Rentetan dari
peristiwa Danny masuk hospital, hubungan Dr Aiman dan Sarah makin akrab.
Kebetulan Dr Aiman juga mempunyai 2 orang anak kecil di bawah jagaannya, Jadi
pertemuan dia dengan Sarah merupakan satu bonus untuknya supaya anak-anaknya
dapat merasai jalinan kasih sayang seorang ibu. Arwah isterinya telah meninggal
dunia saat melahirkan permata hati bongsu mereka. Sejak itu, dia membesarkan anak-anaknya sendirian. Kesibukan dia sebagai doktor membataskan
pergerakan dia untuk memantau dan menjaga anak-anaknya dengan baik. Mujurlah
dia dibantu oleh ahli keluarga.
"Babah, Zahra
rindukan umi..kan best kalo umi ada lagi.."ucap anaknya perlahan. Lantas Dr Aiman
memeluk erat anak kesayangannya. Dia faham bahawa anaknya ini amat ketandusan
kasih sayang seorang ibu. Kelahirannya disambut dengan kenduri tahlil arwah ibunya, Alangkah indahnya kalau Putri masih hidup,
monolog Aiman didalam hati. Lamunan dia terhenti saat anak lelaki memanggilnya dari jauh. Mereka sekarang sedang bersuka ria di Lost World of Tambun bersama keluarga Danny yang mengikuti rombongan keluarga Dr Aiman bercuti.
"Zahra, kalau
Aunty Sarah jadi Ummi Zahra, Zahra nak
tak?"Tiba-tiba Kakak Aiman mencelah perbualan mereka. Aiman yang terkejut terus
mengerut dahinya sambil memegang tangan anaknya untuk beredar dari tempat itu.
Malangnya, anaknya melepaskan pegangan
tangan lalu berdiri di sebelah mak longnya.
"Betul ke Mak
Long? "Tanya Zahra dengan penuh teruja. Ara suka..Aunty Sarah best..dia suka
bagi Ara hadiah. Abang Danish pun mesti suka, terlompat-lompat Zahra atau nama
timbangannya Ara apabila Mak Longnya memberikan cadangan itu.
"Kak long, kenapa
cakap dekat budak kecik macam tu?"Aiman meminta penjelasan kakaknya.
"Hai..orang nak
tolong dia, tapi dia tak berterima kasih pula. Ingat akak tak tahu ke Man
selalu curi-curi pandang si Sarah tu. Dah lama tau akak perhatikan sejak Man
bawa dia jumpa family kita masa hari raya.."ujar Aznira.
"Ish..macamana akak
aku ni boleh terperasan plak..gumam Aiman perlahan. Akak, Man….
Blum sempat Man menghabiskan kata-katanya, Aznira telah menyampuk. Akak faham Man. Don’t worry. Akak
akan sokong Man..bila boleh makan nasi minyak ni? Akak dah terbau-bau ni.."usik
akaknya lagi.
"In Sha Allah tak
lama lagi akak..hehe... Man tengah usahakan la ni. Tapi kan, family
mertua Sarah macam melarang hubungan kami ini. Kakak ingat tak kisah yang Man
cerita di awal-awal perkenalan kami tu."
" Ingat je. Nape
dik?"
Ayah mertua dia
mcam tak sokong Sarah nak jaga anak dia sendirian. Lepas tu, sejak Sarah bawak
Danny keluar dengan Man, terus ayah mertua dia ajak mereka tinggal sekali dekat rumah agam tu. Takut sangat Man berhubung dengan anak menantu dia kot. Ntah-ntah takut Sarah tersuka pada Man tak? Pastu kawen
dengan Man.
"Ish..Man ni. Ke
situ plak. Kan Danny tu satu-satunya cucu yang mereka ada, mesti la sayang sangat-sangat. Lebih baik
mereka tinggal bersama. Sarah pun dah tak ada sesiapa kan. At least, ada la
jugak orang yang akan tengok-tengokkan mereka dua beranak."
"Harap begitulah..."
Erm novel ni sampai bab 3 je ke
BalasPadamErm novel ni sampai bab 3 je ke
BalasPadamaah..sambungannya tak ada lagi..
Padam