Enam bulan sebelum itu…
Shahrul Aqilah berjalan tanpa arah tujuan. Resah gelisah bercampur aduk memikirkan hala tujunya saat ini. Hendak pulang ke rumah tentulah dia tak sanggup . Cukup-cukuplah makian dan cacian yang dia terima daripada mak saudaranya. Dia juga manusia yang punya perasaan. Bukannya patung yang boleh dilempar, dibaling sesuka hati. Dia kesal dengan sikap mak saudaranya yang seumur hidupnya tidak pernah cuba mempercayainya. Hidupnya macam neraka. Dibuli, dicerca, di maki hanya kerana dia tiada tempat bergantung. Ibu bapanya telah meninggal sejak dia kecil lagi. Sejak itu, dia tinggal dengan sanak-saudaranya.
Sob….sob..sob…dia menangis pilu. Saat itu, hujan sedang turun dengan lebatnya. Dia yang sehelai sepinggang hanya mengharapkan tempat perlindungan sementara. Hatinya sebak dan sedih memikirkan nasibnya ini.
Malam yang larut ditambah dengan hujan yang lebat membuatkan dirinya dalam kesejukan yang amat . Pakaiannya basah lencun. Lantas dia gegas berlari mencari tempat perlindungan. Kebetulan dia nampak sebuah perhentian bas. Disebabkan dia tiada tempat yang hendak di tuju, dia membuat keputusan untuk tidur di perhentian bas itu saja.. Perlahan-lahan dia melapikkan begnya untuk dibuat sebagai alas kepala.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Dia tidur mengerekot.aahh..sejuk teramat. Linangan air mata terus laju turun dari celah matanya. Dia cuba memujuk hatinya supaya menjadi tabah. Lama-kelamaan,tanpa dia sedar diau terlelap dengan sendirinya.
"Nak, anak ada masalah ke?"
"Anak takut dekat pak cik ke? Takut pak cik apa-apakan anak ye? "Balas pak cik tu.
Cik…cik…sayup-sayup kedengaran suara lelaki di cuping telinganya. Dia yang masih mamai bangun perlahan-lahan dari tidur sambil memgenyih matanya. Dia memandang kearah seorang lelaki tua yang lengkap berpakaian baju melayu dengan ketayap.
"Anak dari mana ni?kenapa tidur dekat sini..."tanya pak cik tua itu.
Dia memandang Aqilah dari atas ke bawah. Ish..gila ka apa pak cik tua ni. Usha pelik, tengok aku atas bawah..Seram. Ya Allah..Lindungilah hambamu ini. Aqilah berdoa di dalam hati. Aqilah mengerlingkan mata ke arah jam tangannya. Baru pukul 6 pagi. Kenapa pak cik ini ada dekat sini?bermacam-macam persoalan terlintas di fikirannya.
"Kebetulan pak cik baru lepas solat Subuh ni. Masa pak cik nak pergi solat dah nampak kamu tapi sampai pak cik habis solat kamu masih ada dekat sini , tu yang pak cik datang menjengah. Seakan- akan tahu gelodak jiwa Aqilah, lelaki tua itu menjelaskan perkara yang sebenarnya. Aqilah berdiam diri sambil menundukkan kepalanya.
Aqilah masih tetap mendiamkan diri. Tiba-tiba perutnya mengeluarkan bunyi yang tak sepatutnya..
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
Krong…krong..krong..Alamak! kuat la pulak bunyinya. Ish! buat malu je. Aqilah kaku di situ.
"Anak lapar ye?" Soal lelaki tua itu.
Aqilah hanya mengangguk perlahan sambil mengusap perutnya. Semalam dia langsung tak makan apa .
"Jom pak cik belanja makan nak? Ucap lelaki tua itu lagi.
“Betul ke pak cik? Amboi..amboi..laju saja mulut Aqilah bersuara. Wajahnya dah bercahaya bak purnama. Ada jugak insan yang sudi membantunya. Alhamdulillah. Dia bingkas bangun lalu menepuk hujung baju yang sedikit kotor terkena hujan semalam.
“Betul . Meh ikut pak cik. Rumah pak cik tak jauh dari sini. Kita jalan kaki sama-sama ya ..ajak pak cik itu.."
"Err...tiba-tiba Aqilah tak jadi melangkah. Dia hanya berdiri memandang pak cik itu. Dalam kepalanya berasa sangsi dengan kata pak cik ini?Nak ajak pergi rumah? Nampak macam alim tapi boleh percaya ke? Dia teragak-agak untuk melangkah.
"Napa nak?ada barang tertinggal ke?."
Aqilah hanya menggelengkan kepala. Pak cik tua itu melihat Aqilah yang seakan-akan gelisah sambil mengengam tangannya.
Aqilah teragak-agak untuk membalas kata-kata pak cik itu. Dia hanya mampu tersengih lalu memberikan isyarat tangan tanda takut sikit…
Pak cik itu hanya tersenyum." Jangan risau. Dekat rumah pak cik ada isteri pak cik. Jom la ke rumah pak cik..."
"Fuh! Lega..Aqilah mengusap-usap dadanya. Jangan keluar kandang harimau masuk mulut buaya sudah. Nahas tu. Bisik hatinya. Dengan hati yang tenang, dia berjalan ditemani oleh pak cik itu menuju ke rumahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan