkan aku, Aiman.  “Aku akan berjuang untuk mendapatkan cinta aku ini..”kata Zairul dengan penuh semangat.

“Sama-sama bro.Good Luck! “ ucap Aiman kepadaku.

Dengan pantas aku bergegas ke tingkat atas rumah untuk menukar pakaian. Ada misi penting yang perlu aku laksanakan. Aiman yang melihat gelagatku hanya mengelengkan kepala. Sambil bersiap , aku mula merangka tindakan yang mana perlu aku ambil dahulu. Lantas aku menghantar pesanan ringkas kepada Tehah.

Zairul: Salam. Kau free tak sekarang?jumpa aku dekat Secret Recipi. Urgent.
Tidak lama kemudian, kedengaran bunyi pesanan masuk.

Tihah: Wslm.free aje. Okey.janji kau yang belanja .


Setelah meninggalkan pesanan kepada Aiman, Zairul terus keluar daripada rumah.  Jarak rumah dan restoran yang dekat membuatkan Zairul tidak sabar untuk berjumpa dengan Tehah. Malangnya di sebabkan ada kemalangan berlaku di persimpangan jalan keluar taman perumahan, Zairul mula keresahan. Dia memasang radio untuk menghilangkan rasa kebosanan. Kepetahan deejay yang berceloteh membuatkan dia lapang hati.Kedengaran ada suara seorang lelaki yang membuat permintaan lagu kepada sang kekasihnya. Zairul yang pada mulanya seakan tidak ambik pusing, terus terpegun saat mendengar lagu itu. Bait-bait lagu Maafkan Aku nyanyian Afee Utopia seakan-akan menggambarkan diri dia saat ini.

Setelah kau pergi…
Tinggallah aku  sendiri….
Baru ku sedar…
Semua pengorbananmu….
Selama  ini…
Ku tak peduli…
Ku persiakan hidupmu…
Keegoanku ini memakan diri…
Tuhan..tolonglah…
Ku rindu dia….
Kembalikanlah…asmara cinta mekar sewangi dulu….
Ku harap engkau maafkanlah  diriku…
Aku bersalah mempermainkanmu hingga membuat kau sengsara…
Berilah peluang untuk kali kedua….
Akanku buktikan kasih dan sayangku terhadapmu….
Ooohhhh…ohh..ohhhh


Saat Zairul menapak ke tempat yang dipersetujui seperti di dalam telefon, kelihatan Fatehah sedang menanti sambil mengerutkan dahinya dan menunjukkan jam tangannya kepada Zairul.

“Asal lambat?” tanya Tehah.

“Sorry la my dear ,traffic jammed tadi..”terang Zairul.

“Straight to the point, kenapa nak jumpa aku?...”

“It’s about Aliya. Aku nak tackle dia semula..”

“Ermm..Why so sudden? Ada sesuatu yang berjaya mengubah fikiran kau ke? Seingat aku la 3 tahun yang lepas , kau pernah  cakap tak nak ada apa-apa hubungan dengan dia lagi. Fatehah memandang Zairul dengan penuh sinis. Ke kau tiba-tiba rasa menyesal dengsn perbuatan kau tu?” tempelak Fatehah.

“You’re right. I’m really regret to left he ..How’s stupid I am at that time! why I did’nt  listen to her explanation?..she was trapped by my mom..And me…just pretending as innocent person.Then, I left her ….”mengeluh panjang Zairul apabila mengenangkan perbuatan silamnya.

“I don’t know whether it is too late or not..but she told me someone dah pergi merisik dia” terang Tehah.

“What!? terus terbangun Zairul daripada kerusi. She told you like that? since when?” laju Zairul bertanya. Hatinya sudah gundah gelisah.

“Last week..”pendek jawapan Tehah.

“Tehah…please help me….”rayu Zairul. Suara Zairul yang jelas bergetar dan air mukanya yang agak muram membuatkan Tehah serba-salah. Dikiri sepupu, dikanan rakan sepejabat. Kedua-duanya dia sayang. Setelah berfikir sejenak, dia menganggukkan kepalanya kepada Zairul.

“I will help you but you must promise to me don’t hurt her anymore. I will kill you….”ugut Tehah.

“I will… I will make sure she get back her happiness dan be my “angel” back..”bersungguh-sungguh Zairul berkata- kata.

“Alright, deal. Jom makan, lapar la…kau belanja ye”. Tehah memesan makanan mereka berdua.



Dari satu pertemuan ke satu pertemuan berkaitan hal syarikat, Aliya cuba untuk bersikap professional dengan Zairul, ex-boyfriend merangkap wakil Pesona Intelligent bersama Saffiya. Sungguh dia sangat terkejut apabila melihat Zairul datang bersama Saffiya. Kemunculan semula Zairul telah mengkucar-kacirkan kehidupan Aliya. Zairul cuba memikat dia kembali.

Suatu petang saat dia sedang jogging di Bukit Cahaya,Shah Alam dia dihampiri oleh Zairul.

“Liya…” seru Fandy dari jauh. Zairul memulakan perbualan dengan menggunakan gelaran manja mereka. Dia pasti Aliya sudah melupai panggilan manja ini tapi tidak bagi dia.

Hmm…acuh tak acuh aja Aliya menjawabnya. Ada apa?

“Maaf.”kata-kata Fandy mati.

“Maaf untuk apa?” tanya Aliya dengan angkuhnya.

“Maafkan Fandy. Fandy patut berterus-terang sejak awal lagi. Semua ini berlaku bukan atas kehendak Fandy…”

“Senang aje kan..bertahun–tahun saya derita…hidup saya tunggang-langgang. Keluarga saya hampir-hampir pulaukan saya sebab fitnah tangkap khalwat. Awak tahu tak ?”marah Aliya.

“Dan awak…awak langsung tak pernah cuba mendengar penjelasan saya…saya merana awak…awak tahu tak?, “jerit Aliya sambil air mata mula mengalir membasahi pipinya.

“Fandy tahu. Fandy juga merana Liya..aku merenung wajahnya yang muram itu…”

“Please..tolong bagi peluang sekali lagi untuk Fandy?”

Aliya hanya menggelengkan kepala. Aku yang melihat reaksinya menjadi terus hiba..hatiku  berasa sakit..punah harapanku..kecewa pun ada.Aku melangkah longlai dari tempat itu. Aliya terkaku melihat Zairul pergi daripada tempat itu. “Ah..hati Llya  masih belum sembuh Fandy, Liya sangat kecewa dengan sikap Fandy yang tidak matang..”monolog Aliya didalam hatinya.

“Aliya...jerit Fandy. Saya akan pastikan awak jadi milik saya..tunggu dan lihat…”



Kemuncak kegusaran hati Aliya ialah apabila dia  menerima panggilan telefon dari ayahnya menyatakan ada orang masuk meminang dan ayahnya telah menerima pinangan itu. 3 bulan lagi akan bertunang dan nikah sebulan lepas bertunang.Ahhhh….serabutnya..

“Ain,aku akan berkahwin!ucap Aliya senafas.

“Uhukk…tersedak terus Ain yang sedang minum air. Macam tak percaya je..bukan ke kau cakap tak terima pinangan aritu?musykil ni..”

“Yang tu aku dah tolak tapi kali ni ada orang masuk meminang terus bapak aku terima. So aku terpaksa kawen jugak…”sugul Aliya.

“Apa?!serious ,kawen ngan sapa? bila?”tanya Ain.

“Entah, ayah aku cakap kenalan aku.Urmm..aku nikah bulan 3 tahun depan..”keluh Aliya.

“Kau setuju ke tak ni?...”

“Erm..aku tak setuju tapi ayah aku dh wat keputusan..aku..aku kena terima jugak la…”terang Aliya dengan nada sedih.

“Yeke? engkau dah wat solat istikarah? mana tau ni jodoh engkau yang Allah dah tetapkan. Pleasee..jangan bertindak melulu..kali ini kau bagi peluang pada diri kau ye..”pujuk Ain.

Aku hanya mampu mengeleng lalu menundukkan kepala. Hampir dalam kebuntuan. Ain yang memandangku menggesa diriku melakukan solat istikarah.



Malam itu, sesudah tujuh hari tujuh malam berturut-turut aku bangun tengah malam menunaikan solat sunat tahajud dan istikarah aku mulai kembali tenang. Aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. Keputusanku untuk menerima lamaran itu mendatangkan kelegaan dan terpancar cahaya kegembiraan di wajah ahli keluarga dan sahabat-sahabatku.

“Aku nikahkan dikau dengan Nur Aliya Qaisara yang berwakil-walikan bapanya kepada aku dengan mas kahwinnya seratus ringgit, tunai..”suara tok kadi jelas kedengaran.

“Aku terima nikahnya Nur Aliya Qaisara dengan mas kahwinnya seratus ringgit tunai..” kedengaran lancar lafaz daripada bakal suamiku, Zairul Affandy.

Aku yang ditemani Ain dan Fatehah saling berpelukan sejurus mendengar saksi mengesahkan lafaz nikah lalu kami semua mengangkat tangan menadah doa.. Alhamdulillah..semuanya sudah selamat. Dari jauh aku dapat melihat wajah sang suami yang tersenyum apabila memandangku. Sepintas lalu,ruang mindaku mengimbas kembali sebahagian kisah kami sejak pertemuan kali pertama di Hotel Oriental itu. Fatehah telah menjelaskan perkara sebenar yang dia sembunyikan daripadaku. Rupa-rupanya pertemuan kami selama ini termasuklah di pantai Morib dan Bukit Cahaya adalah rancangan Zairul dan Fatehah. Aku yang pada mulanya ingin marah mulai sedar tanpa Fatehah, mungkin aku masih bersikap pentingkan diri.

Upacara majlis pernikahan dan kenduri kami berjalan lancar. Aku yang agak kepenatan terus melangkah ke dalam bilik meninggalkan sang suami berborak dengan ahli keluargaku.Usai mandi,aku mula bersiap untuk solat. Tetiba pintu bilik dikuak. Aku memandang dia lalu memalingkan muka ke arah meja solek. Ah…malu..pasti dah merah pipiku..tiba-tiba jantungku berdegup dengan kencang. Aku dapat merasakan dia berada hampir denganku lalu aku berpaling.

“Err…saya nk solat.Awak dah solat?,”tanya Aliya tergagap-gagap.

“Abang baru nak solat. Jom kita berjemaah,”jawab Zairul.

Aku terus menghamparkan sejadah untuknya pula.Buat pertama kalinya aku berjemaah bersama suamiku. Dialah Imamku. Selesai menunaikan kewajipan kami, dia menyeru namaku…

“Nur Aliya Qaisara…suri hatiku…”seru Zairul dengan nada suara yang sangat lembut.

Abang tahu dan abang faham Aliya mungkin masih  tak dapat terima abang kan..sepatah-sepatah Zairul berkata-kata. Abang tak akan paksa Aliya tapi abang mohon Aliya beri peluang kepada Abang untuk membahagiakan Aliya. Walaupun sekelumit kuman, izinkan abang…..mendayu-dayu suara Zairul sambil dia memegang jemariku. Aku yang mendengar hanya menundukkan kepala.

“Awak…eh..aaabang…hakikatnya Aliya memang terluka tapi sejak abang melafazkan kata-kata keramat itu, hati Aliya dah terbuka untuk terima abang kembali..Aliya redha. Abang adalah anugerah Allah untuk Aliya ..ucapku sambil menguntum senyuman kepada  dirinya.  Dan Aliya sedar kita berhak bagi peluang kepada seseorang dan Aliya yakin untuk bagi abang peluang itu. Cuma, Aliya pinta abang bimbinglah Aliya ke jalan yang Satu itu. Kita sama-sama berusaha ye abang….”

Lantas Zairul mengambil telapak tanganku lalu mengucup lama. Air mataku terasa bergenang di kelopak.

“Abang sayang Aliya sangat-sangat”. Terima kasih kerana mengizinkan abang memilikimu. Terus dia memelukku pula. Aku membalas pelukannya dengan erat. “Terima kasih Ya Allah atas kesempatan ini”. Syukur aku di dalam hati. Moga kami dapat mencorakkan kehidupan baru ini bersama-sama dengan penuh warna-warni.


.tamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan