Selasa, 28 Mei 2013

BAB 3


Rentetan dari peristiwa Danny masuk hospital, hubungan Dr Aiman dan Sarah makin akrab. Kebetulan Dr Aiman juga mempunyai 2 orang anak kecil di bawah jagaannya, Jadi pertemuan dia dengan Sarah merupakan satu bonus untuknya supaya anak-anaknya dapat merasai jalinan kasih sayang seorang ibu. Arwah isterinya telah meninggal dunia saat melahirkan permata hati bongsu mereka. Sejak itu, dia membesarkan anak-anaknya sendirian. Kesibukan dia sebagai doktor membataskan pergerakan dia untuk memantau dan menjaga anak-anaknya dengan baik. Mujurlah dia  dibantu oleh  ahli keluarga.

"Babah, Zahra rindukan umi..kan best kalo umi ada lagi.."ucap anaknya perlahan. Lantas Dr Aiman memeluk erat anak kesayangannya. Dia faham bahawa anaknya ini amat ketandusan kasih sayang seorang ibu. Kelahirannya disambut dengan kenduri tahlil arwah ibunya, Alangkah indahnya kalau Putri masih hidup, monolog Aiman didalam hati.  Lamunan dia terhenti saat anak lelaki memanggilnya dari jauh. Mereka sekarang sedang bersuka ria di Lost World of Tambun bersama keluarga Danny yang  mengikuti  rombongan keluarga Dr Aiman bercuti.

"Zahra, kalau Aunty Sarah jadi Ummi  Zahra, Zahra nak tak?"Tiba-tiba Kakak Aiman mencelah perbualan mereka. Aiman yang terkejut terus mengerut dahinya sambil memegang tangan anaknya untuk beredar dari tempat itu. Malangnya, anaknya melepaskan pegangan  tangan lalu berdiri di sebelah mak longnya.

"Betul ke Mak Long? "Tanya Zahra dengan penuh teruja. Ara suka..Aunty Sarah best..dia suka bagi Ara hadiah. Abang Danish pun mesti suka, terlompat-lompat Zahra atau nama timbangannya Ara apabila Mak Longnya memberikan cadangan itu.

"Kak long, kenapa cakap dekat budak kecik macam tu?"Aiman meminta penjelasan kakaknya.

"Hai..orang nak tolong dia, tapi dia tak berterima kasih pula. Ingat akak tak tahu ke Man selalu curi-curi pandang si Sarah tu. Dah lama tau akak perhatikan sejak Man bawa dia jumpa family kita masa hari raya.."ujar Aznira.

"Ish..macamana akak aku ni boleh terperasan plak..gumam Aiman perlahan. Akak, Man….
Blum sempat Man menghabiskan kata-katanya,  Aznira telah menyampuk. Akak faham Man. Don’t worry. Akak akan sokong Man..bila boleh makan nasi minyak ni? Akak dah terbau-bau ni.."usik akaknya lagi.

"In Sha Allah tak lama lagi akak..hehe...  Man tengah usahakan la ni. Tapi kan, family mertua Sarah macam melarang hubungan kami ini. Kakak ingat tak kisah yang Man cerita di awal-awal perkenalan kami tu."

" Ingat je. Nape dik?"

Ayah mertua dia mcam tak sokong Sarah nak jaga anak dia sendirian. Lepas tu, sejak Sarah bawak Danny keluar dengan Man, terus ayah mertua dia ajak mereka tinggal sekali dekat rumah agam tu. Takut sangat Man berhubung dengan anak menantu dia kot. Ntah-ntah  takut Sarah tersuka pada Man tak? Pastu kawen dengan Man.

"Ish..Man ni. Ke situ plak. Kan Danny tu satu-satunya cucu yang mereka  ada, mesti la sayang sangat-sangat. Lebih baik mereka tinggal bersama. Sarah pun dah tak ada sesiapa kan. At least, ada la jugak orang yang akan tengok-tengokkan mereka dua beranak."

"Harap begitulah..."

3 ulasan:

  1. Erm novel ni sampai bab 3 je ke

    BalasPadam
  2. Erm novel ni sampai bab 3 je ke

    BalasPadam