Khamis, 6 Jun 2013

mini novel:Part 3 Indahnya Cinta



"Assalamualaikum..."ucap lelaki tua itu.

"Waalaikummussalam ,Abang Aji. Pintu rumah dibuka oleh isterinya. Sebaik saja dibuka, isterinya terkejut kerana terdapat seorang gadis  disamping suaminya. Suaminya memberikan isyarat supaya mendiamkan diri. Dia yang memahami isyarat suaminya mempersilakan tetamu masuk ke dalam rumahnya.

"Nak..barang-barang kamu letak situ  dulu ye. Mari pak cik  kenalkan dengan isteri pak cik. 
Kenalkan ini isteri pak cik... namanya Rosmah. Orang dekat sini panggil Cik Mah. Isterinya tersenyum sambil memandang Aqilah.

Aqilah lantas menyalami tangan Mak Cik Rosmah.

Saya , Shahrul Aqilah. Mak cik dan pak cik boleh panggil saya Shah. Sebaik saja Aqilah menyebut namanya jelas kerutan di dahi mereka berdua. Mesti mereka tidak berapa berkenankan nama panggilannya itu. Riak wajah  mereka kembali normal saat Aqilah  mula membahasakan dirinya sebagai Aqilah.

"Mah, bawa budak Aqilah ni ke dalam bilik Fiya. Biarkan dia mandi dan bersolat dulu. Aqilah pasti belum solat kan?..."

Aqilah teragak-agak untuk menggangguk. Mak Cik Rosmah mengamit Aqilah supaya mengikutinya . Lantas Aqilah  membuntuti langkah mak cik Rosmah daripada arah belakang. Sesampainya dia di depan bilik , Mak Cik Rosmah menyuruhnya masuk berehat. Sebelum tu sempat dia menyerahkan tuala mandi kepada Aqilah.

 Aqilah mengucapkan terima kasih lalu menganggukkan kepala.


Dia  menutup pintu lalu berbaring di atas katil yang empuk itu. Wah!bestnya dapat berbaring. .habis lenguh badannya semalam sebab tidor mengerekot dalam kesejukan..

Tuk…tuk…tuk…tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Aqilah,kamu dah mandi belum? "tanya Mak Cik Rosmah disebalik pintu.

Dia yang hampir terlelap terkejut apabila mendengar pintu bilik di ketuk. Lantas bergegas bangun. 
"Belum lagi  mak cik," jawabnya dengan lantang.

"Ya Allah budak ni.! Cepat mandi, lepas tu solat. Nanti kita sarapan bersama, " ujar Mak cik Rosmah sebelum berlalu pergi dari bilik itu.

Aqilah  bergegas mandi . Mjurlah  bilik yangg dia duduki ini ada tandas di dalamnya. Selepas mandi, dia menukar pakaian baru lalu keluar dari bilik untuk bersarapan.


Saat Aqilah sampai di ruang dapur, kelihatan Pak Aji atau nama sebenarnya  Ahmad  yang sedang membaca suratkhabar manakala Mak Cik Rosmah sedang menghidangkan makanan. Apabila mereka sedar akan kehadiran Aqilah, mereka berdua tersenyum lalu mempelawa Aqilah duduk bersarapan bersama-sama. Aqilah  menarik kerusi berhadapan dengan Pak Aji . Tiba-tiba makin kuat perutnya berkeroncong.


Kronggg…krong…krongg…dia hanya mampu menundukkan kepala. Merah sudah pipinya menahan malu. Saat dia mengangkat muka, mereka berdua hanya tersenyum memandang Aqilah. Aqilah lihat mereka mengangkat tangan lalu membaca doa makan. Sejurus selesai, mereka mempelawa Aqilah  menjamu selera.

“Jemput makan Aqilah. Ini saja yang kami mampu jamu kamu pagi ini,”kata Pak Aji. 

"Jemput makan pak cik, mak cik." Aqilah turut mempelawa mereka makan. Bau nasi lemak  yang sangat wangi dan sambal ikan bilis yang kaw-kaw pedas membuatkan Aqilah menambah nasi banyak kali. Sedap! Mula-mula dia agak malu-malu tapi memikirkan mungkin ini kali terakhir dia dapat makan makanan yang sedap, dia  makan dengan penuh selera.

"Aqilah, tambah la lauk lagi.."Pak Aji menyenduk lauk sambal ke dalam pinggan Aqilah.

"Terima kasih Pak cik. Sedap sangat mak cik masak...ikhlas Aqilah berkata-kata.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan